Beckham dan Cindy pula berlawan dengan troll. Cindy menghasilkan satu panahan petir atau lebih tepat pedang. Dia berlari menuju ke arah troll itu. Tusukan petir itu menembusi bahu kiri troll. Troll itu mengaum (?). Dia hayun tangannya ke arah Cindy. Cindy elak tapi kuku troll itu menghiris pipi Cindy. Beckham menghasil kan cakra api biru. Dia baling cakra itu kepada troll. Cakra api itu menghiris badan troll itu membuat troll itu mengamuk. Troll itu menuju ke arah Beckham sambil menghayunkan satu tumbukan tepat pada muka Beckham membuat dia terpelanting seperti daun yang ditiup angin.
"Beckham!" Cindy angkat tangan kanannya menunding ke arah langit. Darah yang keluar dari pipinya tidak dihiraukan.
Tiba-tiba langit menjadi gelap dan angin bertiupan kencang. Petir pula sabung menyabung tanpa hujan. Satu panahan kilat mengenai troll itu. Troll itu hangus tetapi dia masih belum mati. Troll itu mengaum lebih kuat sehingga mampu memecahkan telinga. Beckham masih melayang. Lisa dengan segera ambil Beckham dengan kuasa akar pengikat. Akar itu berjaya menarik Beckham dan dia terjatuh.
Sepertinya kapas yang besar terbentuk. Beckham mendarat dengan selamat di atas kapas. Beckham bangun dan hidungnya berdarah. Dia terbatuk kecil
"Kau okey, Beckham?" soal Lisa"Okey"
David yang baru sampai di situ termengah-mengah. Dia menarik nafas dahulu sebelum bercakap "Cindy wei. Aku rasa dia sampai di tahap lapan"
"Mari kita tolong dia" Lisa, Beckham dan David menuju ke arah Cindy.
Cindy berdiri tegak. Angin yang bertiup kencang tidak dihiraukan. Rambutnya menari-nari akibat ditiup angin. Troll itu hayun tangannya kepada Cindy. Cindy tahan tangan troll itu dengan pedang petir. Troll itu berkali-kali cuba tumbuk Cindy. Cindy hanya serang balas dengan panahan petir yang dipegangnya. Dia lompat dan memotong pergelangan tangan troll itu. Pergelangan tangan troll di sebelah kiri terputus. Banyak darah yang keluar membuak-buak dari tempat pergelangan tangan yang putus.
Troll itu menjerit kesakitan. Dia tak mahu mengalah. Dia serang Cindy dengan menggunakan satu tangan saja. Lilitan akar membelit badan troll itu membuat troll itu cuba melepaskan diri. Cindy terduduk secara melutut di atas tanah. Beckham menuju ke arah Cindy "Kau ada cedera tak, Cindy?"
"Tak" Cindy rebah. Beckham peluk Cindy. Langit hitam dan angin hilang serta merta.
David menghasilkan satu ribut taufan yang kuat untuk menyedut troll itu. Akar yang dililit di badannya terputus. Troll diterbangkan dan dia berada di atas bahagian puting beliung. Troll itu meronta-ronta untuk turun. Dia sudah kehilangan satu tangan jadi agak susah dia mahu turun dari puting beliung. Troll itu lompat ke bawah menghasilkan gegaran. Dua cakra api biru menuju ke arah troll itu. Troll itu tangkap satu cakra api. Lagi satu cakra api berjaya menghiris perut troll. Pegangan cakra api lagi satu terlepas.
"Itu akibat kau sebab tumbuk aku"
Beckham menyalakan api biru. Api yang kecil menjadi besar dan api itu berada di sekeliling troll. Cindy yang baring di atas tanah terbangun kerana dia rasa berbahang "Cindy, kau dah sedar?" soal Lisa yang menuju ke arah Cindy.
Cindy angguk kepala "Aku panas sebab tu aku terbangun"
"Mana taknya. Beckham guna api biru"
Cindy mendapati Beckham cuba membakar troll itu. Troll itu menjerit kesakitan. Dia hempas badannya di atas api untuk padam. Api biru itu terpadam namun api itu bertambah lebih besar dari troll. Puting beliung menuju ke arah troll. Gabungan di antara api dan angin membuat troll sukar untuk melepaskan diri. Troll ingin keluar dari api dan puting beliung tetapi dia tidak berjaya. Mana taknya, angin panas yang membuat dia panas. Kulit troll melecur akibat terkena api. Troll itu tidak putus asa. Dia melompat setingginya melepasi api itu. Dia mendarat di atas tanah dengan selamat dan berjaya keluar dari kepungan api.
"Degil betul troll ni. Dah nak mati tu buatlah cara mati" marah Beckham.
"Kau tak sediakan keranda untuk dia. Dia tak boleh terima kalau dia tak diletak dalam keranda"
"Kau orang pertama aku letak dalam keranda"
"Yeke? Bukan lebih dari 1000 orang?"
Beckham baling cakra api biru dan selangkan dengan cakra api merah. Cakra itu kena pada badan troll. Troll itu berlari ke arah mereka berdua. Panahan petir menyambar tubuh troll beberapa kali tapi tak berjaya. Beckham mendapati Cindy dan Lisa bersama. Dia juga terkejut melihat Cindy sudah bangun.
"Kau dah bangun?"
"Dah kau hasilkan api biru. Api biru lah panas. Sebab tulah aku terjaga" jawab Cindy. Beckham tersengih.
Troll itu ingin mencakar mereka berempat dengan kukunya yang panjang serta tajam "Sudah berapa tahun troll tu tak sepit kuku?" soal Lisa.
"Dah kau tak belikan pengetip kuku untuk dia. Macam mana dia nak setip kuku" jawab David.
Mereka berempat elak. Lilitan akar diikat di kaki troll membuat troll tidak boleh berjalan cepat. Troll itu tarik kakinya yang diikat dengan akar. Lisa tarik kaki troll itu sekuat hati dengan kuasa tumbuhannya untuk mengelakkan troll itu terlepas. Bebola angin, cakra api biru dan petir dilontarkan. Gabungan tiga kuasa itu membuat troll bertambah berang. Troll gunakan kukunya yang tajam untuk memotong akar yang melilit kakinya. Akar itu putus. Troll menuju ke arah Beckham. Dia cuba cakar Beckham dengan kukunya tetapi tidak berjaya kerana Cindy melontarkan petir pada troll dengan jarak yang jauh.
Troll itu terjatuh di atas tanah. Tak lama kemudian, troll bangkit dan serang mereka dengan kemampuan dia. Walaupun tangannya putus, troll tetap bertenaga. Mereka berempat mula penat. Ini kerana menghasilkan kuasa juga memerlukan banyak tenaga. Troll itu hentak tangannya di atas tanah menghasilkan gegaran. Mereka berempat jatuh. Troll itu ambil Cindy. Cindy meronta-ronta untuk melepaskan diri. Troll itu buka mulut dan dia masukkan Cindy ke dalam mulutnya.
Lilitan akar melilit tangan troll itu. Lisa tarik tangan troll itu menyebabkan Cindy terjatuh dan dia hampir jatuh ke dalam mulut troll. Nasib baik Beckham sempat menangkap Cindy. Dia mendukung Cindy. Cindy rangkul leher Beckham. Beckham mendarat di atas tanah secara selamat. Cindy diturunkan.
"Terima kasih, Beckham" Cindy cium pipi Beckham membuat muka Beckham berwarna merah menahan malu.
"Aduh, cium pula. Hei, kalau nak buat agenda 18 tahun ke atas lepas lawan troll lah" sindir David. Cindy sengih manakala Beckham menekup mukanya.
Cindy ingin menolong Lisa. Dia hasilkan bebola petir dan baling kepada troll. Troll itu makin mengamuk. Cindy menghasilkan satu panahan petir di mana di hujung pemanah petir itu runcing dan tajam. Cindy baling tombak petir itu. Tombak petir itu kena tepat pada jantung troll membuat troll rebah di atas tanah. Dia terkena renjatan petir kemudian mati.
"Mati pun kau. Susah betul nak mati" geram Lisa.
"Jom kita tolong Max dan Eva" mereka berempat menuju ke arah Max dan Cindy
YOU ARE READING
The dark princess (C)
FantasyEva seorang puteri yang berambut silver dan bermata biru. Dia mempunyai kuasa kegelapan. Dia sungguh berbeza daripada puteri yang lain membuat dia terasing. Dia juga dipinggirkan keluarganya. Deliz iaitu Sipirit miliknya menyuruh dia lari dari istan...