Xeyzer berjalan perlahan menuju ke negara Blue. Terdapat sebuah pintu gerbang yang menunjukkan itu negara lain. Dia teruskan berjalan menuju ke istana. Hampir seminggu dia tak pulang ke istana. Ramai orang yang lalu lalang di situ pelik melihat Xeyzer. Ada juga yang mengumpat tentang keadaan Xeyzer.. Beberapa orang sedang berniaga di pasar. Bunyi derapan kaki kuda dan suara orang menjerit. Xeyzer endahkan semua itu.
Beberapa minit kemudian, dia telah sampai di hadapan istana. Pintu pagar tertutup dan dijaga oleh enam pengawal istana yang berkelengkap pakaian khas. Pengawal istana agak terkejut dengan kedatangan Xeyzer. Parut bergaris satu panjang di pipi hingga ke kening. Cakaran-cakaran kecil di tangan Xeyzer. Kulitnya sedikit gelap dan rambutnya yang tidak terurus. Ada sedikit koyakan di bahagian baju bahunya. Beberapa tompokan lumpuh di hujung seluarnya. Kasutnya juga berlumpur dan jarinya juga ada sedikit kekotoran. Pengawal istana menutup hidung apabila Xeyzer berada di situ. Beberapa ekor lalat yang berterbangan di atas kepalanya.
"Tuanku, sila bersihkan diri dulu" pengawal istana buka pintu istana. Xeyzer berjalan menuju ke istana. Dia harus bersihkan dirinya.
Beberapa jam kemudian, Xeyzer selesai membersihkan diri. Dia berjumpa dengan ibu bapanya di ruang peribadi golongan diraja. Ibunya iaitu permaisuri Ulia agak terkejut dengan wajah anaknya yang mempunyai garisan. Permaisuri peluk anak lelakinya itu. "Kesian anak ibu. Mesti kamu tak cukup makan dan tidur"
"Dah jumpa Eva?" soal raja.
"Jumpa tapi dia serang Xeyzer. Sebab itu, Xeyzer ada parut ni"
"Eh, jahatnya dia. Tak apa, sayang. Nanti dia akan terima balasannya" permaisuri Ulia usap kepala anaknya.
"Cis, dasar anak tak kenang budi. Aku dah jaga dia baik-baik. Ini balasannya"
"Biarlah si Eva tu. Dia tu pun bukan anak kita pun"
"Apa? Eva tu siapa sebenarnya?" soal Xeyzer yang agak terkejut.
"Macam ni" permaisuri Ulia menceritakan dari A hingga ke Z kepada anaknya
...........................................................................................................
Max, Beckham, David, Cindy, Lisa dan Eva berada di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok yang tinggi. Banyak rumput dan akar yang terkeluar dari tanah. Sudah dua hari mereka berjalan tanpa henti. Kadangkala mereka berehat seketika sebelum memulakan perjalanan.
Cindy terdengar seperti bunyi air sungai yang mengalir yang berdekatan di hutan tersebut "Korang ada dengar sesuatu tak?"
"Jangan tegur apa kau dengar. Nanti dia ikut" satu ketukan hinggap di kepala Beckham yang diketuk oleh Lisa.
"Bunyi air sungai. Boleh mandi. Badan aku dah melekit ni" ujar Beckham.
"Mari kita ke sana" ajak Lisa.
Mereka cuba mendengar dari mana bunyi air sungai itu. Beberapa minit kemudian, mereka terjumpa sebatang sungai yang kecil mengalir perlahan. Sungai itu nampak dasarnya. Mereka berenam membersihkan diri di sungai tersebut. Max, David dan Beckham berjauhan untuk mandi dari tiga perempuan. Mereka buka baju dan seluar panjang. Mereka hanya pakai seluar dalam. Apabila mereka mandi, seluar dalam akan kecut dan akan nampak bentuk.
David jadikan tapak tangannya sebagai gayung. Dia curah air di atas kepalanya "Leganya. Sudah beberapa hari kita tak mandi"
"Max, kita tidur kat sini boleh?" soal Beckham.
"Boleh. Lagipun sudah dua hari kita berjalan tanpa tidur. Jauh juga lingkaran garisan tu. Aku ingat dekat"
"Sebelum kita lepasi lingkaran garisan dah hadapi pelbagai masalah. Nanti bila kita dah keluar dari lingkaran garisan tu lagi bahaya"
"Apa yang bahaya?" soal David.
"Haiwan dan makhluk di situ lebih besar dan ganas di sana. Ada juga makhluk yang pelik dekat sana. Banyak hutan yang pelik dan misteri. Kalau kita dah keluar dari garisan itu, kita kena berhati-hati dan peka. Seingat aku sebelum kita masuk ke kerajaan elemen kegelapan kita akan berdepan dengan sesuatu" nasihat Beckham.
"Aku tertanya juga, macam mana semua pengguna elemen kegelapan boleh keluar dari lingkaran garisan dengan selamat dan boleh buat kerajaan sendiri di dunia bawah?" soal David.
"Manalah aku tahu. Kau tanyalah si pengguna elemen kegelapan"
"Aku nak tengok keadaan kerajaan di sana" ujar Max
"Tiada siapa boleh nampak kerajaan tu kecuali pengguna elemen kegelapan"
"Kenapa?" soal David
"Bukan aku dah beritahu yang salah satu dari elemen mencuri benda yang berharga dari kerajaan elemen kegelapan"
"Elemen mana yang curi? Diaorang curi apa?" soal Max.
"Yang itu aku tak tahu. Disebabkan elemen itu, elemen kegelapan menghalau elemen lain yang tinggal di kerajaan mereka. Selain itu, mereka tidak mengenakan aura hitam semasa perjalanan ke kerajaan elemen kegelapan. Sebab itulah banyak haiwan yang ganas di situ"
"Diaorang tak cari ke benda berharga tu?" soal David.
"Entahlah. Aku pun tertanya juga"
"Macam mana kau tahu semua ni, David?" soal Max.
"Ayah aku pernah bekerja dekat sana jadi dia yang beritahu aku. Dia ada cakap sejak kecurian tu, elemen kegelapan menjadi sombong dan bongkak"
"Apa lagi yang ayah kau ceritakan fasal kerajaan elemen kegelapan. Aku nak tahu" ujar David.
"Ayah aku pernah beritahu, di sana pakaian di sana warnanya gelap. Sebuah bulan sabit dan bintang lima penjuru yang besar di dada langit. Mereka jadikan bulan dan bintang sebagai punca cahaya. Keadaan di sana agak maju. Kat sana ada kenderaan yang boleh bawa manusia. Benda tu ada empat tayar, satu setereng dan tali pinggang"
"Kereta kuda ke?" soal Max.
"Bukan. Benda tu pakai enjin. Aku lupa apa nama benda tu. Ayah aku ada tunjukkan gambar benda tu. Pada mulanya aku pelik tapi ayah aku terangkan"
"Macam menarik je. Diaorang dah maju dan cipta sesuatu yang boleh bawa manusia tanpa menyeksa binatang" gumam David.
"Itulah. Aku tertanya juga kenapa kita tak boleh berfikir seperti pengguna elemen kegelapan?"
"Entah dan aku nak sambung mandi" ujar David yang tepuk air hingga terkena pada wajah Beckham.
"David!"
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...