IRISH menukar pakaiannya dan memakai jaket berhoodie berwarna hitam. Dia menguak sedikit pintu bilik yang didiami Seri. Irish menghampiri katil isterinya dan mengucup dahinya sebelum berlalu pergi. Dia tidak ingin memberitahu ataupun meninggalkan pesanan, Irish ingin Seri rehat d rumah sahaja lagipula keadaan di kawasan rumah mereka lebih terjamin keselamatannya.
Irish menutup perlahan pintu utama rumahnya, sebelum melangkah pergi dia memandang syahdu rumah itu, fikirannya terasa kosong tetapi rasa sedih di hati tidak dapat di buang jauh.
Tanpa berlengah lagi Irish melangkah pergi.
"Stay safe."
🥀🥀🥀RASA dahaga membuatkan Seri terbangun dari tidurnya, jarum jam sudah menunjukkan jam 4 tepat. Dia melangkah ke dapur untuk mencari seteguk air.
Pelik ! Apabila rumah itu sunyi dan suasana lain daripada hari-hari sebelumnya, sambil memegang gelas di tangan kanannya dia mencari-cari kelibat suaminya. Rasa tidak enak dibiarkan, Seri membuka sedikit langsir dan melihat keluar. Awan mendung menandakan hujan akan turun tidak lama lagi, dengan bunyi guruh yang kuat membuatkan Seri naik semula ke biliknya.
"Kau datang juga Irish," Seorang wanita melihat Irish dengan pandangan tajam. Hari ini ialah hari dia akan membalas segala-galanya. Dia akan tamatkan semuanya !
Irish mendongak keatas, Daniel sudah diikat di sebatang pokok yang besar. Wajah dan badan Daniel penuh dengan luka-luka yang teruk disebabkan pukulan yang bertubi2. Darah masih mengalir keluar dari dalam tubuhnya, Dia kelihatan sangat lemah.
Melihat keadaan sahabatnya yang teruk itu, warna mata Irish mula bertukar. Dia sangat marah apabila seseorang yang disayangi diperlakukan sebegitu rupa. Tanpa membuang masa dia terus melompat ke atas pokok sambil menghayunkan kukunya yang tajam ke arah wanita itu. Topi yang dipakai terkoyak. Vina !
"Apa yang kau dah buat dengan kawan aku !"
Sambil ketawa terbahak-bahak Vina terus mengeluarkan pisau yang sudah lama disimpan di dalam jaketnya.
"Aku tak sangka kau akan datang, penting sangat ke Daniel bagi kau ? Bagaimana dengan Seri ? Kau tinggalkan dia keseorangan bukan ? HAHAHAHAHA."
Seperti orang gila Vina menghayunkan pisaunya, "Kau jangan risau, pisau aku pisau beracun. Tak perlu menunggu lama untuk kau mati !"
Dengan pantas Daniel mengundur ke belakang, mengelak daripada tujahan kedua pisau Vina.
"Aku sukakan kau Irish. Aku dah lama sukakan kau ! Tapi kenapa Seri yang kau pilih !"
Sepantas kilat Irish menusuk kukunya ke perut Vina. Dia kemudian melompat kearah Daniel dan melepaskan ikatan sahabatnya itu.
Vina menutup sebelah matanya, darah membuak keluar dari perut dan mulutnya. Sambil ketawa matanya berubah menjadi merah.
"HAHAHAHAHAHAHA ! HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA !"
Seperti orang gila dia mengejar Irish yang sedang membawa Daniel dibelakangnya. Dia melompat dari dahan ke dahan yang lain, rasa penat dibiarkan.
Setelah agak jauh daripada penglihatan Vina, dia menyandarkan Daniel di sebatang pokok yang besar. Daniel masih tidak sedarkan diri, namun begitu darah tidak berhenti mengalir keluar.
Kras ! Kras ! Kras !
Bunyi tapak kaki kedengaran, Irish menutup matanya sambil bersorok disebalik pokok.
"Irish ?" Suara kecil kedengaran.
"Seri !?" Irish terkejut dengan kehadiran Seri disitu Irish terus menutup kepalanya dengan hoodie. Jika Seri boleh berada di sini berarti mereka sudah berhampiran dengan rumahnya.
"Apa yang terjadi ?" Seri menutup mulutnya, lututnya menggeletar.
"Saya tak ada masa nak jawab semua soalan Seri, mari lari dari sini." Irish membawa Daniel di belakang dan terus berlalu pergi diikuti Seri dari belakang.
1 jam yang lalu...
Seri mundar mandir di biliknya, tidak sedap hati dari tadi apabila kelibat suaminya masih tidak kelihatan. Tanpa memikirkan kondisi tubuhnya yang masih lemah dia menukar baju dan terus keluar dari rumah untuk mencari mereka.
. . .Oleh,
PenaBerduri_
YOU ARE READING
Seductive Vampire [ON HOLD]
Romantizm"A..a..awak ni siapa ??" - Seri Camelia "Saya Irish.. your future husband" - Irish Naufal Kehidupan Seri Camelia berubah sepenuhnya apabila dia dikahwinkan dengan lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada kakak tirinya Leanne. Tetapi. . . "Kau ke...