Cahaya matahari hanya menyinarkan sebahagian cahaya di atas tanah. Langit biru dan matahari diselindungi awan. Cahaya yang memancarkan hanya sedikit saja. Bunyi kicauan burung yang berterbangan mencari makanan.
Yuko sedang berjalan di atas tanah. Dia mencari Eva. Dia bermandikan peluh. Dia ternampak asap berwarna kelabu. Dia ikut asap itu. Dia dapati seorang lelaki yang dia kenali sedang bakar daun kering. Yuko menuju ke arah lelaki itu.
"Xeyzer? Apa kau buat kat sini?" soal Yuko. Xeyzer menoleh ke belakang.
"Cari Eva"
"Kau jumpa dia?" soal Yuko.
"Jumpa tapi dia serang aku. Aku nak balik"
"Mana dia?" soal Yuko.
"Mana lah aku tahu. Aku jumpa dia masa tu enam hari lepas. Mesti dia dah jauh"
"Tempat terakhir kau jumpa dia"
"Oh, dekat hutan"
"Hutan dekat mana?" soal Yuko
"Hutan dekat dengan pokok"
"Ya tapi di mana?" soal Yuko.
"Aku tak ingat" Yuko berasa geram dengan jawapan Xeyzer. Dia beredar dari situ. Xeyzer memandang dia berlalu dari situ.
"Carilah kalau jumpa"
.....................................................................
Max, David, Beckham, Cindy, Lisa dan Eva dalam perjalanan. Mereka melalui kawasan yang kurang tumbuhan. Hanya ada batu besar di situ dan keadaan jalannya berbukit. Mereka jadikan ranting kayu sebagai tongkat untuk teruskan berjalan. Max bersama dengan Eva. Dia melatih Eva cara menggunakan kuasa.
"Baiklah, Eva. Pertama sekali kau kena fokus. Semasa perjalanan ni aku serang kau dan kau elak. Boleh?" soal Max. Eva angguk kepala.
Panahan petir dihasilkan oleh Max. Dia baling petir itu. Eva elak. Setiap serangan Max Eva dapat elak. Nampaknya Eva sudah fokus. Dia berasa penat sedikit selepas menjalani latihan.
"Itu baru sikit. Nanti aku ajar kau kecekapan dan kepantasan" senyum Max. Eva angguk.
Yang lain pula hanya berbual antara satu sama lain "Jauh ke lingkaran garisan tu?" soal Lisa dengan nafas tercungap cungap akibat mendaki bukit. Kakinya juga letih untuk berjalan.
"Tak jauh mana cuma nun di sana" ujar Beckham.
"Nun tu berapa jauh?" soal Lisa.
"Eh, nun tu bukan hantu ke?" soal David.
"Hantu yang selalu tidur sebelah kau. Matanya merah. Kulitnya pucat dan terkopek" sakat Lisa.
"Ish. Aku takut benda tu"
"Kau yang takut bukan aku"
"Kita dekat mana?" soal Eva
"Bawah langit atas tanah" jawab David
"Buat lawak bodoh ke?" soal Lisa
"Tak pernah lagi orang buat lawak pandai"
"Bukit Bra" jawab Beckham
"Peliknya nama bukit ni" ujar Max
"Dah itu namanya"
Tiba-tiba mereka dapat rasakan seperti seratus tapak kaki berjalan. Mereka rapat antara satu sama lain. Mereka dengan segera keluarkan kuasa masing-masing untuk hadapi ancaman yang bakal datang.
"Apa pula kali ni?" soal David
"Manalah aku tahu. Kau tanya lah si author tu" jawab Beckham.
Sekumpulan chimera menuju ke arah mereka. Chimera ialah gabungan haiwan singa, kambing, helang dan ular tedung. Ular tedung itu sebagai ekornya. Tiga kepala haiwan bersama satu badan. Chimera itu sedia untuk menyerang mereka berenam.
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...