Dua hari kemudian...
Max menuju ke arah kafe yang dikata oleh Beckham. Dia bersama adiknya menuju ke sana. Max memakai baju t-shirt berwarna merah. Ada garisan kuning di tengah baju itu. Seluar berwarna hitam gelap. Cindy pula memakai gaun pendek berwarna hijau. Dia memakai seluar panjang menutupi kakinya.
Mereka berdua juga bawa hadiah. Itu yang di pesan oleh Beckham. Max bawa dua hadiah. Satu dibalut dengan kertas berwarna. Satu lagi dibalut dengan kertas berwarna juga tapi diletak reben. Cindy hanya bawa satu hadiah.
Max dan Cindy masuk ke dalam kafe tersebut. Sepertinya kafe itu dikhaskan dan telah ditempah oleh Beckham. Joe, Ella, Eva, Beckham, David dan Lisa berada di situ juga.
"Hai" tegur Beckham.
"Hai"
Max dan Cindy letak hadiah di tempat letak hadiah. Beckham mara ke depan dan dia tarik tangan Cindy membuat Cindy terkejut.
"David dan Cindy, maafkan aku serta Lisa sebab tak pedulikan korang berdua. Majlis ni kami yang rancang bersama untuk berkahwin dengan pilihan hati sendiri" ujar Beckham.
David dan Cindy terkejut. Cindy peluk Beckham. Manakala David dan Lisa membalas senyuman. Max dan Eva berpandangan antara satu sama lain.
"Kita kahwin minggu depan. Bersama dengan pasangan masing-masing. Mesti meriah kalau dapat kahwin dalam pada masa yang sama dapat melihat sahabat kita juga kahwin" biacara Lisa.
"Baiklah, kami setuju"
"Kak Ella macam mana?" soal Eva.
"Akak mungkin kahwin lambat sikit. Mungkin tahun depan"
Eva menuju ke arah Max. Max pegang kedua tangan Eva "Aku cintakan kau. Aku harap kau terima aku seandainya"
Eva tersenyum. Tiba-tiba pintu ditendang seseorang. Pintu itu terhempas dengan kuat. Mereka semua melihat ke arah pintu. Kelihatan Yuko memandang mereka dengan wajah yang bengis.
"Eva, kau pasti kau nak kahwin dengan dia?" soal Yuko. Api di tangannya mula bernyala.
"Mestilah. Aku cintakan dia"
"Max, kau tak layak dapat dia" marah Yuko. Max hanya berdiam diri. Eva peluk Max membuat Yuko bertambah berang.
"Aku takkan benarkan korang bersama!"
Yuko baling api secara bertubi-tubi ke arah mereka. Eva bekukan api itu membuat api itu terpadam. Ella dengan segera keluarkan kuasanya.
"Kamu semua pergi. Biar aku yang lawan dia"
"Tapi Ella..." bantah Joe.
"Jangan risau. Pergi"
"Kakak" Eva melihat kakaknya. Ella tersenyum manis.
"Max, tolong jagakan adik akak ya. Akak sayang dekat dia"
Max tarik Eva. Eva menangis di dalam dakapan Max. Mereka semua lari meninggalkan Ella dan Yuko. Max usap kepala Eva. Eva meletakkan kepalanya di bidang dada Max. Mereka telah berlari jauh dari situ.
"Sabar ya"
Di dalam kafe
Yuko baling api ke arah Ella. Ella tersenyum sinis kemudian dia padam kan api itu membuat Yuko tergamam
"Macam mana kau...""Kau lupa siapa aku?" Ella memotong kata-kata Yuko.
Yuko menetap bibirnya. Dia berlari keluar dari kafe. Dia ingin mencari Eva. Ella ikut Yuko. Yuko nampak Eva bersama dengan Max. Yuko baling api ke arah mereka. Daun pandan menjadi panjang melindungi mereka dengan kuasa Ella.
"Eva, milik aku!"
Eva berserentak. Daun pandan itu hilang begitu saja. Max tergamam seketika. Yuko cuba baling api. Eva bekukan tubuh Yuko dengan kuasa aisnya membuat Yuko terperangkap. Yuko cuba melepaskan dirinya tapi tak boleh kerana Eva kurung di dengan kuasa ais yang kuat.
"Yuko, awak tak faham ke? Saya hanya anggap awak sebagai kawan tak lebih dari tu"
"Saya tak boleh terima" Yuko cuba melepaskan dirinya. Dia cuba mencairkan ais tersebut.
"Maaf, Yuko. Saya terpaksa lakukan semua ni"
Eva menuju ke arah Yuko. Eva sentuh dahi Yuko. Yuko memandang Eva dengan wajah pelik "Apa yang awak cuba buat?"
"Hilangkan memori awak tentang saya. Awak takkan ingat saya lagi. Maafkan saya, Yuko. Saya sayang awak sebagai seorang rakan"
Cahaya bersinar apabila Eva melafas mentera. Yuko menjerit. Akhirnya dia pengsan. Eva cairkan ais yang mengurung Yuko. Ella menuju ke arah Yuko. Dia bawa Yuko ke tempat asalnya.
.......................................................................
Seminggu kemudian...
Eva memakai gaun pengantin. Rambutnya didandan kemas oleh dayang istana. Eva hanya pakai lipstik serta bedak di mukanya. Setelah selesai dia menuju ke arah rakannya. Dia dapati Cindy dan Lisa sudah bersiap dengan pakaian pengantin.
"Wow, cantiknya kau Eva" puji Lisa
"Terima kasih. Kau apa kurangnya"
"Aku tak sangka yang abang aku bakal berkahwin. Aku pun. Tak sangka pertemuan kita di hutan hari serta kau selamatkan kami dari goblin dapat mengubah segalanya" ujar Cindy.
"Aku pun tak sangka. Aku sebenarnya nak larikan diri saja tapi boleh pula terserempak dengan korang"
"Dan aku tak tahu yang kau tu anak raja" ujar Lisa.
Eva ketawa kecil. Pintu bilik dibuka rupanya Ella menjenguk tiga bakal pengantin yang bakal menjadi isteri. Dia tersenyum "Cepatlah. Majlis nak bermula"
Eva, Cindy dan Lisa pun menuju ke dewan. Perkahwinan mereka di lakukan sangat meriah memandangkan keluarga Eva yang tanggung semua kos perbelanjaan. Semua rakyat dan pengguna kuasa lain datang.
Akhirnya, Max, Eva, Beckham, Cindy, David dan Lisa menjadi pasangan suami isteri. Max bersama dengan Eva mungkin tinggal di istana. Beckham dan Cindy tinggal bersama keluarga Eva sama juga David dan Lisa. Max kata lepas seminggu, mereka akan mengembara lagi.
Max dan Eva berbual rancak. Max terpaku melihat sesuatu iaitu seperti roh Flora yang mengukir senyuman padanya. Max agak tergamam seketika kemudian dia senyum. Flora ketawa melihatnya.
"Semoga awak bahagia bersama dengan dia. Terima kasih kerana cari pengganti saya. Saya pergi dulu" Flora hilang begitu saja. Hanya Max saja yang dapat dengar.
"Max" Eva tepuk pipi perlahan Max. Max pandang Eva.
"Ya?"
"Apa yang kau termenungkan tu?" soal Eva.
"Tiada apa. Eh, kita kan dah kahwin. Jadi, janganlah guna 'kau aku'. Guna lah 'saya awak' atau 'sayang abang' baru boleh bertambah cinta"
"Baiklah, abang"
"Macam tulah isteri abang" Max cium dahi Eva.
"Terima kasih kerana memilih saya" ujar Eva.
"Sepatutnya abang yang ucapkan terima kasih. Kalau awak tak diculik mungkin kita tak bertemu. Kalau awak tak larikan diri semua ini takkan terjadi. Pahit, manis dan masam pengembaraan kita"
"Betul tu" Eva peluk Max
Mereka semua bahagia untuk selamanya. Elemen kegelapan mula membantu elemen lain. Negara mereka menjadi kerajaan yang pesat.
Tamat
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...