BAB 20

3.6K 115 4
                                    

"Aku rasa kau patut sorokkan isteri kau," Daniel memulakan bicaranya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku rasa kau patut sorokkan isteri kau," Daniel memulakan bicaranya.

"Kau pasti tau apa yang akan jadi dengan Seri bila uncle kau tau perkara ni terjadi." Daniel menghembuskan nafasnya. Dia hanya mampu menolong setakat itu sahaja , hanya itu idea yang bermain di kepalanya sejak semalam.

Irish menendang batu sambil mengeluh , nampaknya dia tiada pilihan lain. Dia perlu bertindak secepat mungkin sebelum diketahui oleh Pakciknya.

"Habis tu aku nak sorokkan seri d mana ??"

Daniel melebarkan senyumannya sambil menepuk bahu sahabat baiknya.

"Yang tu kau tak perlu risau, aku dah ada tempatnya. Kau hanya perlu bawa seri jumpa aku di bawah pokok tu nanti sebelum jam 10 malam."

Irish mengangguk sambil beredar dengan nafas kelegaan.

******

Irish memasukkan semua barang keperluan isterinya ke dalam beg dengan tergesa-gesa.

Seri yang sedang membaca buku terus memandang ke arah suaminya. Pelik.

"Seri bersiap sekarang," Irish menolak isterinya ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

"Cepat sikit !"

Irish lega , selepas insiden tersebut irish mengambil masa untuk menjelaskan kepada seri. Nasib baik seri jenis yang cepat memahami.

Seri keluar dari bilik mandi dengan berpakaian lengkap dengan wajah yang penuh tanda tanya.

"Abang ? Apa yang. . ." Belum sempat Seri menghabiskan bicaranya Irish sudah memotong percakapannya.

"Tak ada masa nak jelaskan , jom !" Irish menarik lengan seri dan berlalu pergi dengan tergesa-gesa.

Perkara yang dia risaukan adalah signal yg diberikan oleh Daniel bahawa Puak unclenya sudah mula bergerak.

Irish hanya meninggalkan sekeping nota kecil di meja ruang tamu untuk Leanne dan adik ipar kembarnya.

******
Seri dan Irish sampai di tempat yang dijanjikan, Daniel sudah lama menunggu mereka disana sambil memakai hood jaketnya.

"Jom."

Seri melangkah masuk ke dalam hutan dan dia membuka matanya , di depan matanya berdiri teguh sebuah istana kecil yang cantik dikelilingi dengan taman bunga. Seri melihat ditepi istana tersebut terdapat sebuah pokok besar dan buaian yang digantung di pokok tersebut.

Irish menghembuskan nafasnya.
"Tak sangka aku akan kembali ke sini lagi," Daniel berlalu sambil menepuk bahu Irish.

Irish berjalan ke bilik untuk menyimpan barang-barang mereka sambil membiarkan Daniel menjelaskan rancangan mereka.

Irish membuka langsir biliknya , sedikit berhabuk. Banyak kenangan yang dia lalui di sini. Kenangan zaman kanak-kanaknya hinggalah dewasa , di sinilah dia mengenal erti sebuah persahabatan dan cinta.

Irish membiarkan angin sepoi bahasa menampar wajahnya. Tanpa dia sedari , irish menyebut sebaris nama yang sekian lama dirindui dan seseorang yang banyak mengajarnya tentang erti kehidupan.

"Alissa...."

Irish tersedar dan terus meraup mukanya. Tidak dinafikan masih ada sedikit rasa yang bersisa dalam hatinya , tapi dia perlu membuang rasa itu secepat mungkin sebelum diketahui oleh Seri.

Tanpa dia sedari Seri mendengar nama yang disebutkan oleh Irish.

Seri terus berlalu pergi dan keluar untuk menenangkan hatinya. Tipu lah kalau dia tidak marah dan cemburu. Seri menghayun perlahan buaian tersebut sambil memejamkan matanya.

Dia pasti akan cari siapa Alissa yang sebenarnya , dalam pada masa yang sama dia akan pastikan mereka selamat.

******
Irish turun ke bawah sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil. Dia melihat sekelililing. Daniel yang tahu dengan niat irish hanya tersenyum.

"Eleh baru pisah sekejap dah mencari , Seri ada ja kat taman tu. Rasanya dia tengah main buaian kot."

"Thanks bro" irish bergegas ke tempat isterinya.

******
Leanne yang baru balik dari kedai terus menyambar kertas kecil yang ditinggalkan oleh irish dan terus membacanya.

Dia menggengam kertas tersebut.

"Bodoh !! Semua bodoh !!" Darah mula naik ke kepalanya.

"Kau tunggu seri , tunggu ! Aku akan hancurkan kau !!"

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now