BAB 6

10.3K 334 1
                                    

PENGANTIN lelaki tiba tepat pada jam 10 tengah hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PENGANTIN lelaki tiba tepat pada jam 10 tengah hari. Ramai tetamu yang datang termasuklah classmate Seri di Universiti.

Sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung Seri agak pelik dengan Irish kerana suaminya sentiasa mengelak daripada terkena cahaya matahari. Tetapi dia pendamkan rasa hairan itu dengan berfikiran positif. Mungkin suaminya mempunyai alahan dengan cahaya matahari.

Ahli keluarga Irish juga ramai yang datang termasuklah Daniel.

Ramai rakan-rakan Seri yang memuji kekacakan Daniel dan Irish.

"Wahhh .. Hensemnya pengantin lelaki"- Gadis A

"Auchhhh !! Lelaki berkot kelabu tu hot gila"- Gadis B

"Weiii ! Weiii ! Dia pandang ! Dia tengah pandang kita tu"- Gadis C

"Ehh nak usha lah.. Manalah tau sangkut hahaha"- Gadis D

"Alamakk aiii.. Hensem gila ahli keluarga Suami ko ni Seri.. Kenalkan sorang untuk aku boleh tak ??"- Gadis E

Seri hanya mampu menggeleng. Tidak terlayan dengan kerenah rakan2nya. Apa boleh buat, dapat kawan spesis ulat bulu. Hahaha.

Tepat Jam 09:00 pm tetamu sudah beransur pulang dek kerana terikat dengan peraturan yang ditetapkan.

                       🥀🥀🥀

SELURUH badan Seri lenguh kerana melayan tetamu yang datang ke majlis mereka. Seri tercari-cari kelibat Irish. Kemana suaminya menghilang. Sudah dicari sekeliling rumah kecuali bahagian luar tapi batang hidungpun tidak kelihatan. Seri penakut orangnya.

"Ibuu ada nampak Irish tak ?" Seri menggaru-garu kepalanya.

"Baru sejam berenggang dah sasau.. Hahahaha.. irish ada ja kat luar tu.. Pergi tengok kat taman sana."

Seri berjalan laju menuju ke taman. Sofia hanya menggelengkan kepalanya. Lawak dengan perangai Seri. Baru sejam hilang dah mencari.

"Ehemmm..." Seri tersenyum melihat Irish yang sedang memandang langit malam.

Irish berpaling kebelakang dan tersenyum. Dia sudah lama menyedari kehadiran Seri tapi sengaja tidak menegurnya. Membiarkan Seri yang memulakan.

"Awak buat apa di sini ?" Seri menghampiri Irish yang sedang berbaring di rumput.

"Tak ada.. Saja nak lepaskan tekanan.. Jom duduk sini," Irish menepuk-nepuk ruang kosong disebelahnya.

Seri tersenyum malu dan duduk bersebelahan dengan Irish. Jarak mereka terlalu rapat hingga tangannya tersentuh dengan tangan Irish.

"Achuuummm.." seri menggigil kesejukan. Dia berpeluk tubuh mengalirkan haba ke badannya sendiri.

Dan. . . Seri merasa pelukan hangat dari belakangnya. Irish !

"Awak sejuk ni.. Biar saya panaskan awak," Irish mengeratkan pelukannya.

"Awak saya okeylah.. Sejuk sikit ja.. Masih boleh tahan" Seri menolak tangan Irish yang memeluk pinggangnya. Bukan tidak suka tapi terasa kekok dengan suasana mereka sekarang. Terlalu dekat ! Tapi tidak dinafikan Seri menyukai pelukan Irish. Hangat, menenangkan, dan dia rasa selamat bila berdekatan dengan Irish.

Irish tersenyum. "Noo.. Stay still kalau awak cuba nak leraikan pelukan ni saya takkan teragak-agak cium bibir awak tu." Irish mengugut.

Seri pula terdiam dan tidak melakukan sebarang pergerakan. Takut dengan ugutan Irish.

"Awak.. Jomlah masuk.. Dah nak dekat jam 10 ni" Seri memandang Irish yang sedang termenung jauh.

"jangan risau.. Saya kan ada, i can protect you" Irish mengusap ubun-ubun Seri dan menciumnya.

"I love this smell.. Seductive" Irish berbisik perlahan.

Seri memandang Irish. "Apa ?? I can't hear you."

"Nothing.. Saya tak cakap apa2 pun" Irish senyum sinis.

"Anyway, saya tak suka lah pakai saya-awak ni. Tak mesra langsung.. Apa kata kita pakai panggilan sweet like Bie ke, ayang or something?" Irish mengusap lengan Seri.

"Ikut suka awak lah.." Seri malas nak berbicara tentang hal ini. Tiada mood romantik Seri ni.

"Okey then, awak panggil saya abang n then i will call you ayang.. Agree ?" Irish tersenyum lebar.

Seri hanya mengangguk setuju. Panggillah apapun. Seri mula mengantuk dan kelopak matanya makin berat untuk diangkat.

"Abang saya ngantuklah.." Seri berbisik perlahan.

"Not saya but ayang.. Call yourself ayang okey ??" Irish Menegur Seri yang sudah tertidur dalam pelukannya.

"Dah tidur rupanya.." Irish mengangkat Seri masuk ke rumah.

Semua penghuni rumah dah tidur kecuali Irish seorang. Dia masih menulis sesuatu di bukunya. Sesuatu yang sangat penting. Banyak surat dan hadiah yang diterima daripada rakan-rakannya.

Dia membuka satu kotak hadiah yang berwarna hitam dan ros hitam diatasnya. Mencurigakan.

Dia membuka perlahan-lahan dan isinya sangat mengejutkan irish. Patung barbie yang disiram darah dan sangat  mengerikan persis wajah isterinya.

Patung barbie tadi dicucuk dengan paku dan kepalanya diikat dengan benang merah.

Sepucuk surat ada didalam kotak tersebut yang ditulis menggunakan dakwat darah.

'SERI !! KAU ADALAH MUSUHKU ! KAU TIDAK LAYAK BERDAMPINGAN DENGAN IRISH !! LELAKI ITU ADALAH MILIKKU DAN SELAMA-LAMANYA MILIKKU ! BERBAHAGIALAH SEPUASNYA SEBAB SELEPAS INI IRISH AKAN JADI MILIKKU DAN KAU AKAN KU BIARKAN MERANA ! KAU BELUM TAHU SIAPA IRISH !'

Irish membalut hadiah itu kembali dan menyorokkanya. Seri tidak boleh melihat hadiah ini. Hadiah yang ditujukan untuk isterinya.

Darah yang dihidu tadi milik orang yang telah mati dibunuh. Ini mesti si penghantar hadiah yang membunuhnya.

"Jangan risau Seri.. Abang akan protect seri walauapapun yang terjadi." Irish membaringkan badanya bersebelahan dengan Seri. Irish memeluk Seri dan mencium dahinya sebelum terlelap.

'Good night My Precious Lady, I love you !'

'Good night My Precious Lady, I love you !'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now