BAB 12

6.7K 203 7
                                    

SARAH membuka matanya kerana terganggu dengan cahaya matahari yang memancar ke dalam wad hospital itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SARAH membuka matanya kerana terganggu dengan cahaya matahari yang memancar ke dalam wad hospital itu.

"Sarah kau dah rasa okey ke ??" Natasha masuk ke dalam bilik dengan membawa sebotol air dan tuala.

Sarah memandang Natasha dengan perasaan pelik. Bukan ke sepatutnya mereka berada di hutan ? Perkhemahan ? Bagaimana dia boleh berada di dalam wad hospital pula ?? Semua tu mimpi ke ?

Sarah memegang kepalanya yang tiba-tiba berasa pening. Kesemua kejadian buruk yang dia lalui di hutan itu mula terbayang di kotak fikirannya. Apa semua ni ! Apa yang dah berlaku. Seri ?!

"Weii Seri mana ?? Dia okey kan ? Dia selamatkan ?? Aku nak jumpa dia !! Seri ! Seri !" Sarah mula meracau-racau. Dia risau dan tidak dapat mengawal mindanya.

"Sarah jangan macam ni.. Kau kena rehat banyak.. Tenang, lepas ni aku cerita balik ea ?"

Sarah merasa kesakitan di tangannya seolah-olah dicucuk dengan jarum dan tidak lama kemudian matanya terlelap.

Natasha mengeluh perlahan.

"Seri , aku harap kau selamat"

                       🥀🥀🥀

SERI mengerang kesakitan. Terasa pedih di bahagian pergelangan tangan dan kakinya. Dia membuka matanya perlahan-lahan, kepalanya berdenyut-denyut. Semakin lama pandangannya makin jelas.

Seri melihat sekeliling dengan perasaan yang takut. Banyak mayat bergelimpangan di bilik itu. Mayat di sebelahnya seolah-olah baru di bunuh dengan kejam oleh seekor binatang buas. Dia tidak dapat menahan diri. Ketakutan menguasai dirinya.

"Tolong !! Tolong !! Tolong !! Irish !! Mama !! Papa !! Tolonggggggg !!!" Seri perlahan-lahan mengengsot ke sudut bilik itu yang bersih dari mayat yang membusuk. Dia menutup telinganya sambil menangis teresak-esak.

Seri mual tapi isi dalam perutnya tidak terkeluar. Bilik itu sangat busuk dan kotor tidak ada jendela yang membenarkan udara masuk.

"To-Tolongggg ! To-tolonggg ! Sa-saya sa-sakit," Seri melihat dibawah kakinya, seorang lelaki tua merangkak ke arahnya dengan badan yang berlumuran darah dengan kecederaan yang serius.

Lelaki itu makin mendekat tetapi sebelum dapat mencapai kaki Seri lelaki itu rebah.

''Tak ! Tak ! Aku tak nak tinggal sini !! Aku nak balik rumah! Jumpa mama papa , irish , semua orang .. Tolong ! Tolong saya !!" Seri menjerit walaupun tahu tidak ada siapa pun yang mendengar suaranya.

Bunyi tepukan tangan kedengaran di telinganya. Seorang wanita menghampirinya. Seri seolah-olah melihat mayat hidup.

"Kau dah bangun seri ? Macam mana tinggal kat sini ?? Selesa ?? " Wanita itu tersenyum sinis.

"Anyway , aku belum perkenalkan diri .. Kau boleh panggil aku Rose. Nice to meet you Seri," Rose mendekati Seri dengan perasaan marah yang meluap-luap.

"Lepaskan aku !! Lepaskan aku dari tempat ni !! Aku tak nak tinggal sini !!" Seri menjerit ketakutan.

"Noo , kau akan tinggal disini .. Kau akan jadi macam mereka semua," Rose merujuk kepada orang yang telah dibunuhnya.

Seri terkelu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia nak balik rumah. Nak merasakan pelukan hangat dari ibubapanya dan Irish. Dia masih belum mahu kehilangan semua itu. Dia tidak mahu mati dalam keadaan yang menyedihkan. Seri taknak semua itu !

'Irish ! Mama ! Papa ! Tolong seri !!' Dia menjerit dalam hati sebelum matanya terkatup rapat. Dia mendengar suara Rose dengan jelas.

"Bawa budak ni. Aku nak kau masukkan dia dalam bilik merah tu. Aku nak seksa dia, biar dia rasa sakit seperti hati aku."

Badan seri diangkat.

'Tolong !'

                        🥀🥀🥀

IRISH mundar mandir. Dia risau dengan keadaan seri. Dia kena selamatkan seri secepat mungkin sebelum Rose melakukan benda yang tidak elok pada seri.

"boleh tak kau jangan mundar mandir macam tu. Tenanglah," Daniel duduk sambil memakan keropok ditangannya.

Irish melihat daniel dengan perasaan geram.

"Kau jangan hilangkan sabar aku daniel ! Kalau kau tak nak tolong aku berambus dari rumah nii," Irish melepaskan baju daniel yang digenggamnya.

"Okey okey aku tolong" Daniel takut dengan wajah Irish. Dia tidak pernah melihat Irish dengan keadaan macam ni.

Irish mula tenang.

"Okey ni rancangan yang aku dah fikirkan tadi." Daniel mula memulakan rencananya.

Irish melihat daniel dengan perasaan pelik.

"Jangan buat muka macam tu. Kau ingat aku tak kisah ke bila pasangan hidup kawan aku dah diculik orang ?"

"Aku minta maaf," Irish memandang daniel dengan perasaan bersalah.

"Tak apa, aku maafkan." balas daniel sambil tersenyum. Dia akan tolong Irish walaupun nyawa sebagai galang gantinya. Dia sanggup.

'Seri , Tunggu abang. I will save you.'

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now