BAB 13

6.6K 204 17
                                    

BUNYI pisau dilagakan jelas kedengaran di gegendang telinga Seri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI pisau dilagakan jelas kedengaran di gegendang telinga Seri. Dia ingin menjerit tetapi suaranya tidak kedengaran kerana mulutnya telah disumbat dengan kain buruk.

Kedua belah tangan dan kaki seri diikat dengan rantai besi dan ditarik ke atas. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Kedua pergelangan tangannya sakit seolah-olah telah patah. Dia tidak mampu menahan perih. Sakit dan terseksa.

Rose mendekati seri sambil pisau itu berjalan ke seluruh badan seri.

"Let me tell you a story. This is about your husband and your mom." Rose mengekek ketawa , dia suka dengan wajah seri yang sudah bercampur dengan darahnya.

"Ibu kandung kau sebenarnya bukan mati kemalangan tetapi dia mati sebab dibunuh. Kau nak tau siapa yang bunuh ?" Rose mengambil kerusi dan duduk diatasnya sambil melihat wajah seri yang berlinangan air mata.

"aku buka kain ni, aku nak dengar kau menjerit hahahaha,"

Beberapa tahun yang lalu...

"Sayang , abang gembira sebab sayang dah mengandung. Dah lama abang tunggu saat ini," Si suami mengenggam tangan si isteri. Mereka berdua gembira bersama. Sudah 10 tahun mendirikan perkahwinan dan selama itulah mereka menunggu untuk mempunyai seorang anak dan sekarang mereka akan menimang cahaya mata selepas semua usaha yang telah dilakukan dan berkat kesabaran mereka.

Si suami sangat gembira tanpa mengetahui apa yang telah si isteri lakukan.

'Abang Ana minta maaf, ana lakukan semua ni sebab nak abang gembira dan bahagia bersama abang' si isteri berbisik di dalam hati dengan penuh rasa bersalah.

DUA MINGGU YANG LALU

"Tolong , tolong aku aisy. Aku nak kandungkan anak suami aku tapi aku tak dapat. Aku dah mandul aisy. Aku mandul, aku sayangkan dia, aku nak hidup bersama suami aku selama yang boleh. Tolong aku aisy," Si wanita merayu berkali-kali seolah-olah tiada hari esok baginya.

Aisy hanya memandang Wajah wanita itu dengan perasaan kecewa dan geram.

"Aku cintakan kau Diana , aku dah lama cintakan kau . Tapi kenapa kau pilih untuk hidup bersama dengan lelaki tu ?! Aku boleh jaga kau , aku boleh sayangkan kau selama yang kau nak tapi kenapa kau pilih manusia tu !" Aisy menengking menahan rasa kecewa di dalam hati.

Diana menangis teresak-esak. Dia sudah lama tahu perasaan aisy terhadap dirinya tapi dia butakan hati dan matanya kerana dia sudah jatuh cinta dengan zain iaitu suaminya sendiri.

"Tolong aku aisy , aku merayu . Aku minta maaf sebab dah buat kau macam ni tapi kau tak boleh paksa aku untuk cintakan kau . Walau apapun berlaku aku sayangkan Zain, aku cintakan dia," Diana melutut di hadapan Aisy dengan wajah yang penuh pengharapan.

Aisy tidak sampai hati untuk berlaku kejam dengan wanita yang dicintainya itu.

"Baiklah , aku akan tolong kau." Aisy berpaling memandang ke luar jendela dengan perasaan yang dihiris seperti sembilu tajam.

Diana tersenyum lebar. "Terima kasih aisy , terima kasih. Aku-"

Belum sempat diana menghabiskan ayatnya Aisy sudah memotong.

"Tapi dengan satu syarat. Jika kau lahirkan anak perempuan, aku nak jadikan dia pasangan hidup dan jika kau lahirkan budak lelaki , aku akan bunuh budak tu." Aisy menahan geram dalam diam.

Diana terkejut dengan kenyataan Aisy. Tapi dia terpaksa bersetuju kerana ini semua disebabkan kebahagiaan dan kegembiraan suaminya Zain.

Aisy memberikan diana sebotol air yang berwarna merah.

"Minum air ni sebelum kau melakukan hubungan suami isteri dengan suami kau." Aisy terus menghilang meninggalkan Diana berseorangan di pondok itu.

Diana teragak-tetapi dia akan cuba dan berharap agar anak yang bakal dilahirkan ialah perempuan , sekurang-kurangnya Aisy boleh menjaga anaknya.

9 BULAN KEMUDIAN . .

"Ahhhhhh abannngggg !!" Diana memegang perutnya. Keliling pinggangnya terasa sakit. Diana tahu sudah tiba masanya untuk dia melahirkan.

Zain bergegas mengangkat Diana untuk dibawa ke hospital. Belum sampai setengah jalan kereta mereka seolah-olah melayang ke udara dan terhempas ke bumi dengan kuatnya.

"Dianaaaa !!!! Jangan tinggalkan abang !! Dianaaa !" Zain menjerit seolah-olah terkena histeria.

"A-abang anak k-kita , selamat kan anak kita," Suara diana tersekat-sekat , nafasnya hampir putus dengan keadaannya sekarang.

Berbekalkan ilmu kedoktoran yang ada Zain berusaha menyelamatkan nyawa anaknya. Selepas beberapa jam bertungkus lumus suara tangisan bayi kedengaran.

Diana tersenyum gembira dengan airmata yang berlinangan.

"A-abang Ana tak dapat jaga anak ni bersama dengan abang.. Walau apapun yang terjadi lindungilah Anak kita." Diana mula menutup matanya.

"Ana namakan anak ni Seri Camelia. Abang panggil Seri ya ? Semoga anak ni jadi penyeri kehidupan abang selepas ketiadaan Ana disisi abang."

Zain menangis teresak-esak. Dia tahu sudah tiba masanya diana untuk pergi buat selamanya.

'Aku tahu kau dengar suara aku Aisy. Aku dah selamat lahirkan anak perempuan dan aku nak kau jaga anak dan family aku,' Diana memandang wajah Zain dengan penuh rasa cinta sebelum kedua matanya tertutup rapat.

'Ana cintakan abang selamanya.. Ana berharap kita akan berkumpul di alam sana'

"Abang cintakan ana juga buat selamanya," Zain mencium dahi isterinya dengan anak perempuannya diletakkan di atas badan isterinya.

Bayi itu menangis dengan kuat seolah-olah mengetahui ibunya sudah tiada di dunia ini.

"Seri Camelia," Aisy berpaling ke belakang sambil senyumannya melebar. Dia tidak dapat Diana sebagai pasangan hidupnya tetapi dia dapat seseorang yang mirip dengan diana iaitu anaknya.

Aisy terlihat kelibat hitam di atas pokok dengan wajah yang bengis dan penuh dengan kebencian.

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now