David dan Lisa

2.7K 196 11
                                    

Sudah dua hari mereka mencari rakan mereka yang lain tapi tak jumpa. Mereka pun tak tahu mereka berada di mana kecuali Beckham dan Cindy kerana mereka ada peta. Kelihatan David bersama dengan Lisa di dalam sebuah hutan yang tidak tahu apa nama hutan itu. Lisa menyilangkan tangannya tanda tidak puas hati kerana dia bersama mamat tak betul. Kalau boleh dia akan jadikan akar seperti tempat duduk dan akar itu bergerak sambil menutup kedua telinganya seperti tempoh hari tapi tidak boleh kerana ada sesuatu yang menyekat kuasanya. David yang berada di sebelah Lisa menyanyi.

Lisa mendengus "Boleh diam tak?"

"Eh, suka hati akulah nak nyanyi atau tak. Aku tak ganggu kau pun"

"Kau ganggu ketenteraman jiwa aku. Kalau suara kau merdu macam Sufian Suhaimi tak apalah juga tapi suara macam katak bawah tempurung"

"Eleh, macamlah suara kau merdu sangat"

"Memang lah tak merdu. Sekurang-kurangnya aku taklah menyanyi dan sakitkan telinga orang" geram Lisa. David diam.

Mereka teruskan perjalanan. Tiba-tiba semak yang tingginya seperti ketinggian manusia bergerak secara tiba-tiba. Nak katakan angin yang tiup, dahan pokok tak bergoyang. Lagipun mereka berdua tidak dapat rasakan kehadiran angin.

"Maznah ke tu?" soal David.

"Maznah mana pula kau ni?"

Seekor chimera keluar dari semak itu. David dan Lisa mengundur secara perlahan. Chimera kais kakinya tanda untuk berlawan. Tanpa sebarang amaran, chimera itu menuju ke arah mereka berdua. David dan Lisa ke tepi. David baling beberapa bebola angin pada chimera itu. Chimera itu menuju ke arah David. Di kepala ular cuba patuk David tapi tidak dapat kerana David hasilkan angin untuk menolak chimera itu.

 Di kepala ular cuba patuk David tapi tidak dapat kerana David hasilkan angin untuk menolak chimera itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                      (Imej chimera)

Lisa ikat badan chimera itu dengan akar. Dia cuba angkat chimera itu dengan kuasanya. Lisa hempas beberapa kali chimera itu di atas tanah tapi ia tidak sekuat mana pun. Sepertinya ada sesuatu yang menyekat kuasa mereka ketika berada di situ.

"Kenapa kuasa kita disekat?" soal Lisa.

"Manalah aku tahu. Kalau ada Beckham bolehlah dia jawab soalan tu"

Chimera itu segera bangun dari benaman tanah yang tidak beberapa dalam. Chimera itu menuju ke arah Lisa. Lisa dengan segera buat sejanta dari kuasa tumbuhan nya. Chimera itu cuba tanduk Lisa dan Lisa menahan tandukkan chimera itu dengan akar pokok. Chimera itu menaikkan kedua kakinya di hadapan. Binatang itu cuba tolak Lisa tapi tidak dapat kerana Lisa tunduk. Dia berikan tumbukan pada perut chimera itu membuat chimera terdorong ke belakang.

David hasilkan cakra angin untuk mencederakan chimera itu. Dua cakra angin hampir ke tubuh chimera tiba-tiba dua cakra angin itu hilang begitu saja membuat mereka berdua tergamam.

"Apakah?" soal Lisa.

"Argh!" chimera itu mengamuk kemudian dia menuju ke arah mereka berdua.

David hasilkan puting beliung tetapi puting beliung yang saiz sederhana, puting beliung itu berjaya angkat chimera itu. David ciuba besarkan puting beliung tapi dia tak boleh. Tiba-tiba puting beliung itu lenyap serta-merta dan chimera selamat mendarat di atas tanah.

"Arghhh!" chimera itu menuju ke arah mereka.

Lisa dengan segera lompat di atas badan chimera dan dia duduk di atas badan chimera. Chimera itu meronta-ronta untuk turunkan Lisa. Binatang itu lari selajunya dan David ikut chimera itu. Lisa bangun secara perlahan dan dia berdiri di atas badan chimera. Dia lompat dari atas badan chimera. Chimera itu berhenti berlari dan ia menuju ke arah Lisa. Lisa dengan segera buat pelindung dengan akar. Tiba-tiba akaritu lenyap membuat dia tergamam. Chimera itu menanduk tepat perut Lisa. Badan Lisa melayang dan belakang badannya terhempas beberapa batang pokok sebelum dia gunakan akar untuk menariknya dari terhempas.

"Lisa!"

David dengan segera hasilkan puting beliung dan kali ini puting beliung yang agak besar berbanding yang tadi. Puting beliung itu berjaya terbangkan chimera itu. Chimera itu dilontar jauh dari mereka. David menuju ke arah Lisa. Kelihatan Lisa melutut sambil pegang perutnya. Ada secalit darah di bibirnya. Dia lap bibirnya. Dia bangun secara perlahan dan teruskan berjalan.

David menghampiri Lisa. Dia peluk Lisa dan cuba bantu Lisa berjalan. Lisa tolak David. Dia memandang tajam ke arah David "Apa kau cuba buat?"

"Aku nak tolong kau"

"Tak perlu. Aku boleh jalan sendiri" Lisa jalan secara perlahan dan terhenjut-henjut. Sekali sekala dia mengadu perutnya sakit.

David berjalan melepasi Lisa. Dia beberapa jarak di hadapan Lisa. Dia menyilang tangannya untuk menunggu Lisa berjalan. David mengeluh. Dia menuju ke arah Lisa kemudian dia dukung Lisa gaya bridal style.

"Apa kau buat ni?" soal Lisa dengan nada terkejut.

"Kau jalan lambat sangat. Kita kena cepat"

"David, aku tak perlu bantuan kau. Aku boleh jalan sendiri" Lisa cuba turun dari dakapan David tetapi tak boleh. Sepertinya David pegang dia begitu kuat.

"Lisa, kalau aku biarkan kau jalan sendirian, sampai tahun depan tak sampai. Kau cederakan tadi"

"Turunkan aku. Aku tak perlu bantuan kau" Lisa menggoyangkan kedua kakinya.

"Lisa, boleh diam dan jangan bergerak boleh tak?"

"Tidak selagi kau turunkan aku" marah Lisa. David diam dan dia teruskan berjalan.

"David! Turunkan akulah. Kau memang tak faham bahasa ke?"

"Lisa, jangan sampai kau cabar tahap kesabaran aku"

"Turunkan aku! David!" jerit Lisa.

Tanpa sebarang amaran bibir David hinggap di bibir Lisa membuat Lisa tergamam. Beberapa minit kemudian, David meleraikan ciuman tersebut. Dia memandang ke arah Lisa sambil tersenyum sinis melihat wajah Lisa kemerahan menahan malu.

Ciuman pertama dia dirampas. Argh! Malunya dirinya tadi.

"Kau buat bising lagi, aku tak teragak-agak akan lakukan sesuatu pada kau"
ugut David. Lisa menelan air liurnya.

David teruskan berjalan sambil mendukung Lisa. Ciuman tadi mrmbuat Lisa diam dan tidak bercakap sepanjang perjalanan. David senyum melihat Lisa yang dalam dakapannya itu.

The dark princess (C)Where stories live. Discover now