BAB 27

429 23 3
                                    



"BWAAAHHHH!!!! HAHAHAHAHAAHA !"

Secara tiba-tiba Vina muncul di hadapan mereka, Seri terkejut dan terus memeluk Irish yang berada di sebelahnya. Daniel pula sudah lama sedarkan diri disebabkan pertolongan Irish luka-luka hirisan di kulitnya mula tercantum satu persatu dan membentuk kulit yang baru.

"Daniel , aku nak kau bawa Seri jauh dari sini. Aku nak selesaikan masalah ini dengan Vina, kau bawa dia ke tempat yang selamat." Irish menoleh ke belakang dan memeluk Seri. Hoodie di kepalanya masih belum dibuka, kerana wajahnya yang sekarang ini pasti akan menakutkan wanita di hadapannya ini.

"I-irish , no ! Let's go together. Jangan tinggalkan Seri, Seri nak bersama dengan Irish !" Airmata mula mengalir dengan deras.

"Shhhhh-" Irish menutup mulut Seri dengan jari-jemarinya.

"Lepas ni- selesai semuanya Irish akan cari Seri okey ? Don't worry, everything will be alright." Seri sudah menangis teresak-esak.

"Bro , jaga dia dengan baik." Daniel mengangguk tanda faham.

Irish memesan sebelum hilang dari pandangan mereka berdua.

"Let's go Seri." Daniel memaut pinggang dan terus membawa Seri terbang ketempat yang lebih selamat.

"Kau nak selamatkan Seri ? HAHAHHAHAHA dalam mimpi kau Irish ! Sekarang mati untuk aku !"

Pisau yang dibawa Vina tadi kini sudah bertukar dengan pedang. Sepantas kilat pedang yang bersih berkilat itu sudah dikotori dengan lumuran darah yang pekat.

"HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHA !"

🥀🥀🥀

SERI diletakkan di atas sepohon pokok yang besar, Daniel pula mencari tempat lain yang lebih selamat untuk didiami. Kalau balik kerumah pun sudah pasti tidak selamat kerana tempat mereka sudah diselongkar oleh budak suruhan Vina.

Seri mengusap-usap batang pokok yang didudukinya, pokok itu seperti dikenalinya. Dia seperti pernah ke tempat itu.

Matanya mula tertutup perlahan, disebabkan kepenatan dia tertidur.

Sayup kedengaran nyanyian lagu yang sungguh merdu, Seri membuka matanya dan seorang budak sedang tersenyum memandang kearahnya, jari jemarinya yang halus itu mengusap pipi Seri dengan penuh kasih sayang.

"Dian- Ibu !" Seri memeluk ibunya itu dengan erat.

"Seri nampak penat," Sambil mengusap belakan Seri dengan penuh kasih sayang. Seri hanya menganggukkan kepalanya.

"Ibu tolong, nak ?" Seri melepaskan pelukannya dan mula memandang ke arah jelmaan ibunya itu. Mencari secebis keikhlasan.

Seri mengangguk perlahan.

"Seri ? Seri ?" Daniel menepuk perlahan pipi Seri.

"Daniel ?"

"Jom , kita kena pergi dari tempat ini secepat mungkin."

Seri diam. Lama.

"Irish ?" Dia bertanya dengan nada yang sayu.

"Jangan risau, aku tau Irish akan baik-baik saja."

Sebelum meninggalkan tempat itu Seri melihat sekuntum bunga berwarna keemasan berada di telepak tangannya. Dia kemudian memasukkan bunga itu kedalam poket baju.


🥀🥀🥀

IRISH mengerang kesakitan, dipegang perutnya yang terasa sakit. Dilihatnya bekas tusukan pedang beracun Vina di perutnya, dia berdiri perlahan-lahan sambil memegang batang pokok sebagai alat bantuan. Irish memandang sekeliling, Vina sudah lama mati. Budak-budak suruhan Vina pula banyak yang terkorban hanya disebabkan ketamakan Vina itu. Dengan kematian Vina sudah tentu sumpahannya akan hilang bersama bekas abu mayatnya.

"Seri."

Badannya rebah ditanah, sudah tiada kudratnya untuk meneruskan perjalanan menuju kearah isteri tercintanya. airmatanya mengalir. 'Seri tunggu ya ?"

Walaupun kakinya sudah tidak dapat digerakkan dia tetap berusaha untuk bergerak menggunakan seluruh kudratnya. Dia mengengsot perlahan-lahan sambil memegang perutnya yang terluka teruk.

Irish bersandar di sepohon kayu sambil tercungap-cungap. Matanya mula tertutup perlahan-lahan. Pandangannya mula kabur, dia seperti ternampak bayang-bayang Seri yang sedang berlari kearahnya dengan wajah penuh kerisauan. Irish tersenyum, andai saja ini realiti.

'Seri.'


. . .

Oleh,
PenaBerduri_

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 19, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now