Bunyi derapan kaki kuda jelas kedengaran di telinga Xeyzer. Dia menunggang kuda yang berwarna putih masuk ke kawasan hutan. Dia memegang kolar tali kuda itu.
"Kau tunggu, Eva. Aku akan dapatkan kau"Kuda itu berlari selaju nya apabila Xeyzer melibas kolar pada kuda itu. Tujuannya satu iaitu cari adiknya. Tapi betulkah Eva itu adiknya?
David, Max, Beckham, Lisa, Cindy dan Eva masih dalam perjalanan menuju ke sebuah perkampungan yang beberapa jarak. Tiga lelaki di hadapan manakala tiga perempuan di belakang. Hampir tiga hari mereka berjalan tanpa henti. David pula asik minum air dari botol yang dibawa bersama.
"Jauh lagi ke kampung kita nak tuju?" Soal Lisa. Dia mengibas tangannya. Ikatan rambutnya dibuka. Rambutnya hampir mencecah punggung.
"Sekejap lagi kita akan sampai. Ha, dah sampai pun" ujar Beckham
Pintu gerbang yang berbentuk empat segi berada di hadapan mereka. Terdapat tulisan di pintu gerbang berwarna coklat itu.
"Kampung Putih? Mari kita menginap rumah tumpangan atau hotel" ajak Lisa.
Mereka masuk ke dalam kampung itu. Kawasan kampung itu berada di berdekatan pantai. Ramai orang yang menjual hasil lautan yang ditangkap dari laut. Rumah-rumah di situ kebanyakan diperbuat daripada kayu. Ramai orang yang membeli hasil laut. Sampan kecil berada di pinggir laut bergoyang akibat dipukul ombak.
"Kita nak cari rumah tumpangan di mana?" soal Cindy.
"Tanya penduduk di kampung ni" Max menuju ke arah penjual yang rambutnya berwarna biru pekat.
"Ya, nak beli apa encik? Ada ikan, ketam dan bermacam macam lagi" kata penjual itu. Terdapat banyak hasil lautan yang diletakkan di atas meja. Hasil lautan itu disusun mengikut jenisnya.
"Rumah tumpangan di mana?" soal Max
"Oh, encik kena jalan dalam lagi kalau nak cari rumah tumpangan. Siapa gadis rambut silver tu? Kenapa rambutnya warna silver?" soal penjual itu.
"Kawan kami. Terima kasih, kami pergi dulu" mereka beredar dari situ. Penjual itu pandang Eva.
"Eva, aku rasa tak sedap hati lah" kata Deliz yang berada di dalam badan nya. Hanya Eva saja boleh dengar apa mereka cakap.
"Fasal penjual tadi ke?"
"Ya" kata seseorang seperti suara perempuan.
"Kau siapa pula?" soal Eva yang pelik. Tiba-tiba saja muncul suara perempuan
"Aku Delia adik kepada Deliz" Eva angguk kepala. Mereka teruskan perjalanan untuk mencari rumah tumpangan.
......................................................................
Langit terbentang luas. Bintang bertaburan di langit. Bulan sabit di dada langit. Cahaya lampu yang menggunakan bahan api iaitu minyak tanah menghiasi di sekeliling kampung.
Sebuah rumah di atas bahagiannya kayu manakala bawahnya batu. Di situ rumah tumpangan mereka. Rumah itu dianggarkan besarnya seluas empat segi yang besar. Terdapat dua buah bilik tidur, satu bilik mandi, ruang tamu dan dapur. Harga rumah tumpangan agak berpatutan. Mereka semua berada di anjung rumah yang terletak di luar rumah.
Eva memandang ke arah langit. Dia duduk di atas bangku. Rantai berbentuk bintang miliknya di sembunyikan dalam bajunya. "Eva" panggil Cindy
Eva pandang Cindy yang berada di sebelahnya. Cindy duduk di sebelah nya. "Aku nak tahu macam mana kau boleh ada di hutan pada hari tu?" soal Cindy
"Sebenarnya aku lari"
Mata Cindy membulat "Apa?"
"Shuu" Eva tekup mulut Cindy.
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...