Seri membuka matanya. Dia melihat keluar , bunyi burung berkicauan kedengaran di telinganya.
Dia melihat Irish yang duduk di sebelahnya. Seri tersenyum dan mula bangun. Seri merasa seperti ada sesuatu yang lain dalam tubuhnya.
"Seri haus," dia bangun dan berjalan mengambil segelas air.
Seteguk... dua... tiga... dan sudah hampir 4 gelas tetapi rasa hausnya tidak berkurangan.
Seri tidak menyedari matanya yang sudah berubah berwarna merah. Irish kasihan melihat wajah isterinya ketika itu.
Dia mula membuka butang bajunya dan mencampakkan t-shirt nya ke lantai. Irish menekan sedikit kulit lehernya dan darah mula keluar mengalir. Seri yang melihat darah suaminya terus memeluk Irish dan membenamkan gigi taringnya.
Semua perkara yang dilalui dan masa lalu Irish bermain-main dia minda Seri. Diana.. bayi.. kemalangan.. Rose.. Botol cecair.. dia melihat Irish memeluk ibunya.
Apa semua ni ?!! Seri mula mengalirkan airmatanya. Dia tidak tahan dengan semua itu.
Irish mengusap kepala Seri dengan penuh kasih sayang.
"Abang minta maaf, i'm so sorry."
Seri menutup telinga ingin menghentikan semua bayangan yang bermain di fikirannya sambil menggelengkan kepala.
"Seri shhh sabar , tenangkan fikiran seri," Irish datang mendekat dan memeluk tubuh kecil isterinya yang bergegar.
Krekk ! Bunyi kaca jendela rumahnya sperti ingin pecah. Tidak sampai beberapa saat semua cermin dia bilik mereka pecah disebabkan seri yang tidak pandai mengawal emosinya.
Irish memeluk seri dengan erat. Dia yang seharusnya disalahkan. Bukan Seri.
Masa lalu...
"Walau apapun yang berlaku kita tidak boleh menjadikan manusia sebahagian daripada kita. Mereka mungkin akan menjadi pemangsa darah seperti kita tapi mereka juga lah yang akan menyerang dan membahayakan manusia lain. Manusia yang dijadikan 'vampire' apabila sudah merasa darah walaupun setitik tidak akan dapat mengawal keinginan mereka. Jangan sesekali cuba perkara terlarang ini."
Tapi sekarang siapa yang melanggar pantang larang itu.
Daniel datang ke rumah Irish sepantas kilat.
"Irish ?! Apa yang kau dah buat dengan Seri ? Kau tau perkara ni. . ."
"Yaaa aku tau ! Tapi aku tak nak kehilangan Seri , aku sayangkan dia !!"
Belum sempat Daniel menghabiskan kata-katanya Irish sudah menjawab dengan lantang.
"Aku akan bertanggugjawab. Lagipun aku suami dia." Dia melihat Seri yang terbaring layu dia pangkuannya dengan perasaan yang bercampur baur.
Walauapapun yang akan berlaku dia tetap akan lindungi Seri. Kerana dia sudah berjanji malah sudah menyayangi Seri sepenuh hatinya. Dia akan tetap bersama dengan Seri hingga ke akhir hayatnya.
"Maafkan abang Seri.." Irish membaringkan Seri di katil dan menyelimutkannya.
Tanpa dia sedari sepasang mata mengintainya dari luar.
"Kurang ajar ! Kenapa kau liat sangat nak mati ! Haaaa Seri !"
Leanne menggengam tangannya menjadi penumbuk. Dia berjalan laju menuju ke biliknya dan menghubungi seseorang.
"Seri tak mati lagi , dia masih hidup !" Nafas Leanne turun naik. Hatinya sangat panas ketika ini.
"Mustahil ! Mustahil racun aku tak berjalan !!! Ni mesti ada sesuatu , tak ada lagi orang yang pernah terlepas dari racun tu melainkan. . ."
"Melainkan apa ?!!" Leanne panas. Sudah lah rancangannya tidak berjaya, ditambah lagi dengan sikap orang di talian sekarang ini.
"Aku tak nak kau masuk campur dalam hal ini. Biar aku uruskan hal aku sendiri. Aku cuma nak kau laporkan keadaan si Seri setiap hari pada aku faham !!?" Wanita di talian itu menjerit marah. Talian terus dimatikan tanpa menunggu balasan dari Leanne.
"Arghhhhhhhhhh !!!!!! Bodoh !! Bodoh !! Bodoh !! Kau tak perlu lah nak arah-arah aku !! Mampus kau seri ! Aku akan pastikan kau takkan hidup di dunia ini lagi !!"
Leanne menghempaskan telefonnya ke lantai hingga hancur , tetapi dia tidak kisah dengan semua itu. Hatinya lebih sakit daripada melihat telefon bimbitnya.
******
Daniel bersandar di dinding sambil melihat Seri. Dia kemudian memandanke arah Irish."kau nak buat apa lepas ni ? Tak pernah ada dalam sejarah manusia jadi vampire kau tau tak ?!" Daniel marah dengan tindakan Irish.
"Habis kau nak aku buat apa ?! Ini saja cara nak selamatkan Seri. Kau nak aku tengok dia mati depan mata aku ke ?? Aku tak nak sejarah berulang kembali. Aku sayang kan dia." Suaranya mula sebak.
Daniel menghembuskan nafasnya. Dia tau memang tiada cara lain nak selamatkan Seri.
"Aku nak tengok botol air tu. Aku nak siasat siapa punya angkara dan lepas ni aku taknak kau buat tindakan melulu lagi. Kalau ada apa-apa kau contact aku je."
Irish meghulurkan botol air yang diminum Seri malam tadi.
"Aku tau lah."
"Aku nak kau sembunyikan perkara ni dari sesiapa pun. Kau taukan ? Kalau perkara begini berlaku Seri pasti akan dicari." Irish membuat muka minta simpati.
"Yela-yela aku tau lah." Daniel berlalu pergi.
"Kalau ada apa-apa nanti aku bagitau."
Irish membetulkan rambut seri. Dia takkan kehilangan Seri. Itu janjinya.
Dan dia akan pastikan dalang nya dia tangkap.
Kata-kata kanak-kanak di kampungnya dulu kini terngiang-ngiang di telinganya.
"Wei kau tau tak ?" Budak kecil yang bermain batu itu berlari-lari anak menuju ke arah kawan-kawannya sambil berteriak.
"Apa dia ??"
"Tadi mak aku ada cakap dengan kakak, dia cakap Manusia tak boleh jadi vampire macam kita." Budak itu bercerita dengan bersemangat.
Irish yang melepak di atas pokok tanpa disedari oleh budak-budak itu mula memasang telinganya. Agak berminat dengan perbualan budak-budak itu.
"Kenapa pula tak boleh ?" Budak yang agak besar mula menyampuk.
"Sebab kalau 'king' tau dia akan cari manusia jadian tu dan akan dibunuh !" Semua berteriak dengan ketakutan.
"Weii diamlah !"
"Lepas tu kan. . Cara 'king' bunuh tu agak kejam sebab manusia yang dah jadi vampire ni akan jadi 'monster' sebab dia tidak dapat mengawal keinginan untuk meminum darah." Budak tadi menyambung semula kata-katanya.
"King akan ikat 'monster' tu di atas pokok yang besar dan dia akan tikam jantung dan membakar mayatnya"
Budak-budak itu mula berteriak sambil berlari pulang ke rumah dengan wajah yang pucat lesi.
Irish hanya tersenyum sinis. Tak mungkin ada bangsa mereka yang akan jatuh cinta dengan manusia.
Kini Irish sendiri yang jatuh cinta dengan manusia. Dia sudah menjadikan isterinya 'monster' yang ditakuti manusia dan vampire.
Dia akan sedaya upaya melindungi rahsia ini. Dia sayangkan Seri. Sangat sayang !
YOU ARE READING
Seductive Vampire [ON HOLD]
Romance"A..a..awak ni siapa ??" - Seri Camelia "Saya Irish.. your future husband" - Irish Naufal Kehidupan Seri Camelia berubah sepenuhnya apabila dia dikahwinkan dengan lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada kakak tirinya Leanne. Tetapi. . . "Kau ke...