TDP

8.1K 327 42
                                    

Kelihatan sekumpulan kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam lingkungan usia 7 hingga 9 tahun mengelilingi seorang kanak-kanak perempuan yang rambutnya berwarna silver.

"Cacat."

"Warna rambut dah lah silver."

"Mungkin dia warnakan rambut agaknya." kata seorang budak perempuan

"Ibu bapa dia mungkin tak sempurna" hina seorang budak lelaki

"Kau tak layak dekat sini. Dah lah ada kuasa kegelapan"

Hina dan cacian diberi pada kanak yang berambut silver itu. Dia hanya menagis.

"Apa korang buat hah!" jerkah seorang budak lelaki yang berambut warna coklat. Kanak-kanak di situ ke tepi. Budak lelaki itu menuju ke arah budak perempuan itu.

"Awak tak apa-apa?" soal budak lelaki itu. Dia hulur tangannya pada budak perempuan itu. Budak itu berdiri sendiri tanpa pertolongan budak lelaki itu.

"Lagi sekali korang ejek dia, aku tak teragak-agak akan hukum korang" budak lelaki itu memberi amaran. Mereka hanya terdiam.

Budak perempuan berambut silver itu melarikan diri. Budak lelaki itu mengejarnya. Budak perempuan itu menagis. Dia menuju ke suatu kawasan. Dia berhenti berlari.

"Kenapa aku berbeza dari puteri yang lain? Kenapa?" soal dirinya sendiri. Dia melihat dirinya di kolam ikan. Rambutnya berwarna silver. Matanya berwarna biru. Bajunya berwarna hitam.

Sungguh berbeza daripada anak raja yang lain. Anak raja di situ rambutnya warna coklat, hitam, hijau, unggu dan biru. Dia seorang saja berambut silver. Dia pun tak tahu kenapa. Tanya kepada ibu bapanya, tiada jawapan. Sudahlah diasingkan dari puteri yang lain dia juga dipinggirkan keluarganya.

"Em, hai" tegur budak lelaki yang berambut merah yang pertahankan budak perempuan itu. Budak perempuan itu pandang budak lelaki itu.

"Kenapa awak pertahankan saya?" soal budak perempuan itu.

"Takkan saya nak biarkan mereka terus menghina awak. Saya pantang kalau ada orang cuba caci orang lain. Apa nama awak? Nama saya Putera Yuko daripada kerajaan Rindow" budak lelaki itu perkenalkan dirinya.

"Nama saya Puteri Eva dari kerajaan Blue. Saya ada seorang abang yang bernama Xeyzer" senyum Eva.

"Rambut awak berbeza daripada orang lain. Apa kuasa awak?" soal Yuko.

"Kuasa kegelapan" Eva menunduk dirinya.

"Kuasa kegelapan? Saya tak pernah dengar kuasa itu. Saya pula kuasa api"

"Saya pun tak pernah dengar kuasa kegelapan. Saya dah ada kuasa itu sejak dari lahir lagi. Berbeza daripada keluarga saya yang lain. Saya juga ada ni" Eva tunjukkan rantai yang dia pakai di lehernya. Loket rantai itu berbentuk bintang berbucu lima berwarna silver.

"Cantiknya rantai awak. Siapa yang beri?"

"Tiada siapa. Saya jumpa rantai ni di bawah katil saya"

"Umur saya sembilan tahun. Boleh kita berkawan?" soal Yuko

Eva terkejut dengan permintaan Yuko
"Umur saya pun sembilan tahun. Awak nak ke berkawan dengan orang yang ada kuasa pelik ni?"

"Dah semestinya. Awak berbeza daripada yang lain. Saya suka rambut awak tu" Senyum Yuko.

"Terima kasih. Awak lah orang pertama yang sudi nak berkawan dengan saya. Selama ini saya tiada kawan. Terima kasih, Yuko"

"Kita sahabat selamanya?" soal Yuko

"Sahabat selamanya"

Eva tersenyum gembira namun ke senyuman dia tidak berkekalan sehingga dia balik ke istana. Dia menuju ke biliknya yang berada di tingkat dua di dalam istana. Biliknya tidak terlalu luas. Sebuah katil bersaiz single bad yang bercadar berwarna hitam.

Almari biliknya berwarna hitam. Semuanya berwarna hitam kerana kuasanya yang menukar seluruhnya.
Eva duduk di atas katil. "Aku tak nak kuasa ini, tapi kenapa aku ada kuasa ini?" Eva pegang loket bintang itu.

Eva berdiri. Dia menuju ke pintu lalu menutup pintu. Dia keluarkan kuasanya. Aura hitam keluar dari badannya. Dia cuba kawal kuasanya tapi tak boleh. Kuasanya itu pecahkan cermin biliknya. Eva duduk dan bersandar pada pintu bilik.

"Kuasa aku pasti bahaya" Eva memeluk dirinya sambil menagis.

......................................................................

Kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam bilik rahsia. Di bilik itu terdapat sebuah alat yang panjang dan mempunyai muncung berwarna coklat. Dia tersenyum gembira.

"Tak lama lagi alat ini akan siap dan kuasa budak itu akan jadi milikku. Aku akan menguasai dunia ini bersama isteri dan anak kesayangan ku" lelaki itu menyentuh alat itu.

"Tak sia-sia aku pergi ke kerajaan Dark untuk ambil seseorang yang sangat berharga. Maafkan aku sebab ambil anak itu. Jangan risau, aku jaga anak korang dengan baik. Haha haha" gelak lelaki itu

"Pengasas bintang berada padaku. Tunggu saja dan lihat lah hari bersejarah bila dia berumur 23 tahun"

Lelaki itu keluar dari bilik rahsia itu. Tanpa dia sedari seorang lelaki yang berpakai warna hitam memerhatikan lelaki tadi dari jauh. Lelaki berbaju hitam itu bersembunyi di sebalik tembok.

"Aku dah agak dah" kata lelaki itu

.....................................................................

TDP = the dark princess.

Tak tahu nak tulis apa jadi tulis Tdp saja. Kalau ada saya akan tulis bahagian cerita itu.

The dark princess (C)Where stories live. Discover now