Lima hari kemudian...
Mereka berenam sampai di hadapan sebuah hutan yang dimaksudkan oleh Quies dan Syella. Mereka ke sini dengan bantuan dua beradik itu setelah berjaya menyelesaikan soalan. Kebanyakkan pokok-pokok di situ tinggi. Akar pula terkeluar dari tanah. Tanah berwarna hitam. Ada kabus putih di hutan itu walaupun hari sudah siang.
"Sebelum masuk ke dalam hutan ni, aku beritahu tentang hutan ni. Hutan ini boleh tahu kisah silam korang semua. Jika seseorang mempunyai kisah silam yang buruk, hutan ini akan cuba ingatkan kisah itu atau lebih tepat orang yang pernah bersama dengan kita di kisah buruk itu. Jangan pegang roh yang menyerupai orang itu kerana dia boleh ambil roh. Jadi, berhati-hati lah" nasihat Beckham.
Mereka berenam melangkah masuk ke dalam hutan itu. Tiada bunyi kicauan burung dan tiada binatang yang ada di situ. Hanya pokok saja kelihatan. Sepertinya tanah itu tiada semak atau rumput yang menghalang laluan mereka. Kabus mula bertambah. Mereka berenam rapat antara satu sama lain. Hutan ini mempunyai roh yang jahat.
"Jangan takut. Roh hutan ni sengaja nak takutkan kita dan cuba tahu memori lepas" ujar Beckham.
Mereka teruskan berjalan. Beberapa minit kemudian, seorang perempuan berambut coklat cuit bahu Max membuat Max terkejut. Max pandang perempuan itu dan dia tergamam. Perempuan itu wajahnya mirip dengan Flora. 'Flora' senyum memandang Max.
"Max, awak tak rindukan saya ke?" soal 'Flora'
"Mestilah" Max menuju ke arah 'Flora'. Cindy pula menuju ke arah abangnya.
"Mari ikut saya" 'Flora' hulur tangannya.
Cindy tepuk bahu abangnya membuat Max tersedar. Cindy tarik abangnya menjauhi 'Flora'. Mata Cindy memandang tajam ke arah 'Flora' yang senyum itu. Eva pula tertanya siapakah perempuan itu.
"Lupakan dia, Max"
"Tapi wajah dia sama"
"Tapi dia tak ada" lembut bicara Cindy.
"Itu adalah Flora..."
"Tunang kau dah mati, Max!" tengking Cindy. Max terdiam. Dia menunduk. Max teruskan berjalan.
"Tunang?" soal Eva.
"Cindy, kau tak rindukan aku ke?" soal 'Flora'
"Diam. Kau bukan Flora" Cindy juga berlaku dari situ
Mereka semua teruskan perjalanan tanpa mengeluarkan suara. Hanya kedengaran bunyi tapak kaki memijak tanah.
.........................................................................................................Akhirnya mereka semua berjaya keluar dari hutan memori. Mereka mendirikan khemah dan berehat di kawasan lapang untuk satu malam. Pada sebelah malam, semua orang sudah masuk ke dalam khemah kecuali Cindy yang duduk di atas kayu yang reput. Dia memandang ke arah api yang masih menyala itu.
Eva keluar dari khemah dan dia ternampak Cindy duduk seorang diri. Dia mendekati Cindy dan duduk di sebelahnya. Dia dapati Cindy lap air mata yang mengalir di pipinya "Kau okey tak, Cindy?"
"Aku okey"
Mereka berdua diam. Hanya bunyi cengkerik kedengaran "Dia kawan aku dan dia juga kakak ipar aku" Cindy membuka cerita.
"Yang tadi tu ke?" soal Eva. Cindy angguk.
Cindy mengimbas kenangannya dahulu bersama rakan baiknya iaitu Flora
Ketika Cindy berumur 10 tahun dan abangnya iaitu Max berumur 11 tahun, ibu bapa mereka bercerai atas sebab-sebab tertentu. Cindy mengikuti ayahnya berpindah ke bandar. Sekolah Cindy juga ditukarkan. Cindy seorang yang pemalu dan jarang bercakap menyebabkan dia tiada seorang rakan pun yang mahu berbual dengannya. Sama juga ketika dia bersekolah di kampung.
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...