Eva bangun dari tidur. Perutnya berbunyi menandakan minta makanan. Dia pun keluar dari bilik menuju ke dapur. Dia dapati adik Roy iaitu Nyel berada di situ.
"Kau siapa hah?" soal Nyel. Eva diam.
"Hei, aku tanya kau ni" Nyel menuju ke arah Eva. Eva tinggi sikit dari Nyel.
"Aku tak tahu lah abang aku tu gila ke apa bawa perempuan macam kau. Sedarlah diri kau sikit perempuan" Nyel beredar dari situ.
Eva malas nak melayan dan dia mahu makan selesai makan dia masuk ke dalam bilik "Macam mana lah keadaan Max?"
"Wah, Eva. Max tak apa-apa lah" ujar Deliz.
"Betul tu. Risau nampak" ujar Delia pula.
"Aku sepuk juga korang berdua ni" geram Eva.
"Eva" pintu bilik diketuk. Eva buka pintu. Ternyata Roy di hadapan pintu bilik sambil pegang sehelai gaun berwarna unggu pekat.
"Nah, majlis pertabalan akan berlangsung tak lama lagi. Cepat sikit bersiap" Roy beri gaun itu pada Eva. Eva pun ambil kemudian dia tutup pintu.
Beberapa minit kemudian, Eva pun telah bersiap. Dia keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu. Nampaknya Roy pun sudah siap. Dia agak tergamam seketika melihat Eva.
"Jom" Roy pun keluar dari rumah diikuti Eva.
Mereka berdua naik kereta yang dipandu Roy. Eva melontarkan pandangan dia ke arah luar tingkap. Roy senyum melihat Eva. Eva melihat keadaan jalan raya yang tidak berapa sesak. Beberapa minit kemudian, mereka telah tiba di perkarangan istana. Mereka berdua pun keluar dari kereta menuju ke istana.
Istana itu dianggarkan mempunyai tiga tingkat. Warna istana itu berwarna biru gelap campur unggu cair. Ramai orang yang berpakaian gaun serta mewah bagi perempuan. Bagi lelaki, mereka hanya mengenakan kot yang sesuai dengan majlis.
Roy peluk pinggang Eva membuat dia terkejut. Roy tarik Eva masuk ke dalam istana. Ramai orang yang memerhatikan mereka berdua. Ada yang berbisik-bisik melihat mereka. Eva tolak Roy dengan perlahan. Dia tidak selesa bersama dengan Roy.
"Siapa ni, Roy?" soal seorang lelaki yang pandang ke arah Eva.
"Cantiknya" puji seorang lelaki pula.
Roy pegang tangan Eva. Eva rentap tangan Roy. Roy terkejut dengan tindakan Eva "Jangan sentuh saya" ujar Eva.
"Oh, Eva. Saya terjatuh hati dengan awak untuk kali yang pertama di tasik semalam" ujar Roy. Eva tergamam.
"Saya tahu ia terlalu cepat tapi saya suka awak. Saya harap awak faham"
"Saya tolak" Eva tolak lamaran Roy.
"Tapi kenapa?"
"Maafkan saya, Roy. Ciuman pertama saya telah dirampas sebelum saya jumpa awak. Saya minta diri dulu" Eva berjalan meninggalkan Roy. Roy pula patah seribu.
Eva menuju ke taman istana. Dia tak sangka semua tu akan terjadi. Dia pun berjalan di taman istana untuk menenangkan fikiran. Banyak bunga yang ditanam di situ. Eva ternampak seorang perempuan yang berpakaian gaun sedang duduk di atas tanah. Dia pun menuju ke arah perempuan itu.
Eva dapati perempuan itu mengurut kakinya "Er, tuanku tak apa-apa?"
Perempuan itu pandang Eva "Kaki beta sakit"
"Mari saya tolong" Eva pun sentuh bahagian kaki perempuan yang terseliuh itu. Dia keluarkan kuasanya dan serta-merta kaki perempuan itu sembuh.
"Terima kasih" perempuan itu pun berdiri dengan bantuan Eva.
"Sama-sama, Tuanku"
"Jangan lah panggil, Tuanku. Panggil saja bonda"
"Erm, baiklah"
"Jom kita masuk dalam istana. Pertabalan anak bonda tak lama lagi" ajak si permaisuri.
Eva hanya ikut. Mereka pun masuk ke istana di bahagian dewan. Seorang lelaki menuju ke arah permaisuri
"Sayang awak pergi mana? Risau saya""Kaki saya terseliuh. Nasib baik si... siapa nama kamu?" soal permaisuri.
"Eva"
"Si Eva tolong saya"
"Terima kasih kerana selamatkan isteri beta, Eva. Sayang, jom. Pertabalan anak kita akan berlangsung sekarang" ajak si suami.
"Eva tunggu sini ya"
Si permaisuri ikut si suami. Eva duduk di bangku. Ramai orang juga mula penuhi tempat itu. Eva dapati seorang perempuan berambut silver serta anak mata berwarna biru berada di tempat perwarisan tahta. Eva terkedu. Perempuan itu merupakan perempuan yang dia langgar semalam.
"Puteri Ella, dengan ini saya akan jadikan kamu sebagai pewaris takhta selepas ayahanda kamu iaitu raja Evans" ujar si pembaca waris.
"Saya terima"
"Dengan ini puteri Ella telah menjadi ratu. Ampun Tuanku"
"Ratu Ella" mereka semua menepuk tangan. Eva pun sekali.
Setelah selesai pertabalan tersebut, para golongan bangsawan balik. Eva ingin keluar dari kerajaan elemen kegelapan tetapi si permaisuri suruh dia duduk di situ untuk sementara waktu. Nak tak nak dia kena tinggal di istana.
Eva duduk di meja makan bersama raja dan permaisuri. Eh, salah bekas raja dan permaisuri. Ella iaitu selaku pemimpin baru memandang tajam ke arah Eva. Macam pemangsa mahu makan mangsanya. Eva menelan air liur melihat pandangan tajam gadis itu.
"Siapa dia tu, bonda ayahanda?" soal Ella.
"Oh, dia tolong bonda tadi. Tak salah kan kalau bonda suruh dia duduk di sini sekejap"
"Oh" Ella teruskan makan. Eva pun sama.
Setelah selesai makan, Eva ambil keputusan untuk keluar dari istana. Sewaktu dia hampiri pintu, tangannya tiba-tiba ditarik oleh seseorang membuat dia terkejut. Orang itu adalah Ella.
"Tuanku?" soal Eva. Ella pandang Eva.
"Kamu nak ke mana?"
"Er, keluar dari istana"
"Beta minta maaf sebab tenung kamu tadi. Apapun panggil saja kakak. Umur kakak baru 25 tahun. Siapa nama kamu?" soal Ella dengan senyuman.
"Eva"
"Akak harap Eva tolong akak cari adik akak yang telah lama hilang. Bukan bermaksud akak tak nak cari sebelum ni tapi ibu bapa akak yang halang. Mereka kata adik kakak tidak akan apa-apa. Akak risaukan dia"
"Adik akak tu perempuan ke lelaki?" soal Eva.
"Perempuan. Akak ada simpan gambarnya tapi akak lupa letak mana. Esok, semua pengguna elemen kegelapan akan serang pengguna elemen lain"
"Kenapa serang pengguna elemen lain?" soal Eva.
"Adik akak telah hilang dan diculik oleh pengguna elemen lain. Akak tak tahu dia pengguna elemen apa. Jadi, akak serang semuanya"
"Semoga akak jumpa dengan adik akak" senyum Eva.
"Kalau adik akak tak diculik mesti dia dah besar macam Eva"
"Dah berapa lama adik akak hilang?" soal Eva.
"Bertahun-tahun juga. Akak rindu dengan dia. Rindu nak menyakat dia. Hiash, nak buat macam mana kalau ibu bapa akak sendiri tak nak cari waktu kecil. Akak terpaksa ikut"
"Mungkin ada sebab kenapa ibu bapa akak buat macam tu" ujar Eva.
"Betul kata kamu, Eva. Mereka kata mungkin giliran akan akan jadi mangsa culik kan seterusnya. Jadi, mereka jaga akak sepenuh masa"
"Akak pergi dulu. Bye" Ella meninggalkan Eva.
Eva duduk di atas sofa. Dia tutup mata untuk rehatkan dirinya.
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...