Beckham dan Cindy

2.6K 182 4
                                    

Beckham memerhati peta itu bersama dengan Cindy. Cindy mengerut keningnya kerana dia tak faham apa yang peta itu cuba tunjukkan. Beckham pusingkan peta itu. Nasib baik dia ada kompas. Beckham letak peta itu di atas tanah. Dia ambil kompas dari kocek seluarnya. Dia cuba fahami bacaan jarum jam kompas tu.

"Kita sekarang berada di kawasan hutan. Hutan yang tidak diberi nama kerana mereka tak tahu nak namakan apa hutan ni" ujar Beckham tanpa dipinta Cindy.

"Jadi, macam mana nak pergi ke kerajaan elemen kegelapan?"

"Kita kena lepasi kawasan chimera kemudian makhluk misteri dan akhir sekali kita sampai di kerajaan elemen kegelapan. Kita tak boleh nampak kerajaan itu. Hanya pengguna elemen kegelapan saja boleh nampak"

"Eva jelah yang boleh masuk ke situ?" soal Cindy.

"Ya. Mari kita teruskan perjalanan" Beckham ambil peta itu. Mereka teruskan berjalan.

"Nak cari mereka ke?" soal Cindy.

"Entahlah. Kita tak tahu ke mana mereka pergi. Kita akan jumpa mereka tapi tak tahu bila. Aku dapat rasakan mereka berada di hutan yang sama tetapi berbeza tempat"

Cindy angguk kepalanya. Malam pun tiba. Bintang dan bulan di dada langit. Kelihatan Cindy termenung memandang ke arah api yang menyala beberapa jarak di hadapan nya. Dia duduk di atas dahan kayu. Dia jadikan kedua tapak tangannya sebagai tongkat untuk meletakkan dagunya.

Beckham sedang mengikat benang hitam dengan ranting. Dia dapati Cindy termenung sendiri. Beckham tinggalkan kerjanya kemudian dia duduk di sebelah Cindy.

"Cindy, kau okey?" soal Beckham.

"Tak"

"Kau rindukan abang kau?" soal Beckham.

"Tak. Aku cuma risaukan Eva je. Aku rasa Eva bersama dengan lelaki paling hodoh iaitu abang aku. Aku harap Eva tak apa-apa"

"Ish kau ni. Boleh pula mengata abang kau masa dia tiada. Masa ada kau tak kutuk pula"

"Kalau aku kutuk depan dia, dia tak belanja aku makan" Cindy pandang Beckham.

Pada waktu yang sama cuma berbeza tempat, Max terbesin. Eva pandang ke arah Max sambil mengerut keningnya.

'Ini mesti ada orang mengutuk fasal aku ni' bisik hati Max.

"Max, kau okey?" soal Eva

"Okey"

Kembali semula kepada Beckham dan Cindy. Cindy mengeluh. Dia pandang ke arah langit yang dihiasi bulan dan bintang. Beckham pula bermain dengan jarinya. Jantungnya mula berdebar. Dia takut untuk meluahkan perasaannya terhadap Cindy. Dia dah lama suka pada Cindy cuma dia tak berani nak cakap.

"Ermm, Cindy"

"Ya?" Cindy pandang Beckham.

Beckham diam seketika. Dia tak tahu nak kata apa. Cindy mengerut keningnya "Beckham, ada sesuatu ke yang kau nak beritahu aku?"

"Cindy, sebenarnya... sebenarnya... aku... aku" gagap Beckham.

"Sejak bila kau jadi gagap ni? Beritahu lah pada aku apa yang kau mahu katakan"

"Sebenarnya aku cintakan kau" luah Beckham. Jantung dia berdebar kencang. Dia sepertinya dapat melepaskan sesuatu yang terkubu di dalam hatinya.

Cindy terdiam seketika. Beckham dapati Cindy tidak membalas rekreasi dirinya membuat Beckham malu. Dia tak pasti sama ada Cindy terima dia atau tolak dia.

"Sejak bila?" soal Cindy. Beckham membulat matanya.

"Sejak kali pertama kita bertemu. Masa kau pertama kali sertai pengembaraan bersama dengan Flora. Aku teruskan dengan kau. Aku cuba rapat dan curi perhatian kau tapi kau langsung tak perasaan. Aku berasa lega luahkan perasaan terpendam aku ni. Aku tak kisah kalau kau tolak aku pun"

Beckham terkejut apabila bibir Cindy mendarat di bibirnya. Beckham balas ciuman Cindy. Beberapa minit kemudian, mereka leraikan ciuman tersebut. Muka Beckham merah menahan malu. Cindy gelak kecil.

"Aku pun suka kau. Aku tak sangka kau juga suka pada aku. Nampaknya cintaku tidak bertepuk sebelah tangan. Cuma aku lambat sikit suka kau. Aku suka kau sebab kau ni lain dari lain" senyum Cindy.

"Yeke? Kalau kita dah jumpa mereka dan balik ke dunia atas, sudikah kau jadi isteriku" Beckham ambil cincin dari kocek seluarnya dan tunjukkan cincin pada Cindy.

Cindy tergamam seketika. Air matanya mengalir. Dia menangis kegembiraan "Ya, tapi secepat ini?"

"Kita suka antara satu sama lain sudah lama. Tak salahkan kalau kita kahwin"

"Baiklah. Aku akan beritahu tentang ini pada abang aku jika kita sudah jumpa dia"

"Aku harap dia restui"

Cindy senyum "Beckham, dia abang aku. Aku kenal dia. Dia akan pastikan adiknya bahagia bersama dengan lelaki yang menjadi suaminya. Kadangkala aku beruntung dapat abang macam tu walau dia tak kisah sangat fasal aku"

"Okey"

Pada sebelah pagi, mereka teruskan perjalanan. Perjalanan Beckham dan Cindy mudah dan cepat kerana mereka mempunyai peta yang boleh menunjukkan ke arah mana mereka harus pergi.

"Beckham, kau rasa Lisa bersama dengan David tak?" soal Cindy.

"Mungkin. Aku tak tahulah apa yang terjadi bila pasangan bergaduh itu bersama. Boleh hancur dunia"

"Ya. Kalau kau nak tahu Lisa suka David. Aku tak tahu celah mana budi pekerti dan kacak David tu sampai Lisa suka dia"

"Lah yeke? Aku rasa Lisa buta agaknya sampai dia suka pada David. Lagipun aku tengok David dan Lisa tu sesuai" ujar Beckham.

"Ya, sesuai sangat"

"Abang kau mungkin dengan Eva"

"Aku pelik dengan dia"

"Kenapa?" soal Beckham.

"Dia ada beritahu aku yang dia lari dari rumah sebab aku sendiri tak tahu"

"Mungkin dia ada masalah kot"

"Aku ada terperasan sesuatu di bahu dia. Macam simbol mahkota. Setahu aku simbol tu menunjukkan dia golongan bangsawan atau anak raja" ujar Cindy.

"Kau salah tengok agaknya. Aku tak pasti kenapa dia boleh ada saat kita diserang goblin. Kenapa dia saja pengguna elemen kegelapan di sini?"

"Aku pun tertanya-tanya juga"

Mereka berdua sepertinya mensyaki Eva merahsiakan sesuatu dari mereka. Mereka tak tahu kenapa. Rahsia Eva hampir terbongkar.

The dark princess (C)Where stories live. Discover now