Part 15

1.9K 123 23
                                    

Bunyi ketukan di pintu membuatkan aku terbangun. Siapalah agaknya yang rajin sangat nak ketuk pintu bilik aku ni? Takkanlah Bryan kut? Telefon aku capai untuk melihat jam. Psh, awal lagi kut. Baru jam 3:45 subuh. Atau.. aku membetulkan rambutku yang berserabai. Takkanlah dia ketuk pintu sebab nak tidur dalam sini? Semalam aku ajak dia tapi dia menolak dan cakap yang dia nak tidur dekat sofa ruang tamu aje.

Aku bingkas turun dari katil lalu membuka pintu. Seperti yang aku jangka. Bryanlah yang mengetuk pintu tadi.

"Awak perlukan apa-apa ke?", tanyaku sambil menahan kantuk.

"Aku tak selesa tidur dekat atas sofa. Boleh tak.. aku tidur dalam bilik juga?"

Aku mengerdipkan mataku beberapa kali. Itulah semalam nak jual mahal lagi. Aku memeluk lengannya tanda mengiyakan. Namun baru sahaja dia ingin melangkah, terdengar desisannya. Aku mengerutkan dahi.

"Awak sakit ke?" Aku membelek badannya namum tiada apa-apa yang luka.

"Kaki aku.."

Aku tertunduk melihat kakinya yang luka dan berdarah. "Ma.. macam mana boleh jadi macam ni?"

Dia hanya menggeleng membuatkan aku mengeluh sebal. Dia aku dudukkan di birai katil sebelum kotak kecemasan aku capai. Aku duduk bersila atas lantai. Kemudian kakinya aku angkat letak atas pahaku. Dia seperti tahu jadi dia terus melarikan kakinya namun aku tahan.

"Saya tak kesah sama ada awak selesa atau sebab saya nak ubat kaki awak sekarang ni", kataku tegas. Ubat sapu aku keluarkan lalu aku bubuh di sekitar tulang kering kakinya yang terluka.

"Sikit aje pun."

Aku mendongak memandangnya sekejap mendengar jawapannya. "Sikit aje tapi awak rasa sakit kan?"

Dia tak menjawab jadi aku dapat meneka jawapannya. Sakit. Macam manalah dia boleh terluka macam ni? Setahu aku, aku tak letak apa-apa benda tajam di atas lantai sebab aku takut dia akan terluka lagi-lagi dia tidak boleh melihat.

"Bagitahu saya, kaki awak terkena apa? Terhentak ke mana-mana ke?", tanyaku lagi setelah selesai mengubat kakinya. Kotak kecemasan aku letak ke bawah meja mekap.

"Rasanya terhentak ke tangga kut masa naik tadi."

Aku mengeluh perlahan. "Awak cari bilik ni eh?"

Dia hanya mengangguk. Aku bangun lalu duduk di sebelahnya. "Lain kali awak boleh panggil saya aje. Kalau awak asyik buat macam ni, awak akan terluka lebih teruk. Nasib baik saya dah letak ubat kaki awak tu. Kalau tak mesti dah lebam."

"Aku cuma tak suka susahkan orang."

"Tapi saya isteri awak, Bryan."

"Tahu tapi te.."

"Bryan, berhenti beralasan atau saya cium awak dekat sini."

Dia terus terdiam dan aku menampar mulutku sendiri. Apakah yang aku merepek sekejap tadi? Ah, malunya! Aku tak rancang pun untuk cakap macam tu. Aku cuma terfikir yang aku nak bagi dia amaran sebab bosan mendengar alasannya. Jadi kenapa pula aku sampai bercakap macam tadi?

"Emm.. awak nak tidur ke?" Aku cuba menukar topik walaupun aku dapat rasakan muka aku panas sekarang ni.

"Ya."

Aku membantunya berbaring sebelum menarik comforter sehingga paras dadanya. Dia hanya diam dan itu membuatkan aku berasa seperti hendak tergelak. Serius, adakah dia takut dengan amaran aku tadi? Pshh, tak mungkin aku mahu berbuat begitu.

"Bantal awak selesa ke?", tanyaku apabila melihat kedudukan bantalnya yang agak tinggi. Dia mengangguk.

"Boleh tak awak bercakap?", tanyaku mula berasa bosan dengan bahasa isyaratnya. Rasa gatal tangan aku nak patahkan leher dia tu.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now