Matahari yang menyinari bumi. Pokok-pokok yang tinggi melindungi mereka berenam dari pada terkena cahaya matahari. Mereka berenam hanya berdiam diri. Tiada seorang pun dari mereka yang mengeluarkan suara. Jelas kedengaran bunyi burung yang bersiul.
"David, kenapa kau diam?" soal Lisa yang memecah kesunyian. Dia pelik juga kenapa David diam. Selalunya dia yang buat bising dalam perjalanan.
David buat bahasa isyarat tangan. Lisa mengerut keningnya. Mereka juga memandang ke arah David.
"Kau ni dah kenapa? Tiada suara lagi ke sampai guna bahasa isyarat?" soal Beckham.David guna bahasa isyarat lagi. Max pukul belakang David dengan kuat
"Auch!""Ada pun suara. Ingat tak ada. Kenapa kau ni?" soal Max
"Lisa suruh aku diam jadi aku diam lah"
"Bila masa aku suruh kau diam?" soal Lisa yang tidak puas hati
"Semalam"
"Buktinya?" Lisa mencekak pinggangnya.
"Masa kita kena serang"
"Aku suruh kau jangan banyak bunyi bukan diam" Lisa pertahankan dirinya.
"Sama lah tu"
"Lain. Eja bunyi dan diam lain. Maksud pun lain. Tulah, masa cikgu mengajar kat depan tak nak dengar"
"David, sudah lah tu. Perempuan memang macam tu. Semuanya nak menang" ujar Beckham.
"Mana ada" Cindy bangkah apa yang dikatakan oleh Beckham
"Betul kau cakap, Beckham" David angguk kepala.
"Sudahlah. Beckham, kau tahu kan di mana lingkaran rangkuman luar?" Beckham mengangguk kepala.
"Kita ke sana"
"Sebelum kita ke sana, kita akan lalu bekas tapak kerajaan elemen kegelapan" ujar Beckham.
Mereka angguk kepala. Lisa dengan David pula tidak habis berbalah dari tadi. Agak susah nak cakap dengan perempuan ni!.
.....................................................................
Bintang bertaburan di langit. Kelihatan bulan sabit di dada langit yang dikelilingi oleh bintang. Unggun api menyala menerangi malam yang gelap. Terdapat dua buah khemah yang jaraknya enam meter dari api. Di sekeliling api terdapat beberapa batang kayu.
Mereka berenam duduk di atas batang kayu sambil berbual sama sendiri. Lisa dengan David pula tidak habis bergaduh dari pagi tadi.
"Kau ada cakap masa kita kena serang kau suruh aku diam"
"Bila masa?" soal Lisa. Dia bertentangan mata dengan David.
"Aku tak ingat"
"Tak ingat maksudnya tiadalah tu" Lisa silang tangannya.
Mereka hanya geleng kepala. Cindy pandang ke arah Eva yang berdiam diri. "Diorang memang macam ni ke?" soal Eva.
"Ya. Diorang berdua suka bergaduh dan cari fasal"
"Nampak macam pasangan sejoli" senyum Eva
"Kalau nak tahu seseorang dari mereka ada sukakan seseorang"
"Siapa?" soal Eva. Cindy baru nak beritahu tapi niatnya terbatal.
"Syuup. Korang dengar tak?" soal Beckham yang membuat isyarat mendengar. Lisa dan David berhenti bertekak.
Mereka dengar rumput seperti dipijak. Bunyi juga seperti ranting kayu patah. Mereka semua berdiri. Cindy dan Eva menuju ke arah Max. Sama juga Beckham, Lisa dan David.
"Apa tu?" soal David.
"Mungkin haiwan liar" jawab Max.
"Tengok sekeliling" arah Beckham.
Mereka pandang sekeliling kemudian pandang ke arah tempat unggun api.
"Tiada apa-apa pun" ujar David.Mereka pandang belakang kemudian pandang ke arah unggun api. "Bila nak berhenti pandang depan dan belakang ni?" soal David.
"Diam lah, David" marah Lisa.
"Itu buktinya yang kau suruh aku diam"
Mereka malas nak melayan David dan Lisa. Mereka sekali lagi pandang belakang kemudian depan.
"Hai, hantu" usik Beckham. David ketuk kepala Beckham"Mulut kau boleh tak jangan celupah. Ada juga dia datang. Dahlah muka tak seindah mana"
"Cakap fasal aku ke?" soal sesuatu di sebelah kanan David. Rakannya yang lain terkejut kemudian mengundur ke hadapan.
"Eh, taklah. Aku cakap fasal beruk" David tergamam apabila ada makhluk yang mukanya putih pucat seperti mayat. Makhluk itu senyum mengirai pada David.
"Aaah! Hantu" jerit David seperti perempuan.
"Anda pasti saya adalah hantu?" soal makhluk itu.
"Ya"
"Pasti yakin?" soal makhluk.
"Yakin"
"Yakinnya kamu, hebatnya kamu"
"David, itu bukan hantu" ujar Beckham.
"Habis tu apa? Takkan beruk pula. Beruk ada bulu dia tiada bulu"
"Aku djin lah" ujar makhluk itu.
"Apa kau buat dekat sini?" soal Beckham kepada djin itu.
"Boleh aku tahu di mana menuju ke arah negara Oliom?" soal djin itu.
"Kau terus je jangan belok. Sebab jalan yang benar adalah lurus. Okey, gurau. Kemudian, kau belok kiri dan kau nampak papan tanda negara Olim"
"Terima kasih. Minta maaf kerana takutkan korang. Sebenarnya aku tersesat. Baiklah aku pergi dulu" djin itu beredar
"Nasib baik makhluk muka pecah rumah tu dah berambus"
"Kau mengata aku? Aku boleh dengar. Sekurang nya aku dah berpunya kau masih single. Buktinya aku dah pakai cincin" djin itu sempat tunjuk cincin pada David. Djin itu beredar dari situ
David peluk Beckham. Dia menagis palsu
"Menagis hati ini" David lap air mata palsu.
"Ku juga bersimpati" sambung Lisa
"Hancurlah harapanku"
"Padan lah muka kau. Hahaha" Lisa gelak.
David peluk Beckham "Tiada siapa yang suka aku"
"Adalah" ujar Cindy. Lisa pandang Cindy.
"Siapa?" soal David.
"Namanya..." belum sempat Cindy berkata, Lisa menekup mulut Cindy.
"Max, jom kita teruskan perjalanan. Adik kau perlukan bantuan rasanya. Aku rasa dahinya dan dahinya panas"
"Dahi? Tapi kau pegang mulut adik aku"
"Apa sajalah. Kita teruskan" Lisa teruskan berjalan sambil menekup mulut Cindy. Cindy berusaha melepaskan dirinya tapi tak berhasil.
"Kau ni. Kesian Cindy tu" ujar Beckham.
"Diam lah kau"
Eva senyum memandang mereka. Dia geleng kepala lihat kerenah mereka semua. Mereka teruskan perjalanan setelah siang tiba. Eva berjalan di sebelah Max. Dia hanya berdiam diri.
"Eva, aku nak tanya kau sikit boleh?" soal Max yang memandang Eva. Eva hanya berada di paras bahunya.
"Apa dia?"
"Kau anak raja betul tak?" teka Max. Eva terkedu. "Macam mana kau tahu?"
"Sebab aku nampak bahu sebelah kiri kau ada lambang mahkota. Setahu aku, lambang mahkota menunjukkan anak atau keturunan diraja"
"Memang betul aku anak raja"
"Kau tak perlu risau, Eva. Aku takkan beritahu mereka. Aku faham mesti kau ada sebab tersendiri" senyum Max. Eva menarik lafaz lega.
'Nasib baik' ujar Eva
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...