Bekas tapak kerajaan

3.3K 225 6
                                    

Kelihatan seekor kuda masuk ke sebuah kampung. Kampung itu agak terpencil dan nama kampung itu Ziri. Kampung Ziri merupakan kampung yang banyak aktiviti jenayah. Ramai para jenayah melarikan diri ke kampung ini. Disebabkan kawasan terpencil dan jauh menyebabkan kampung ini tidak pernah diserbu.

Yuko turun dari kudanya. Dia menarik tali kuda itu. Dia pergi ke sebuah bar. Dia ikat tali kuda itu pada tempat letak kuda. Kerudung yang dia pakai bagi mengelakkan sesiapa nampak dia. Dia masuk ke dalam bar.

Kelihatan ramai orang berada di bar itu. Ada yang mabuk kerana minum arak. Ada juga mengamuk. Si penjual pula malas nak melayan. Beberapa pelayan seperti wanita menawarkan diri untuk dilacur. Pakaian yang menampakkan tubuh badan. Belahan baju wanita di situ terbuka hingga ke dada. Seluar yang mereka pakai hanya paras atas lutut. Ada sebahagian dari mereka hanya pakai baju dalam dan seluar dalam yang jarang.

Yuka tidak hairan semua itu. Dia perlu jumpa seseorang. Dia menuju ke arah seorang lelaki yang berambut warna hitam campur putih. Lelaki itu sedang bermain judi.
"Argh! Tak guna. Aku kalah lagi" bentak seorang lelaki yang berambut warna merah.

"Ada duit tak?" senyum Adfan iaitu lelaki rambut warna putih campur hitam.

"Tiada"

"Bagi perempuan dekat sebelah kau" senyum Adfan yang pandang perempuan di sebelah lelaki itu. Pakaian perempuan itu agak ketat.

"Okey. Kau ambil lah" lelaki itu beredar dari situ meninggalkan perempuan itu. Adfan menuju ke arah perempuan itu lalu peluk pinggangnya.

"Jangan risau, sayang. Kau akan jadi pemuas nafsu aku"

"Adfan" tegur Yuko. Dia duduk di atas kerusi. Adfan pandang Yuko.

"Anak raja kat sini? Biar betul? Nak langgan perempuan ke? Aku boleh carikan"

"Bukan fasal tu. Kau ada kuasa teleportasi kan?" soal Yuko.

"Ada. Kau nak apa? Dah semestinya bukan percuma"

Yuka baling tiga kantung yang berisi beg duit. Adfan ambil kantung beg itu.
"Okey. Kau nak aku buat apa?"

"Kita buat dekat luar. Aku tak nak kau buat dekat sini"

"Sebelum tu bagi aku 15 minit dulu"

"Aku nak cepat, Adfan"

"Kau ni, nak aku tolong ke tak?" soal Adfan.

"Ialah. Kau nak buat apa 15 minit tu?"

"Buat apa lagi" Adfan sentuh buah dada perempuan di sebelahnya. Perempuan itu tersipu malu.

"Cepat sikit. Nanti dia sudah jauh pula"

Yuko, Adfan dan perempuan itu beredar dari bar itu. Mereka menuju ke arah rumah Adfan. Yuko berada di luar rumah dan beri masa selama 15 minit kepada Adfan. Setelah 15 minit, Adfan keluar dari rumah.

"Kau nak teleport kat mana?" soal Adfan.

"Gadis yang aku cinta tu aku tak tahu dekat mana tapi boleh tak kau cepat kan sikit perjalanan aku"

"Gadis? Kau sudah jatuh cinta? Baiklah, aku akan tolong kau. Semoga kau jumpa cinta sejati kau"

Adfan mengangkat tangan ke udara kemudian mendepakan tangan di hadapan. Kelihatan bulatan berwarna unggu berada di depannya. "Sila, masuk kawanku"

"Adfan, aku ada tinggalkan kuda dekat depan bar. Kau boleh tolong tengokkan dia?"

"Kau ingat aku ni penjaga kuda ke?" soal Adfan.

"Kalau kau tak nak jaga aku akan seret kau masuk penjara" ugut Yuko.

"Baiklah. Main ugut pula. Cepat masuk. Aku tak puas lagi nak 'main' dengan perempuan tu"

The dark princess (C)Where stories live. Discover now