Bab 24

2.1K 51 7
                                    

Only a vampire can love youFOREVER !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Only a vampire
can love you
FOREVER !

Seri membuka matanya. Pening masih terasa, badannya pula sakit-sakit. dia mencuba untuk mengingati momen semalam tapi sakit di kepala tidak membenarkannya. Entah macam mana dia boleh sampai ke rumah, mungkin suaminya yang mengangkatnya pulang.

kreeekkk!

Bunyi pintu bilik kedengaran dibuka dari luar, Irish masuk ke dalam dengan senyuman yang agak. Janggal. Seperti Seri tidak mengesyakinya. Ditangannya semangkuk bubur yang masih panas diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil Seri.

"Are you okey ?" Irish duduk disamping Seri sambil membetulkan rambut Seri yang serabai. Dia hanya mengangguk kecil sambil memakan bubur yang dimasak oleh suaminya. Seri mengerutkan wajahnya. Masin sangat, rasa bubur tak ada and yeahh sorry to say hmmm tak sedap. Seri memberikan senyuman paling manis buat suaminya sambil menelan bubur itu dengan wajah yang terpaksa. Menjaga hati suami. keh!

Semangkuk bubur dapat dihabiskan dengan masa 30 minit. Wow ! boleh masuk world record. huhuhu.

"Maaf," Irish memegang tangan Seri sambil menundukkan kepalanya.

"Untuk apa ?"

"For everything and yesterday...." Irish kemudian mengalihkan tangannya ke leher Seri sambal mengusap-usap bekas gigitannya semalam.

For everything ? Seri mula tidak sedap hati. Irish tidak pernah ada salah dengannya. Jadi kenapa perlu meminta maaf ?

"Abang" belum sempat Seri habiskan ayatnya Irish sudah menyampuk.

"well sebab buat awak risaukan abang."

Awak ? Seri mengangguk kecil sambil tersenyum kelat.

"Ohh yaa.. Vina mana ? tak Nampak pun dengan abang kemarin ?"

Irish tersentak dengan soalan Seri.

"Err Vina. . . Vina dah balik rumah dia," sungguh tidak masuk akal. Irish menggosok-gosok lehernya sambil memandang ke arah lain.

"Okey." Seri mula membaringkan badannya di katil. Tiba-tiba pula terasa mengantuk dan matanya sungguh berat untuk dibuka. Pening pula semakin menjadi-jadi.

"Well, Sweet dream honey.." Irish mengucup dahi Seri yang sudah terlena. Dia keluar dengan senyuman yang tidak difahami.

**********************

"Weiiii ! kau okey tak ?" Daniel menepuk bahu sahabatnya dari belakang. Irish menunjukkan penumbuk ke arah Daniel dengan wajah geram.

"Apa ni bro ? nape muka merah-merah ni ? Nak cendol ea ?" Daniel ketawa terbahak-bahak dengan soalannya sendiri. Irish menjeling

"Kau buat sekali lagi aku humban kau dalam gaung tu, bakar kau hidup-hidup biar sampai jadi abu, pastu aku buang abu kau tu dalam lubang jamban. Kau nak ??"

"Alaaaa tak mau lah marah, tite nak sahabat tite ni hepi-hepi , tak oleh ke ?" ayatnya dikeluarkan dengan mimik muka yang lucu.

Irish mengenggam kolar baju Sahabatnya.

"Bro ! bro !okey !! okey !! okey !! aku surrender ! aku gurau lah!!" Dengan muka ketakutan Daniel menjerit sekuat hati. Tak gentleman hmm. Tapi Irish ni bukan boleh bawa main, sekali serius dia boleh pancung kepala orang tanpa perasaan.

Bila keadaan semakin reda Daniel mula menepuk bahu sahabatnya sambal kepala Irish diletakkan dibahunya, jika dilihat dari pandangan orang ketiga mereka seolah-olah pasangan gay yang tengah hangat bercinta. Tanpa amaran Irish mengetuk kepala Daniel sekuat hati. Daniel mula ketawa terbahak-bahak seperti tidak pernah ketawa selama bertahun-tahun.

"Aku nak bagitau kau something...." Irish memulakan bicara sambil mengetuk-ngetuk batang pokok yang didudukinya.

"Apa dia ?" Daniel mula serius bila aura di sekeliling sahabatnya mula tidak stabil.

"Aku tak ingat Seri ? Dia tu siapa ? macam mana aku boleh kenal dia ? macam mana aku boleh kahwin dengan dia ? macam mana aku boleh berjumpa dengan dia ? aku betul-betul tak ingat. Aku...aku tak cintakan dia."

Daniel terkaku. Dia tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Irish ? dia lupa segalanya tentang Seri ?? Dulu Irish lah yang menjadi pungguk, yang sentiasa merindui Seri, yang selalu memuja Seri dari jauh,yang mencintai dan melindungi Seri dari ancaman musuh dan kini dia sudah lupa dan hilang segala rasa cinta ?

"Aku nak larikan diri dari dia.. aku.."

"Kau gila ke ?!" tanpa sedar suara Daniel mula tinggi. Panas hatinya.

"Aku cadangkan kau tinggal aje dulu dengan Seri buat sementara waktu. Manalah tau kalau-kalau ingatan kau kembali semula dalam tempoh masa tu. Aku tanak kau menyesal bro. Cipta lah kenangan sebanyak mungkin sebelum kau ambil keputusan untuk tinggalkan Seri, manalah tau kau nak terus Bersama dia. Aku tanak tengok muka Isteri kau tu bersedih. Okey ?"

Daniel menepuk-nepuk bahu sahabatnya sambil mengeluh perlahan. Apapun yang berlaku pasti gadis yang diselamatkan seri itulah penyebabnya.

Irish mengangguk kecil dan mula melangkah pulang kerumah. Apapun idea sahabatnya yang terbaik buat masa ini. Daniel berdiri sambil memerhatikan matahari sudah mula tenggelam, suasana petang yang cantik dan menenangkan itu tidak mampu menghentikan gelora dijiwanya.

"Vina, huhhh ?? sounds familiar."

************************************

Seri terbongkok-bongkok mencari tikus yang telah mencuri cheese nya dari almari.

"Mana kau Jerry oiiii ??! berani kau curi cheese aku ya ??" Seri mula mengambil penyapu bersedia kalua tikus tu keluar bila-bila masa.

"Aku rasa aku nak pelihara Tom lah kat rumah ni, apehal lah boleh banyak Jerry kat sini. Ni mesti kes kemiskinan makin menjadi-jadi di antara kalangan tikus-tikus gelandangan disebabkan tikus-tikus kaya yang lain terlalu haji bakhil nak kongsi-kongsi harta. Sampaikan cheese di rumah orang dicurinya ya tak ?" Seri mula membebel tak tentu pasal. Lupa makan ubat ke apa. hahahaha.

Irish perlahan-lahan menuju ke arah Seri dan pinggangnya dipeluk dari belakang.

"Hei !! opocot mak kau terbang melayang !!!" orang yang tidak melatah , boleh melatah jadinya kalua dengan Budak Irish ni.

Irish membenamkan muka dibahu Seri. Tak pernah Budak ni buat perangai kan ?

Tapi entah kenapa Seri selesa dengan perubahan Irish yang baru. Kalau dulu nak be-R.O.M.A.N.T.I.K pun susah. Ada ja benda yang nak disibukkan.

"Why ?" Seri mengusap tangan Irish dipinggangnya.

"Nothing, saja rasa nak peluk. I Miss You."

Dup ! Dap ! Dup ! Dap !

jantungnya tidak mahu berhenti berdetak, Seri meleraikan pelukan suaminya dan mula menghadap Irish. Wajah Irish yang kelihatan agak merah membuatkan Kecacakan eh kekacakannya menjadi-jadi. Ughhhhh !! that lips look delicious ! uhukkk.

Seri mengangkat kepalanya dan tanpa amaran tanpa suara tanpa apa-apa persiapan yang diperlukan dia mengucup bibir Irish. Lama.

Tidak kisah apa yang akan berlaku di masa depan, datang lah seribu Leanne, datanglah seribu Vina, datanglah seribu Vampire yang cantik seksi menggoda dia tetap akan melawan mereka untuk kekal Bersama dengan Irish. Walaupun nyawanya akan hilang dia tetap akan mencintai Irish Naufal.

Dia tidak akan ketahui apa yang akan terjadi hari esok, lusa, tulat dan hari-hari yang seterusnya tapi untuk hari ini dia akan jadikan kenangan sebagai memori terindah.

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now