Bab 23

1.4K 47 4
                                    

Irish mengetuk pintu bilik Vina sambal memegang semangkuk bubur ditangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Irish mengetuk pintu bilik Vina sambal memegang semangkuk bubur ditangannya.

Krekk! Bunyi pintu ditarik kedengaran dari dalam. Irish melangkah masuk dan meletakkan bubur tersebut di atas meja, Dia mengangkat wajahnya dan terkejut bukan kepalang dengan wajah yang berada di hadapannya dia seolah olah tidak percaya dengan mata kepalanya sendiri.

"Vina! Is that you ?!" Irish terjerit perlahan, dia mula tersenyum kecil. Gembira bertemu kembali dengan sahabat lamanya. Vina Elizabeth.

Vina dengan wajah tidak percayanya mula terjerit kegirangan, tidak sangka Irish masih mengingati dirinya. Dia sungguh gembira. Senanglah kerjanya selepas ini.

Vina mula menceritakan bagaimana dia boleh berakhir di rumah mereka sehinggalah Seri menyelamatkan dirinya. Ucapan terima kasih tidak pernah hilang dari mulut kecilnya. Gembira bukan kepalang.

"Vina tercicir sesuatu masa melarikan diri dari bayang hitam kemarin, boleh tak abang Aisy temankan Vina cari barang tu?" Vina membuat muka comel sambal memegang lengan Irish.

Irish berfikir dan teragak-agak tetapi kesian dengan Vina yang belum sembuh dan memandangkan badannya masih lemah , sudah tentu tidak dapat melawan benda yang akan dating menyerang nanti. Irish mengangguk dan tersenyum. Vina melompat kegirangan.

"Alaa kejap je, tak lama pun," bisik hati Irish. Dia meninggalkan surat untuk Seri yang sedang jauh berada di bandar untuk membeli barang dapur.

*************************************

Vina dan Irish sudah berjalan agak jauh dan berhenti di sebatang pokok yang besar, di tepi pokok tersebut terdapat lubang yang agak besar dan dalamnya sungguh menakutkan, gelap dan kelawar berpisah tiada.

"Sebenarnya barang apa yang tercicir tu ?" Irish memalingkan kepalanya untuk melihat kearah Vina tapi belum sempat bepusing ke belakang Vina memukul kepala Irish dengan sebatang kayu yang besar.

"Vina tak tercicir apapun," Vina ketawa terbahak-bahak sambal duduk bersila di sebelah Irish yang sudah tidak sedarkan diri. Darah yang mengalir di kepala Irish tidak diendahkan malah dia memangku kepala Irish dan membenamkan gigi taringnya di leher Irish sambal menghisap darahnya dengan penuh berselera.

Vina menyandarkan badannya di batang pokok yang besar itu, dia memangku kepala Irish sambal membelai-belai wajahnya. senyuman di wajahnya penuh dengan kepuasan.

"Ini lah tiba masanya untuk abang Irish bangkit, tinggalkan semua benda yang mengikat abang di belakang."

Vina berjalan meninggalkan Irish yang masih terbaring di bawah pohon kayu.

Seri meletakkan barang-barang dapur di atas meja, dan terlihat sekeping kertas yang dilekatkan di peti sejuk. Seri tersenyum kecil, nanti malam baliklah tu.

Seri seperti biasa menyediakan makan malam untuk mereka. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 9 setengah tapi bayang mereka berdua masih tidak kelihatan. Jangan-jangan sesat tak ? Tapi penglihatan Irish kan tajam , samalah dengan otaknya.

Ting! Ting! Ting!

Jarum jam sudah berdenting untuk kesebelas kalinya, tapi bayang mereka masih juga tidak tiba. Esok aku cari! Dengan perasaan yang masih risau dan tawar Seri melelapkan matanya di sofa ruang tamu. Mana lah tahu kalau-kalau mereka berdua akan balik nanti.

**************************

Dia membuka matanya, kepala masih terasa pening. Masih segar di ingatan dia dipukul oleh Vina menggunakan kayu. Entah apa motif Vina ?

Darah di kepala yang hampir kering dicuci, mujur berjalan tadi dia ternampak sebatang sungai yang bersih. Entah apa yang membuatkan dadanya terasa sakit bila melihat sungai itu, dia seperti merindui tetapi entah siapa. Lehernya terasa sakit, dia mengusap dan terlihat kesan gigitan yang masih segar. Dia tahu siapa yang meninggalkan kesan itu. tak lain tak bukan mesti Vina. Tapi dia tidak marah mahupun teringin membalas dendam, dia sudah rapat dan dia sangat menyayangi Vina sebagai seorang sahabat, walau apapun alasan Vina dia pasti akan menerimanya dengan hati terbuka.

Siap membersihkan diri dia menyandarkan badannya di sebatang pokok. otaknya terasa kosong, adakah dia akan menjadi seperti dulu ? Kepalanya serabut. Dia terasa haus, diminum air sungai yang bersih itu tetapi tidak dapat menghilangkan rasa dahaga tersebut. Dia mengusap tengkuk dan lehernya. Aku L.A.P.A.R!

"Irish !! Abang Irish !" Seri berlari kearah irish yang sedang bersandar.

"Abang ? are you okey ?" Penatnya tidak dihiraukan, Badan Irish dibeleknya. mencek kalau-kalau ada luka yang dalam hingga membuatkan Irish susah bergerak pulang ke rumah. Seri memeluk Irish dengan erat, seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi.

2 jam yang lalu...

"Daniel tolong aku !" Seri mundar mandir tanpa arah tuju dia sudah risau memikirkan perihal Irish yang tidak pulang sejak pagi kemarin. Irish tidak pernah pulang sebegini lewat. Daniel yang sedang santai memakan kerepek pisang yang digoreng Seri hanya berwajah selamba.

"Olorrr nanti balik lah tu," kerepek pisang disumbat lagi kedalam mulut. Seri yang geram dengan tingkah Daniel terus mengambil kerepek yang berada di tangannya.

"Aku tanak gorengkan kau kerepek lagi lepas ni,"

"Alarrrrrr" Daniel membuat muka kasihan.

Seri menjeling dan sudah mula bersedia untuk keluar mencari Irish dan Vina.

"Haaaa yela-yela aku tolong, dengan syarat kau buatkan aku kerepek banyak-banyak. Okey ?" Daniel menunjukkan jari kelingkingnya kearah Seri. Seri tersenyum dan mengangguk setuju.

Sekarang

Seri melepaskan pelukannya, pelik apabila suaminya hanya diam dan kaku seolah-olah dia ini orang lain yang tersalah pasangan. Irish memandang wajah Seri dengan pandangan yang kosong tetapi otaknya berkata dia selesa dengan perempuan dihadapannya ini.

"Kau ?" Irish menggumam.

"Abang ! ini kan Seri ! your wife," Seri hampir merembeskan airmatanya. Tidak mungkin suaminya sudah melupakan dirinya.

Dia tetap akan berlakon yang dia masih mengingati isterinya.

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now