Larikan diri

4K 265 7
                                    

9 tahun kemudian...

Eva sudah berusia 23 tahun. Dia berada di taman permainan. Hari yang cerah, menjadikan ramai budak-budak bermain. Ada yang bermain gelongsor, ada yang bermain buaian dan ada yang bermain pasir.

Taman permainan itu berhampiran dengan sebuah tasik. Terdapat palang berwarna merah sepanjang tasik itu. Alat permainan di situ ada lima iaitu buaian, kotak pasir, gelongsor, jongkang-jongkit dan alat gayut.

"Hai Eva" tegur Yuko yang berada di sebelah Eva. Eva yang duduk di atas bangku pandang ke arah Yuko.

"Hai" senyum Eva

"Esok hari jadi awak kan? Jadi esok awak genap 23 tahun"

"Ya"

"Boleh awak datang ke sini esok?" soal Yuko.

"Kenapa?"

"Saya nak sambut hari jadi awak lah. Takkan saya nak biarkan awak sambut sendiri"

"Awak ni. Keluarga saya pun tak pernah sambut hari jadi saya awak yang sibuk" Eva berdiri.

"Sebab itu kita kena sambut bersama. Esok saya ada perkara istimewa untuk awak"

"Apa dia?" soal Eva.

"Mana boleh beritahu. Ini adalah rahsia. Kalau nak tahu, awak mesti ke sini esok"

"Baiklah. Saya pergi dulu. Jumpa esok" Eva lambai tangan pada Yuko sebelum meninggalkannya.

'Saya harap awak terima lamaran saya, Eva' bisik hati Yuko.

Eva berjalan menuju ke istana. Di belakangnya tiba-tiba berwarna hitam. Eva berhenti seketika. Dia pandang belakang dan mendapati langit gelap dan ada aura hitam. Di hadapannya pula cerah.

"Apa yang berlaku ni?" soal Eva. Rantai bintangnya bercahaya tapi dia tak sedar.

"Puteri Eva" tegur seseorang. Eva pandang belakang dan  mendapati seorang lelaki iaitu pengawal istana.

"Ya?"

"Ayah tuanku panggil"

Eva angguk kepala. Dia mengikuti pengawal istana itu. Mereka pergi ke sebuah bilik yang banyak rak di situ tapi tiada pun buku di rak itu. Keluasan bilik itu seluas satu padang bola. Raja Lezzin memandang ke arah Eva. Pengawal istana itu keluar dari bilik itu.

"Kau pergi mana?" soal Raja Lezzin.

"Keluar" Eva tunduk kepalanya.

"Siapa izinkan kau keluar?" soal Raja Lezzin. Eva diam.

"Aku tanya kau ni, siapa yang izinkan kau keluar!" tengking Raja Lezzin.

"Tiada siapa"

"Dah tu kenapa kau pandai-pandai keluar? Malam ini kau tak boleh makan sebagai denda keluar dari istana. Esok kau tak boleh keluar"

"Tapi Putera Yuko nak jumpa anakanda esok" Eva dongak kepalanya.

"Tak boleh. Pengawal" panggil Raja Lezzin.

Seorang lelaki masuk ke dalam bilik. "Ya, tuanku"

"Bawa masuk budak ni ke dalam stor. Kau ikat dia sebelum kau masukkan dia dalam stor. Kau faham tak?"

"Faham, tuanku"

"Ayahanda maafkan anakanda" air mata berjuraian di pipi Eva.

"Diam"

Pengawal istana itu mengikat tangan Eva dengan menggunakan tali. Dia ikat dengan ketat supaya Eva tidak melarikan diri. Pengawal istana itu menarik Eva. Stor itu di tingkat tiga. Eva dibaling masuk ke dalam stor. Kepala dia terhentak di bucu meja menyebabkan kepalanya berdarah.

The dark princess (C)Where stories live. Discover now