Kelihatan seorang lelaki dewasa bersama dengan seorang perempuan dewasa serta dua orang kanak-kanak. Mereka berada di dalam bilik di atas katil. Mereka sepertinya keluarga.
"Ibu, tengok kuasa akak" seorang budak perempuan mendepakan kedua tangannya. Terdapat lingkaran petir di tangannya.
"Wow. Nak cuba" si adik depakan kedua tangannya namun tiada hasil.
"Saya tiada kuasa" ujar si adik dengan nada kecewa. Si ibu peluk anaknya.
"Ada tapi belum sampainya lagi, sayang" ujar si ibu.
"Betul tu. Ayah, bila nak dapat rantai?" soal si kakak.
"Nantilah. Kamu ni tak sabar-sabar ya" ujar si ayah.
"Nak dengar cerita tak?" soal si ibu.
"Nak, nak" kata serentak kakak dan adik.
"Sini dekat dengan ibu"
Si kakak dan adik di dalam dakapan ibunya. Si ayah geleng kepala "Baiklah anakku..."
Si ayah bercerita sampai kedua beradik tertidur. Cerita tentang keberanian seorang perempuan.
Eva bangun dari tidur saat seseorang simbah air padanya. Habis basah dirinya. Dia dapati Nyel guna kuasanya untuk kejutkan dia.
"Amboi sedap kau tidur kat sini. Dah lah memalukan abang aku pastu duduk dekat istana. Kau fikir kau siapa hah?" Nyel tolak Eva sehingga Eva jatuh dari sofa.
Eva bangun. Nyel mencekak pinggangnya. Dia pandang tajam ke arah Eva "Dah lah menumpang pastu tak reti nak cakap terima kasih. Kau tak layak untuk abang aku. Berambus"
Eva agak terkilan. Dia kemudian beredar dari situ. Mimpi yang dia baru dapat tadi hampir nampak cuma kabur sikit. Dia hanya nampak wajahnya saja iaitu sebagai si adik. Dia tak nampak wajah ibu, ayah serta kakaknya.
"Baik aku keluar dari kerajaan elemen kegelapan" ujarnya sendiri.
Eva keluar dari istana. Dia dapati pengawal istana tiada langsung yang menjaga istana membuat dia mengerut keningnya. Dia menuju ke tempat protal. Sepanjang perjalanan, dia langsung tak nampak orang. Kenderaan pula tersadai di tepi jalan. Hanya kedengaran bunyi tapak kakinya berjalan saja.
"Sunyinya. Mana semua orang?" soalnya sendiri.
Eva terus menuju ke arah protal. Dia masuk protal itu. Dari kawasan bandar kini dia berada di hutan. Dia dapati keadaan di situ lebih gelap dari sebelumnya. Nasib baik dia boleh nampak dengan jelas.
"Apa yang berlaku dan kenapa aku rasa macam ada aura?"
Eva teruskan berjalan. Di dalam gelap serta bunyi cengkerik yang jelas kedengaran. Eva peluk tubuh. Angin bertiup ke arahnya menambah kesejukkan. Lebih lagi air yang terdapat di pakaiannya menambah kan lagi kesejukkan. Dia masih pakai gaun yang diberi Roy.
Beberapa jarak di hadapannya terdapat seseorang yang dia rindui dan dia cintai iaitu Max. Eva patah balik dan dia hendak meninggalkan Max.
"Eva" panggil Max. Eva berhenti berjalan. Nampaknya Max nampak dia.
Max menuju ke arah Eva. Dia hampir tersungkur nasib baik dia pandai imbangkan badan. Dia peluk Eva membuat Eva tergamam seketika.
"Kau pergi mana? Dah seminggu kau hilang" ujar Max yang meleraikan pelukan tersebut. Eva mengerut keningnya.
"Seminggu? Aku rasa sehari je kat kerajaan elemen kegelapan"
"Mungkin waktunya berbeza di sana. Kejap, kau kata kerajaan elemen kegelapan? Jadi, kau pergi sana lah?" soal Max. Eva angguk kepala.
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...