BAB 14

7.6K 271 46
                                    

SERI meraung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SERI meraung. Marah dan benci merajai hatinya. Dendam mula tercipta di dalam dirinya.

"Kau bunuh ibu aku ! Kau hancurkan keluarga aku ! Apa lagi yang kau nak ! Hahhh !" Seri menggerakkan tangannya, berharap agar rantai besi itu tercabut. Tetapi itu hanyalah khayalan baginya. Rantai besi itu sangat kuat untuk ditarik.

Rose tersenyum melihat wajah Seri yang manis kini berubah menjadi ganas. Dia akan hancurkan wajah itu perlahan-lahan dengan pisau di tangannya. Dia akan hancurkan hingga tiada siapa yang boleh mengecam muka perempuan itu.

"By the way, kau nak tau tak ?? Irish tu bukannya manusia seperti kau." Rose tidak menghabiskan ayatnya. Dia ingin melihat reaksi Seri. Dan dia menyukai reaksi perempuan itu !

"Irish is blood sucker, benda yang ditakuti oleh manusia hahahaha ! And you know what ?? Irish takkan hidup tanpa darah aku ! Dia perlukan aku dan bukannya kau !" Rose membaling semua benda yang berada disekelilingnya.

Seri marah , benci tetapi dia takut. Takut untuk menghadapi semua masalahnya sekarang. Dia menangis teresak-esak. Airmatanya tidak dapat ditahan. Seri cuma berharap seseorang akan datang menyelamatkannya disini. Sekarang.

Rose mendekati Seri dengan cemeti dan pisau di tangannya. Dia akan mulakan sekarang.

Seri menggeleng ketakutan.

"Aku malas berdrama kat sini. Buang masa !"

Rose mengenggam pisau di tangannya. Leher seri di hiris seperti menyembelih seekor ayam. Seri takut dan tidak dapat bersuara. Sakit ! Sakit yang teramat. Darah mula mengalir keluar.

Semasa rose ingin mencalarkan wajah Seri, bunyi pintu diketuk kedengaran.

Rose mendengus. "Kau nak apa ?? Haaah !"

Orang suruhan Rose masuk kedalam dengan seorang lelaki dia hadapannya.

Wajah lelaki itu ditutup dengan kain hitam dan tangannya dikat ke belakang.

"Maaf cik muda, tapi kami menangkap lelaki ni ketika cuba membolos masuk ke tempat kita."

Rose tersenyum gembira. Sekurang-kurangnya dia boleh menyeksa dua orang sekaligus. Heaven !

"Aku nak kau ikat lelaki tu depan betina ni."

"Baik cik muda."

Orang suruhan Rose mula bertindak.

"Keluar !! Jangan ganggu aku !" Rose menarik kain yang menutupi wajah lelaki itu.

'Abang !!" Seri menjerit dalam hati kerana suaranya sudah hilang disebabkan lehernya dikelar oleh Rose.

Airmata Seri menitis dengan laju.

Rose terkejut tetapi secepat mungkin mengawal reaksi wajahnya agar tidak ketara.

"Well well , irish naufal. Jangan cakap yang kau nak selamatkan betina ni." Rose tersengih jahat.

"Seri bukan betina , dia isteri aku."

Rose mula serius. Dia tidak suka dengan jawaban irish.

"Irish irish irish kau milik aku dan aku akan hancurkan betina ni depan mata kau !"

Rose marah. Dia tidak pernah bergurah dengan kata-katanya. Irish miliknya seorang dan tiada siapa akan dapat mengambil Irish darinya.

Irish berwajah tenang. Tetapi dalam hati siapa yang tahu. Irish cuma berharap agar rancangan mereka berjaya.

'Daniel, aku perlukan kau sekarang,' bisik hati Irish. Dia tidak boleh melihat keadaan isterinya yang sungguh menyedihkan.

Lebam di muka dan badan Seri jelas kelihatan. Irish ternampak luka kelaran di leher Seri dan pemandangan itu membuatkan Irish tidak senang duduk. Matanya mula bertukar menjadi merah. Dia marah dengan Rose ! Benci dengan keadaan mereka sekarang !! Irish menundukkan kepalanya agar seri tidak melihat matanya yang sudah bertukar warna.

Rose mengambil cemeti yang dicampaknya tadi dan tanpa amaran ataupun sebarang suara dia melibas badan Seri dengan kuatnya. Dia melibas seolah-olah seri hanyalah seekor binatang liar yang harus dibunuh.

Seri menjerit kesakitan. Badannya dipenuhi dengan darah dan kesan libasan. Badannya semakin lemah. Tidak dapat menanggung kesakitan itu.

Irish tidak dapat menunggu Daniel. Dia akan bertindak sendiri. Tidak sanggup melihat orang yang disayangi diseksa depan matanya.

Irish sudah pernah kehilangan seorang yang penting dalam hidupnya dan dia tidak akan biarkan itu berlaku lagi.

Irish melonggarkan ikatan rantai besi ditangannya dan menendang belakang Rose dengan kuat sehingga tercampak ke dinding.

Irish membuka rantai besi di tangan dan kaki Seri menggunakan kebolehannya. Dia mendukung Seri dan terus terbang meninggal kan tempat itu.

Sebelum pergi Irish menyalakan api yang sangat besar. Cukup membakar tempat kediaman Rose dan pengikut-pengikutnya.

"Maafkan abang."

                       🥀🥀🥀

IRISH dan Seri berada betul-betul di tengah hutan. Irish sendiri pun tidak tahu di mana mereka sekarang. Hari telahpun gelap, hanya cahaya bulan yang menerangi jalannya. Bunyi air sungai mengalir kedengaran. Irish membawa Seri di sana untuk membersihkan dan mengubati seri.

Irish mengoyakkan baju Seri satu persatu dengan perlahan agar Seri tidak terasa sakit dengannya.

Banyak kesan luka yang teruk dibadan seri. Irish takkan memaafkan Rose sampai bila-bila. Rose sudah mengambil semua kebahagiaannya dari dulu lagi dan dia tidak akan biarkan itu berlaku lagi sekali.

Irish menanggalkan bajunya satu persatu
luka dileher isterinya di tekup menggunakan kain dan membawa Seri di tengah sungai sambil memeluk Seri dengan erat. Biar seri berkongsi kehangatan tubuh irish.

"Maafkan abang, abang gagal melindungi Seri seperti yang diamanahkan Diana. I'm so sorry," Irish menangis teresak-esak.

"dan abang minta maaf sebab tipu Seri selama ni."

Mata Irish mula bertukar menjadi merah dan dia mengetap gigi—

Irish memeluk seri dengan erat dan mula menggigit tangannya sendiri. Darah yang mengalir di permukaan sungai bercahaya—

Luka di badan isterinya mula sembuh dan luka di leher seri semakin menghilang.

Seri membuka matanya perlahan-lahan dan melihat wajah suaminya yang penuh kesedihan dengan amarah yang membuak-buak.

Jadi rose tidak menipu. Seri mengusap taring Irish. Dia takut tetapi memberanikan dirinya. Seri masih ingat mitos yanv selalu diceritakan oleh rakan-rakannya.

"Bila vampire menghisap darah manusia, manusia tu akan kehilangan nyawanya." Seri tersenyum pahit.

"Itu hanyalah mitos. Mitos palsu dan salah." Irish mengusap wajah Seri. Gembira kerana seri kembali seperti biasa.

"Betul ke ? Kalau macam tu, buktikan." Seri tersipu membuatkan irish tersenyum manis.

Irish memeluk erat tubuh Isterinya yang lemah longlai— Bahagiaa kerana seri kembali seperti sedia kala.

"Ehemmmm !! Ehemmm !!"

Suara seorang lelaki kedengaran.

"Daniel ?!"

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now