Terpisah

2.8K 196 3
                                    

Mereka berenam masih teruskan perjalanan. Max melihat peta yang diberi oleh Syella di hadapan rangkuman bulatan bumi tempoh hari. Peta itu agak sukar dibaca dan dia minta bantuan Beckham. Beckham pun ambil peta itu dari Max. Beckham baca peta itu. Beberapa minit kemudian, dia berhenti membuat mereka berhenti berjalan.

"Kenapa berhenti, Beckham?" soal Cindy.

"Korang boleh tak jalan pantas dan senyap sepanjang perjalanan. Jangan buat bising pun. Boleh tak?" pinta Beckham.

"Kenapa?" soal Lisa

"Dengar saja. Ingat. Jangan buat bising"

Beckham terus berjalan. Sekali sekala dia pandang peta itu. Wajahnya pucat dan dia seperti dalam kegelisahan. Entah apa yang dia fikirkan tu. Mereka semua ikut arahan Beckham.

"Baby sayang" David cuba peluk Lisa. Lisa siku perut David membuat dia pegang perutnya.

"Entah apa yang merasuki mu hingga kau tegas lakukan diriku seperti itu. Huhu" David menangis palsu. Mereka semua geram dengan David.

"David!"

"Apa?" soal David

"Jangan bising" kata mereka serentak.

Tiba-tiba mereka dapat rasakan seribu tapak kaki menuju ke arah mereka. Beckham dengan segera keluarkan kuasa apinya. Mereka pun keluarkan kuasa kecuali David.

David mengerut keningnya "Apa berlaku?"

"Ingatkan aku untuk bunuh David selepas kita bertarung dengan ceberus" geram Beckham

"Apa? Ceberus?" soal mereka secara serentak.

Beberapa ekor ceberus menuju ke arah mereka. Ceberus merupakan anjing kepala tiga yang mampu keluarkan api dari mulutnya. Ceberus juga haiwan dari neraka.

                                         (Imej ceberus)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                         (Imej ceberus)

"Macam mana haiwan dari neraka ni boleh terlepas?" soal Cindy.

"Yang tu aku tak tahu tapi apa yang aku baca dalam peta tu, dia beri amaran suruh diam semasa berjalan sebab kita di kawasan ceberus. Sebab tu aku suruh diam" geram Beckham.

"Baiklah, David. Kali ni aku akan bunuh kau" ujar Lisa

Ceberus itu menuju dengan segera keluar apinya dari mulut. Beckham padamkan api yang dikeluarkan ceberus itu. Beberapa ekor ceberus keluarkan api hitam. Beckham tergamam seketika.

"Eva, padam api hitam dengan elemen kegelapan air. Hanya air hitam saja yang boleh padam api hitam" Beckham memberi arahan.

Eva angguk kepalanya. Dia hasilkan gelombang air berwarna hitam kemudian dia padamkan api hitam di situ. Api hitam terpadam. Lisa ikat beberapa ekor ceberus dengan kuasa tumbuhannya. Dia juga hentam ceberus di atas tanah dengan ikatan akar. Max dan Cindy berkerjasama mengalahkan ceberus dengan melontar petir ke arah ceberus. David hasilkan puting beliung dan menerbangkan beberapa ekor ceberus.

The dark princess (C)Where stories live. Discover now