Troll (Part 1)

3.1K 200 8
                                    

Matahari terbit dan memancarkan cahaya ke seluruh kawasan. Awan pula berwarna jingga apabila terkena cahaya matahari. Angin bertiupan perlahan membelai pokok. Mereka berenam sedang kemaskan kawasan tempat mereka berkhemah. Khemah digulung dan dimasukkan di dalam tempatnya. Cindy dan Max yang bawa khemah. Harapkan mereka, memang tidak.

Selesai kemas, mereka pun berjalan meninggalkan kawasan itu. Sesuatu mengikuti mereka dari belakang. Beberapa jam kemudian mereka sampai di kawasan yang luas terbentang. Tiada satu pun pokok di situ. Cuma ada rumput yang panjangnya di atas betis.

"Berhati-hati. Takut ada ular dekat sini" ujar Beckham. Cindy hasilkan satu panahan kilat dan menebas semua rumput sekali gus.

Hampir semua rumput menjadi pendek dan haiwan kecil melarikan diri. Mereka teruskan perjalanan. Mereka dapat rasakan gegaran di tanah. Mereka dengan serta merta rapat antara satu sama lain. Tiga ekor troll yang saiznya seperti seekor gajah ke arah mereka.

"Alamak, troll" ujar David. Troll itu mempunyai dua tanduk. Gigi taringnya yang panjangnya 3 CM. Kukunya yang berwarna hitam dianggarkan panjangnya 5 CM. Badannya berwarna coklat hitam dan terdapat cendawan di sekitar tubuh troll.

Seekor troll menghayunkan tangannya ke arah mereka berenam. Mereka berenam elak. Max dengan Eva berlawan dengan seekor troll di kawasan lain. Cindy dan Beckham manakala Lisa dengan David.

Troll itu hentak kedua tangannya ke arah David dan Lisa. Satu akar yang panjang membelit troll. Troll itu meronta melepaskan diri. Dia gunakan kukunya yang tajam untuk memotong akar itu. Akar terputus.

"Bebola angin" David lontar beberapa bebola angin ke arah troll itu namun tidak meninggalkan sebarang kesan.

"Arrgh!" troll itu menghadiahkan satu tumbukan kepada David. Dia termuntah darah. Dia terbenam di dalam tanah dan terbentuk lubang kecil.

"David!" Lisa dengan segera lontar sebuah cucuk daun keladi ke arah troll itu. Troll itu cuba cabut daun itu. Lisa angkat David dengan menggunakan akar tumbuhan.

David memegang perutnya yang merupakan tempat yang kena tumbuk. Dia lap darah di bibirnya "David, kau okey?"

"Risau juga kau dekat aku"

"Tak ada makna lah. Aku risau nanti ibu kau tanya aku mana anak dia. Susah aku nak terangkan"

Hembusan nafas dikeluarkan oleh troll itu. Dia berjaya tarik daun keladi itu. David dan Lisa tutup mulut saat troll itu hembus nafasnya "Argh!"

Troll itu lagi sekali hayung tangannya ke arah mereka berdua. Lisa dengan segera buat pelindung dari akar. Habuk dari akar masuk ke mata Lisa. Lisa gosok matanya. Troll itu cakar beberapa kali akar. Satu persatu akar terputus.

David dan Lisa mengundur ke belakang. Akar itu sudah pun terputus. Troll itu cakar Lisa. Lisa sempat elak dengan mengguling ke belakang. Dia cuba ikat badan troll itu dengan akar dan daun tapi tak boleh.

David menghasilkan puting beliung untuk melemparkan troll itu. Troll itu berjaya dilempar tapi tidak jauh dari mereka kerana troll itu pegang sebatang pokok yang kecil. Troll itu menuju ke arah mereka berdua.

"Susahnya nak kalahkan troll ni" Lisa jadikan daun pisang yang lebarnya 10 CM itu mengikat tubuh troll. Troll itu dengan segera mencakar daun itu.

Lisa tersenyum sinis. Cakaran troll itu tidak berhasil. Troll itu mengamuk kemudian hentak tangannya di tanah menghasilkan gegaran kecil yang menyebabkan David dan Lisa terjatuh. Daun pisang itu juga terjatuh. David angkat Lisa.

"Aku setuju cakap kau. Troll memang susah nak dikalahkan"

Troll itu mengorek tanah kemudian melemparkan seketul tanah yang besar kepada mereka berdua. Mereka berdua elak. Lisa libas tanah itu dengan menggunakan akarnya. Dia baru berada di tahap ke lima. David pula berada di tahap tiga.

Seketul tanah mengenai Lisa. Dia terbaring di atas tanah dan badannya diseliputi tanah "Lisa"

Lisa bangun secara perlahan. Troll itu masih mengorek tanah dan melempar tanah kepada mereka. David baling bebola angin ke arah troll tapi dihalang dengan tanah itu. Tanah tersebut terapung di atas langit dan bergerak lebih perlahan. David mendapat idea.

"Lisa, aku ada rancangan"

"Apa?" soal Lisa yang kebas tanah di pakaiannya.

"Kita gabung kuasa angin dan tumbuhan untuk kalahkan troll tu"

"Pelik"

"Apa yang pelik?"

"Selalunya kau tiada rancangan. Kau salah makan ubat ke sampai jadi pandai hari ni? Atau syaitan mana yang rasuk kau. Aku tahu David seorang yang tidak berfikiran waras. Hei, syaitan keluar kau dari tubuh David" Lisa ikat tubuh David dengan akar tumbuhan sambil menggoncangkan nya.

"Hei, tambi. Ini akulah. Aku memang pandai cuma aku tak nak tunjukkan"

"Sebab apa kau tak nak tunjukkan?" soal Lisa yang meletakkan ikatan akar di tubuh David.

"Sebab orang bodoh ialah orang pandai disakiti" Lisa juling mata ke atas saat David berkata begitu.

"Betullah apa"

Troll itu pula menuju ke arah mereka. Lisa dengan segera ikat kaki sebelah kiri troll itu. Troll itu cuba tarik kakinya. Lisa gerakkan akar tersebut ke kiri dan ke kanan. Troll itu dihempas sekuatnya di atas tanah. Terbentuk beberapa lubang di sekeliling troll. David menggunakan kuasa anginnya menyedut troll dengan pusaran angin.

Akar di kaki troll itu dileraikan. Troll itu diterbangkan oleh puting beliung. Troll itu menunjukkan tidak mahu mengalah. Dia berusaha untuk turun dari puting beliung. Troll itu lompat ke atas tanah. Badannya sedikit mempunyai kesan calar. Ada darah di bahagian dadanya.

"Liat betul nak mati troll ni" ujar Lisa.

"Aku tahu macam mana nak jadikan dia senang nak mati"

"Apa?"

"Rebus lah. Daging yang liat kalau rebus jadi empuk"

"Jangan buat lawak kat sini boleh tak. Tiada siapa yang nak dengar"

"Ada. Kau"

"Itupun aku terpaksa dengar, syaitan"

"Kau ni dah kenapa sebut syaitan kerjanya. Tiada benda lain nak disebut?" soal David.

Syaitan was be like "Betul tu. Aku setuju. Dari tadi aku bersin rupanya ada orang yang sebut nama aku" ujar syaitan yang lalu di situ.

"Mana datang si syaitan tu?" soal Lisa.

"Dari tadi"

"Arrgh!" jerit si troll itu. David dan Lisa tutup telinga. Troll itu menuju ke arah mereka.

"Agak-agaklah masa kecil dulu dia nak jadi penyanyi tapi bila dia tak dapat dia mengamuk pula" ujar David.

"Jangan nak merapu di sini"

Troll itu cuba tanduk David yang leka. Nasib baik Lisa sempat mengambil David dengan kuasanya. Dia letak David di sebelahnya. "Jadi, apa rancangan kau"

"Pertama, kita kena kalahkan troll. Kedua, troll kena dikalahkan. Ketiga, troll patut dikalahkan"

Lisa ketuk kepala David "Itu bukan rancangan, manusia. Sabar jelah dengan kau ni. Ikut arahan aku. Kau buat ribut pasir dan aku akan tarik kaki dia"

"Kuasa aku baru tahap tiga. Agak-agaklah buat ribut pasir"

"Cuba jelah" Lisa cubit lengan David.

David menghasilkan ribut. Dia tidak tahu macam mana nak hasilkan ribut pasir. Dia nampak batu kemudian dia terbangkan batu itu. Puting beliung itu menuju ke arah troll. Lisa dengan segera keluarkan akar tumbuhan dari tanah melilit di anggota troll. Ribut pasir yang tidak berapa nak pasir itu berjaya melayangkan troll yang diikat mati di seluruh badannya.

Muka troll itu berwarna biru. Dia cuba hirup oksigen tapi tak boleh kerana hidungnya ditutup oleh akar. Tangannya diikat ke belakang bersama kakinya. Troll itu terpelanting agak jauh dari mereka.

"Berjaya pun" Lisa menepuk tangan.

"Jom kita tolong diaorang"

"Jom" mereka berdua menuju ke arah Cindy dan Beckham.

The dark princess (C)Where stories live. Discover now