Semua kawasan serta tempat menjadi gelap. Tak kira di bumi atas dan bumi bawah. Bumi bawah gelap seperti matahari dilindungi awan tapi masih nampak cahaya. Inikan pula gelap seperti malam yang tiada cahaya bulan. David dan Cindy agak tergamam dengan keadaan begitu. Dah lah mereka di hutan. Sama juga Max, Beckham, Cindy dan Eva. Mereka dalam hutan yang sama tetapi berbeza tempat.
Pengguna elemen juga pelik kerana tiba-tiba saja langit menjadi gelap. Mereka keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku. Beberapa minit kemudian, muncul matahari tapi masih lagi malam. Malam dan siang bertembung pada satu masa. Mereka mula pelik. Tak lama kemudian, muncul beberapa pengguna elemen kegelapan.
Kemunculan pengguna elemen kegelapan membuat mereka tersentak. Mereka tak sangka elemen itu kembali ke dunia atas. Pengguna elemen kegelapan ke semua wilayah di mana tempat tinggal pemimpin pengguna kuasa.
"Mana pengasas bintang?" soal pengguna elemen kegelapan. Mereka diam.
Sunyi tiada sebarang jawapan membuat Ella berasa bengang. Ibu bapanya juga berasa kecewa. Ella mendengus kasar. Beberapa minit juga mereka menunggu jawapan. Ada juga yang berbisik-bisik di antara mereka apa itu pengasas bintang.
Ella tersenyum sinis "Oh, tak nak beritahu ya. Tak apa. Pengguna elemen kegelapan mari kita serang mereka"
Pengguna elemen lain kecut perut. Pengguna elemen kegelapan pun serang mereka. Mereka pun berlawan dengan habis-habisan. Sambil berlawan mereka juga bertanya mana pengasas elemen kegelapan.
"Mana pengasas bintang?" soal Ella yang lontar petir hitam ke arah seorang lelaki. Lelaki itu hentak kaki dan terhasilnya tanah untuk melindungi dirinya.
Lelaki itu turunkan tanah itu. Dia senyum ke arah Ella "Tenang cik adik. Apa kata kita berkenalan dulu. Nama pendek aku Joe. Nama panjang jodoh kau"
Ella mengguling matanya ke atas. Joe hentak kakinya lagi di atas tanah. Maka keluarlah golem kristal yang besarnya seperti gorila. Golem kristal itu ikut pergerakan Joe. Joe cuba tumbuk Ella. Ella tersenyum sinis. Dia hanya elak.
Tangan kanan Ella mempunyai aliran petir. Sebelah kanan pula ada kuasa tumbuhan. Dia lontarkan petir serta racun tumbuhan secara serentak. Petir mengiringi duri kecil yang halus menuju ke arah golem kristal itu. Dengan serta merta golem kristal itu pecah. Joe tersenyum melihat gadis itu.
Ella menuju ke arahnya seperti gerakan kilat. Joe tersenyum sinis. Dia sudah merancang sesuatu untuk kalahkan Ella. Dia ambil kesempatan memerangkap Ella dengan kuasa tanahnya. Ella kini di dalam tanah tapi kepalanya tidak di masukkan dalam tanah.
"Boleh tahan hebat kau ni. Nama aku Ella" Ella memperkenalkan dirinya. Dia pecahkan tanah tersebut dengan menumbuk.
"Lepas berlawan ni, boleh kita berjumpa? Ini kad aku" sempat lagi si Joe hulur kadnya pada Ella. Ella ambil kad tersebut.
"Oh, kau ni pelatih tentera rupanya. Padan lah hebat"
"Kan. Hebat tak aku" bangga si Joe.
"Woi, berlawan lah. Yang korang berdua berbual buat apa?" tegur seorang lelaki yang duduk di atas kerusi sambil makan popcorn.
"Betul tu. Aku nak tengok perlawanan betul-betul depan aku. Baru syok" ujar seorang perempuan yang datang entah dari mana dengan bawa kerusi. Dia pun duduk di sebelah lelaki itu.
"Akaily?" terjonket kening si lelaki tersebut apabila dia melihat perempuan di sebelahnya.
"Eh, Ruby. Kau pun ada di sini? Kenapa kau ada kat sini?" soal Akaily
"Saja. Aku nak tengok perlawanan mereka berdua. Nak tunggu cerita Legend of Teera tu bulan dua baru si author tu nak tulis. Menepu aku"
"Samalah"
Joe dan Ella mula berjauhan bila ditegur oleh mereka berdua. Joe sempat kenyit mata dekat Ella membuat Ella malu. Mereka berdua pun mula berlawan. Ella dari gunakan kuasa petir kini dia gunakan kuasa angin. Joe agak tergamam juga. Ella hasilkan ribut petir membuat Joe bertambah hati-hati.
Kedua tangannya menjadi batu. Dia hentak tangannya maka terhasil lah ceracak tanah yang mempunyai kristal. Ceracak tanah tersebut terkena bahu pipi kiri Ella. Darah keluar sedikit dari kesan tajam ceracak batu itu. Ella hentikan kuasanya sama juga Joe. Joe pun menuju ke arah Ella.
"Wahai bidadari ku. Adakah ia sakit?" soal Joe yang sentuh pipi Ella. Ella pegang tangan Joe. Maka mereka berdua pun berpandangan. Seiring dengan itu tiba-tiba saja keluar lagu Titanic.
Ruby dan Akaily terlopong melihat agenda 18 tahun tersebut. Apa lagi kalau bukan bercium di bibir. Si Ella yang cium bibir Joe. Woi, baru kenal dah bercium bagai? Ini dah lari dari skrip ni- author
"Budak bawah 18 tahun tak boleh tengok" ujar Ruby yang tutup mata Akaily. Akaily tepis tangan Ruby.
"Ruby, Akaily!" teriak si author. Mereka pandang ke arah author.
"Balik ke dunia korang sana. Belum tiba masanya korang muncul. Spoiler betul lah korang berdua ni. Dah lah watak utama. Nanti dalam cerita Legend of Teera korang boleh muncul beberapa kali korang nak. Masuk sekarang!" jerit author.
Ruby dan Akaily pun tersengih. Mereka pun masuk ke dalam protal meninggalkan pasangan yang bercium tu. Lama betul korang bercium ya.
"Ha, ni lagi dua manusia. Berhenti bercium dan berlawan. Nak aku potong gaji?" ugut author.
Mereka berdua pun meleraikan ciuman tersebut "Pergi berlawan sana. Baru kenal kot korang ni. Tak faham aku"
Author pun sambung menulis. Apalah diorang fikirkan ni. Joe dan Ella pun mula berlawan tapi berlawan manja. Cuba kau bayangkan, Joe hanya baling batu yang kecil berbentuk love ke arah Ella. Manakala si Ella bentukkan akar tumbuhan menjadi wajah Joe. Geramnya aku.
Yang aku tak boleh belah boleh pula diorang perang bantal. Bantal mana diorang rembat aku pun tak tahu. Ini kalau ibu bapa Ella nampak ni tak tahu aku.
"Kami dah nampak pun, author" tegur si permaisuri.
"Ya. Sudah besar anak kita. Tak lama lagi kita akan ada cucu" si raja menyeka air mata palsunya dengan jari.
"Korang restu ke?" soal author.
"Restu"
Kembali kepada Joe dan Ella. Setelah mereka 'berlawan' tadi mereka pun berhenti seketika. Mereka berdua mengundur dan kembali serius. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Si Joe menatap wajah Ella dengan tajam sama juga Ella. Mereka berdua berdiri lama. Tak lama kemudian mereka berdua pun menuju ke arah masing-masing tanpa mengeluarkan kuasa. Mereka berdua berpelukan membuat si author terlopong.
"Inginkan nak lawan rupanya nak berpeluk"
"Joe, aku ada tugas nak dilakukan. Aku nak cari adik aku yang telah lama hilang" ujar Ella yang berada di dakapan Joe.
"Nak aku tolong tak?"
"Mestilah. Jom" Ella pegang tangan Joe.
"Jom"
Satu kabus berwarna hitam muncul dan membawa mereka bersama. Mereka berdua mencari adik Ella yang telah lama hilang. Ibu bapa Ella pun ikut Ella untuk memastikan Joe tidak melakukan apa-apa terhadap anak mereka.
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...