TDP

2.8K 197 6
                                    

Kelihatan dua orang kanak-kanak perempuan sedang bermain di dalam bilik yang penuh dengan alat permainan. Warna rambut mereka silver. Seorang kakak dan seorang adik. Si adik sedang mengejar kakaknya. Mereka sedang bermain kejar-mengejar.

"Cubalah tangkap kakak" ujar gadis itu. Si adik masih mengejar. Dia tersadung sesuatu membuat dia terjatuh dan tersembab di atas lantai.

Si adik menangis. Si kakak menuju ke arah adiknya. Dia usap adik perempuannya itu "Adik, jangan nangis. Kakak ada di sini"

Si adik memandang kakaknya. Dia lap air mata yang mengalir di pipinya "Sakit kak. Sakit"

"Adik kakak mestilah kuat. Jangan nangis dan jangan mudah putus asa" senyum si kakak. Si adik peluk si kakaknya.

Seorang lelaki memandang ke arah dua budak perempuan itu sambil tersenyum sinis "Bergembiralah untuk kali terakhir sebelum aku pisahkan korang berdua"

Pada sebelah malam, si kakak dan si adik tengah tidur di atas katil yang berbeza tetapi bilik yang sama. Si adik tersedar apabila ada seperti cahaya yang terkena tingkap bilik mereka. Si adik menuju ke arah tingkap. Dia membuka tingkap dan menjenguk keadaan di luar. Tiba-tiba dia hilang keseimbangan seperti ditarik oleh daya magnet membuat dia terjatuh dari tingkat tiga.

Si adik disambut oleh seseorang atau lebih tepat pengawal peribadinya yang bernama Izen "Cis, ingat dapat yang kakak tapi adik dia pula yang dapat"

"Pakcik, saya nak turun" ujar si adik yang masih didukung oleh Izen.

"Boleh, sayang" Izen beri gula-gula pada budak perempuan itu. Budak itu terpedaya dan dia ambil gula-gula itu kemudian dia makan.

Kepala dia pening dan sakit seperti dihempap batu. Kali terakhir dia lihat, dia dibawa lari oleh lelaki itu dan beberapa orang sedang mengejar mereka berdua serta bunyi amaran sebelum pandangan dia menjadi gelap.

Eva buka mata secara perlahan. Dia dapati dia sedang baring di atas sesuatu yang lembut dan ia sedang bergerak. Dia bangun dari situ. Sepertinya Lisa jadikan kapas bergerak yang mempunyai kaki untuk membawa Eva. Eva di belakang mereka.

"Korang, apa yang berlaku?" soal Eva. Mereka semua pandang ke arah Eva.

"Syukurlah, kau dah sedar. Dah dua hari kau pengsan tahu tak" ujar Cindy yang menuju ke arah Eva.

Eva membulat matanya "Dua hari?"

"Kau lupa ke yang kau kalahkan troll tu" bicara Beckham. Eva teringat di mana dia kalahkan troll yang berkuasa itu.

"Nah" Cindy memberi sebiji epal merah kepada Eva. Eva ambil kemudian dia gigit epal itu.

"Baiklah, kita akan teruskan perjalanan. Eva, kalau kau tak larat kau baring je atas kapas tu" beritahu Max. Eva angguk dan dia tak bercakap.

Mereka meneruskan perjalanan. Eva pula tidak lagi baring di atas kapas membuat Lisa lenyapkan kapas bergerak itu. Eva sepertinya memikirkan mimpinya tentang dua kanak-kanak perempuan sedang bermain dan mereka berdua amat rapat sebelum si adik diculik oleh seorang lelaki. Dia tidak dapat mengecam wajah kedua adik beradik itu serta lelaki itu. Dia hanya nampak bayang saja.

"Deliz, Delia apa maksud mimpi aku yang ada dua budak perempuan tu?" soal Eva di dalam hatinya. Sememangnya hanya dia yang dengar apa Deliz dan Delia katakan.

"Itu adalah memori kau, Eva" beritahu Delia.

"Memori aku. Jadi akulah yang diculik tu" teka Eva.

"Tepat sekali" ujar Deliz.

"Aku... aku ada kakak. Deliz, apa kau kata memang betul. Diorang yang jaga aku dekat kerajaan Blue bukan keluarga sebenar aku"

"Betul aku cakap. Eva, kalau kau nak kembalikan memori kau balik, aku sarankan kau kerap guna kuasa tu. Dengan penggunaan kuasa yang kerap, aku dan adikku akan ingat siapa kau dan kami akan memberitahu melalui mimpi"

"Baiklah"

"Eva, aku rasa kau patut tanya lebih lanjut tentang lingkaran garisan tu kepada Beckham" cadang Delia.

"Aku setuju. Lagipun ayah dia pernah ke sana dan kau tanyalah lebih lanjut sebab dia sorang je yang baca buku  dan bijak dari mereka semua" ujar Deliz.

Eva berjalan menuju ke arah Beckham "Beckham, aku nak tanya boleh tak?"

Beckham pandang Eva. Sememangnya tinggi Eva hanya paras bahu Beckham sama seperti Cindy dan Lisa
"Kau nak tanya apa?" kerut dahi Beckham. Gadis itu baru saja ingin berbual dengan dia walau mereka hampir sebulan bersama.

"Tentang lingkaran garisan yang kau pernah cakap tu"

"Oh, lingkaran garisan tu memisahkan dua situasi tapi sama bumi. Bumi atas dan bumi bawah. Yang bezanya suhu dan tarikh saja. Tu je ke yang kau nak tahu?"

"Emm, pasal kerajaan elemen kegelapan tu" pinta Eva.

"Aku tak pernah pergi sana, Eva tapi aku pernah baca buku tentang kerajaan tu. Aku tak berapa ingat. Seingat aku mereka akan mempunyai dua adik beradik yang mempunyai spirit dan kuasa yang hebat. Jika kuasa itu jatuh ke tangan yang salah, musnahlah dunia ni"

Eva tergamam seketika "Macam mana kuasa tu boleh jatuh ke tangan yang salah sedangkan kuasa itu berada di dalam tubuh seseorang?"

"Eva, kau tahu tak ada alat ni dipanggil alat penyedut kuasa. Seorang pencipta magik menghasilkan alat itu bertujuan menyerap kuasa yang berlebihan di udara. Ini kerana setiap pengguna kuasa telah membebaskan tenaga kuasanya yang boleh menyebabkan kehancuran dunia. Sebab tu alat itu diciptakan dan cara buat dan bahan untuk buat alat itu disembunyikan di suatu tempat yang tidak diketahui bagi mengelakkan orang ramai salah guna kebolehan alat itu. Tapi, ada seseorang berjaya curi formula alat itu dicipta membuat alat pencipta magik mencari orang itu. Sampai sekarang masih tak jumpa" terang Beckham.

"Bahaya juga. Tapi tiada pula yang curi alat penyedut kuasa yang asal"

"Ini kerana alat itu dilindungi dan diletak tempat yang sukar orang ketemui dan dicari. Yang tahu adalah pembuat tu sendiri. Dia sanggup menggadai nyawanya asalkan alat itu tak dicuri. Tiada siapa yang tahu di mana alat itu terletak kecuali si pembuat magik"

Eva angguk kepalanya tanda faham. Patutlah 'keluarga' dia tak dibenarkan untuk mengguna kuasa sebab mereka takut ingatan Eva pulih. Selain itu, mungkin mereka takut rahsia mereka terbongkar kerana telah menculik sesuatu yang berharga dari kerajaan elemen kegelapan. Sebab itulah, mereka melarang Eva sertai pertandingan perlawanan itu. Sebab mereka jika membenarkan Eva menyertai perlawanan itu, identiti Eva akan terbongkar. Dia dah faham semuanya tapi dia tak tahu siapa keluarga sebenarnya.

"Kenapa kau tanya, Eva?" soal Beckham.

"Saja je. Aku tak sangka yang aku ni diculik oleh mereka yang aku anggap sebagai keluarga"

"Sebab tulah aku pelik kenapa kau sorang je elemen kegelapan di sini. Kenapa mereka culik kau, Eva?" soal Beckham. Eva diam. Dia tak tahu sama ada mahu memberitahu kebenaran yang dia pengasas bintang.

"Jangan beritahu dia yang kau pengasas bintang, Eva" ujar Delia

"Kenapa?"

"Aku takut je yang dia bakal khianati kau dan dia akan ambil keistimewaan yang ada pada kau. Lebih baik kau jangan beritahu" Delia memberi amaran.

"Aku... aku pun tak tahu kenapa diorang culik aku, Beckham. Mungkin diorang tiada anak kot sebab isteri dia mandul" tipu Eva.

"Okey"

Eva berasa lega. Nampaknya Beckham percaya apa yang dia katakan. Tanpa disedari Eva, seseorang memandang mereka berdua dengan perasaan cemburu. Mungkin dia suka pada salah seorang dari mereka berdua. Rapat semacam dan berbual dua orang. Mereka berbual perlahan dan hanya didengari sikit-sikit saja.

'Kenapa aku boleh cemburu pula. Aku dengan dia tiada apa-apa. Lupakan saja lah'

Mereka meneruskan perjalanan untuk hari tersebut tanpa halangan yang mencabar sebelum ini.

The dark princess (C)Where stories live. Discover now