Kerajaan elemen kegelapan

2.9K 197 2
                                    

Eva terbangun dari tidur kerana dia kesejukkan tatkala angin meniup perlahan ke arahnya. Dia dapati Max sedang tidur beralaskan daun pisang sama juga dirinya. Jantung Eva berdebar apabila dia pandang Max.

"Dah kenapa aku ni? Jatuh cinta dengan dia ke?" soal dirinya sendiri. Dia bangun dan pusing ke belakang.

Dia dapati seperti ada protal beberapa jarak di hadapannya. Dia pun menuju ke arah protal itu. Dia melangkah masuk ke protal. Dia tergamam seketika. Dari kawasan hutan kini dia di bandar. Pelik sungguh.

Dia dapati bulan sabit dan bintang lima penjuru terpapar di dada langit. Dia dapati juga ada benda yang boleh bawa orang dan terbang. Kebanyakan bangunan di situ berwarna gelap. Eva berjalan di tempat perjalanan kaki. Dia juga lihat empat roda bergerak di atas jalan. Dia mengerut keningnya.

Dia sampai di tempat permainan. Dia terkejut apabila orang di situ rambutnya seperti Eva berwarna silver. Anak mata berwarna biru serta berpakaian gelap. Eva jalan dan memerhati taman permainan itu. Dia nampak benda bulat besar yang berpusing secara perlahan. Ada juga seperti landasan kereta api yang digantung di udara dan landasannya ada yang naik dan ada yang turun mendadak. Dia berjalan tanpa melihat depan menyebabkan dia terlanggar seseorang.

"Maafkan saya" pinta Eva. Perempuan itu hanya berlalu dari situ.

Eva pun menuju ke arah tasik. Dia dapati air tasik itu berwarna hitam. Seorang lelaki ternampak dia agak tergamam melihat wajah Eva. Eva duduk di atas bangku sambil melihat tasik itu "Aku kat mana ni?"

"Awak dekat kerajaan elemen kegelapan" ujar seorang lelaki

Eva terkejut. Dia urut dadanya apabila lelaki itu tiba-tiba muncul dan bersuara. Nasib baik dia tiada penyakit jantung "Maafkan saya sebab terkejutkan awak. Nama saya Roy. Awak?"

"Eva" entah kenapa Eva memberi namanya kepada orang yang dia jumpa. Lagipun 'ibu bapa' dia tak ajar pun jangan bergaul dengan orang asing.

"Nice name" puji Roy. Eva mengerut keningnya. Dia tak faham apa yang dikata lelaki itu.

"Rice apa?"

"Oh, sedap nama dalam bahasa Melayu. Tadi saya cakap dalam bahasa Inggeris"

"Oh" ujar Eva yang tidak peduli.

"Apa kata saya bawa awak jalan-jalan nak?"

Eva terima pelawaan Roy. Mereka pun mula berjalan bersama secara seiring. Tinggi Eva hanya paras bahu Roy. Sepanjang perjalanan, Eva dapati beberapa perempuan berbisik-bisik. Ada juga tidak puas hati apabila Eva berjalan bersama Roy. Eva mengerut keningnya. Dia malas mengambil tahu.

"Apa tu?" tunjuk Eva kepada sesuatu yang terbang dan bawa orang itu.

"Oh, itu namanya kereta terbang"

"Yang tu?" soal Eva pada empat beroda yang bergerak laju itu.

"Kereta biasa saja. Ada dua jenis. Satu terbang di udara satu di darat saja. Biasanya yang terbang di udara tu pengangkutan awam. Di darat hanya kereta yang diguna pakai untuk menuju destinasi"

"Oh" gumam Eva. Dia sekarang berada di kerajaan elemen kegelapan

"Deliz, Delia. Betul ke ni kerajaan elemen kegelapan?" soal Eva.

"Ya, betul" ujar Delia

"Majunya"

"Eva, awak lapar tak? Jom kita makan" ajak Roy. Eva ikut.

Mereka pun menuju ke restoran makanan yang terdekat. Mereka masuk ke dalam restoran. Beberapa orang tunduk hormat pada Roy membuat Eva mengerut keningnya. Mereka pun pilih tempat duduk yang hanya ada dua kerusi satu meja.

"Emm, Roy. Saya tiada duit nak makan"

"Tak apa. Saya belanja awak" senyum Roy.

"Oh, terima kasih"

Pelayan restoran datang ke arah mereka dengan membawa benda yang empat segi tepat. Pelayan itu beri benda itu pada Roy. Roy menyentuh benda itu dengan jarinya. Eva baca belakang benda itu. Rupanya benda itu adalah tab. Roy beri tab kepada Eva. Eva cuba guna tab dengan meletakkan jari di skrin dan alih. Skrin bergerak.

Eva alih lagi sampai dia tertarik dengan makanan yang dia mahukan serta minuman. Dia tekan makanan dan minuman tersebut. Dia beri tab itu kepada pelayan. Pelayan itu ambil kemudian beredar dari situ. Beberapa minit kemudian, pelayan datang dengan menatang dulang yang bawa makanan. Pelayan itu letak makanan serta minuman di atas meja.

Pelayan pun beredar. Mereka berdua pun menikmati makanan serta minuman. Setelah selesai, Roy yang membayar makanan dan minuman mereka. Eva jadi segan.

"Terima kasih kerana belanja saya. Saya balik dulu" pinta Eva.

"Awak ada tempat tinggal kat sini ke?" Eva geleng kepala.

"Apa kata awak tinggal dulu dekat rumah saya. Hari dah nak malam. Bahaya perempuan macam awak keluar malam-malam ni"

Eva pasrah ikut lelaki itu. Sebenarnya dia mahu keluar dari kerajaan elemen kegelapan. Dia risau kalau Max mencari dia. Dahlah protal itu hanya dapat dilihat oleh pengguna elemen kegelapan. Mereka berdua pun menuju ke taman perumahan mewah. Mereka sampai di hadapan rumah banglo mempunyai dua tingkat dan satu biji kereta. Eva tergamam seketika.

Pintu pagar terbuka sendiri. Mereka berdua masuk ke perkarangan rumah "Siapa awak ni sebenarnya?" soal Eva

"Saya menteri kewangan kerajaan elemen kegelapan. Berumur 25 tahun dan masih belum berkahwin. Ramai perempuan nakkan saya tapi saya tolak. Saya ada dah ada pilihan hati saya sendiri"

"Oh, okey" ujar Eva yang seakan tidak berminat dengan cerita Roy. Dia rindu Max.

"Eva, amboi. Dah pandai rindu boyfriend" sakat Delia.

"Dah maju tuan aku ni" sakat Deliz pula. Eva malas melayan dua beradik ni.

Mereka masuk ke dalam rumah itu. Memang mewah. Eva tercengang seketika apabila dia dapati ahli keluarga Roy juga berada di situ.

"Siapa gadis tu?" soal seorang wanita yang agak berusia.

"Kawan Roy. Dia tumpang sini kejap"

"Kawan? Bang, seumur hidup aku kau mana ada kawan perempuan" ujar seorang perempuan yang agak muda.

"Kau jangan sibuk Nyel. Jom, Eva" Roy tarik tangan Eva. Eva terkejut dan rentap tangannya.

Roy agak terkejut dengan kelakuan Eva. Dia menuju ke tingkat atas bersama Eva "Eva, esok hari pertabalan puteri Ella. Saya ajak awak pergi ke istana. Nak?"

Eva diam. Dia tak tahu jawapan betul atau tidak.

"Puteri Ella? Macam pernah dengar. Eva, apa kata esok kau ikut dia" ujar Deliz

"Kenapa?"

"Nama Ella macam pernah didengar. Pergi lah. Mana tahu kau jumpa keluarga sebenar kau kat sana" ujar Delia pula.

"Saya ikut"

"Okey. Nanti saya belikan gaun untuk awak. Tu bilik awak" Roy tunjuk sebuah bilik.

Eva menuju ke arah bilik itu. Dia tutup pintu. Dia dapati ada suiz kemudian dia hidupkan suiz. Bilik tu tak berapa besar. Dia baring di atas katil sambil berfikir.

"Apalah agaknya berlaku pada Max? Aku ni dah kenapa fikirkan Max saja?" soalnya sendiri. Dia ambil bantal dan tekup mukanya dengan bantal.

Pada waktu yang sama, Max sedang mencari Eva. Dia tak tahu ke mana Eva pergi. Bila dia bangun dari tidur, Eva sudah tiada.

"Mana Eva ni? Nak cari dia di mana? Adakah dia okey? Dah makan ke belum? Dia tidur kat mana malam ni?" soalnya sendiri.

"Kenapa aku asyik fikirkan dia? Adakah aku sudah jatuh cinta dengan dia?"

Max termenung sendiri.

The dark princess (C)Where stories live. Discover now