David dan Lisa berjalan bersama. Hampir dua minggu mereka tersesat di hutan dan terpisah dari rakan mereka. Mereka masih belum jumpa jalan keluar dari hutan. Rakan mereka juga tidak diketemui.
"Haih, macam mana lah nak keluar dari sini?" keluh Lisa. Dahlah darahnya dihisap oleh nyamuk. Tak guna punya nyamuk. Suka hati kau je hisap darah aku.
"Entahlah, Lisa. Aku boleh tertekan macam ni. Kalau kita dapat keluar hutan ni, boleh aku jadi suami kau"
Lisa tergamam apa yang dikata oleh David "Hei, dasar lelaki miang. Dah lah cium bibir aku"
"Ya, bukan kau suka ke?"
David menghampiri Lisa. Lisa terkaku seketika. David dongakkan kepala Lisa. Lagi sekali David cium bibir Lisa. Lisa hanya membiarkan. Dia tersedar kemudian dia tolak David.
"Tak guna kau" Lisa menyilang tangannya.
"Eleh, padahal suka"
Tiba-tiba tubuh mereka ditolak dengan sesuatu. Mereka berdua terkejut.
"Apa berlaku ni?" soal Lisa.
"Mana lah aku tahu"
Pada waktu yang sama, Beckham dan Cindy juga sedang berjalan. Mereka terdengar seperti suara orang menjerit.
"Macam suara David dan Lisa je" ujar Cindy.
"Betul apa kata kau. Kenapa diorang menjerit?"
Beckham dan Cindy juga ditolak sesuatu yang tidak nampak tapi boleh rasa sama seperti David dan Cindy.
"Apa ni, main tolak-tolak?" marah Cindy.
"Mak, tolong Beckham mak"
Max dan Eva yang sedang berjalan terperanjat mendengar suara orang menjerit meminta tolong. Ada juga suara marah serta sumpah seranah. Max dan Eva berpandangan antara satu sama lain.
"Kenapa dengan mereka berempat tu?" soal Eva.
"Entah. Eh maksudnya mereka ada di sini. Jom pergi ke arah mereka"
Max dan Eva ditolak dengan sesuatu membuat mereka terkejut. Eva cuba lawan benda yang menolaknya dengan aura hitam tetapi tidak berkesan.
"Apa yang berlaku ni?" soal Eva.
Pergerakan mereka pantas apabila ditolak sesuatu. Mereka juga sempat elak halangan di laluan mereka. Macam-macam aksi mereka lakukan.
David hampir saja terkena pokok tapi dia sempat elak "Aku berjaya elak"
Tiba-tiba dia terlanggar seseorang membuat dia pening. Walau dia dalam keadaan pening serta mahu pengsan, benda itu tetap tolak dia.
"Siapa yang tolak aku ni?" marah Cindy. Dia sempat sumpah seranah.
"Cindy?" pelik David.
"Kau pun kena tolak juga?" soal Cindy.
"Ha, ah"
"Nasib baik kau hidup sebelum aku pancung kepala kau"
"Eh, kenapa kau nak pancung kepala aku pula?" soal David.
"Disebabkan kau lah kita diserang ceberus"
"Kau masih ingat kejadian tu?" soal David.
"Balas dendam aku sentiasa ingat" senyum manis Cindy. Tapi senyum yang menakutkan David.
"Mummy" David telan air liur.
Mereka ditolak dengan sesuatu sehingga mereka sampai di dunia atas di mana mereka di hadapan rangkuman bulatan bumi. Mereka tidak ditolak lagi.
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...