Leanne menghempaskan badannya di katil sambil tersenyum riang.
'Tak sangka lelaki yang ayah pilih kacak macam tu'
Senyuman tidak lekang dibibirnya. Dia tidak sabar untuk memulakan rencananya.
'Tunggu lah seri , tidak lama lagi Irish akan jadi milik aku dan bukannya kau !'
Leanne berjalan menuju ke meja soleknya dan mengambil buku. Dia akan mencatat segala rancangan yang terlintas di fikirannya.
'Tunggu aku irish sayang...'
Seri sedari tadi tidak dapat melelapkan matanya. Dia seperti risaukan sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dia risaukan. Irish ada di bawah bersama dengan ayah, ada sesuatu yang ingin dibincangkan katanya.
'Arghhh !!! Apa ni ?? Mainan perasaan ?? Trauma ??'
Seri meramas rambutnya. Bingung keliru , semua menjadi satu.
Kreekkk ! Kedengaran bunyi pintu bilik dibuka dari luar. Seri berpura-pura melelapkan matanya, selimut ditarik hingga menutupi seluruh badanya.
Irish melangkan perlahan-lahan menuju ke arah seri kemudian dia membaringkan badanya sambil memeluk seri dari belakang. Irish tahu Seri belum tidur.
"Sayang Risaukan sesuatu ?" Irish mula membuka bicara. Dia tahu walaupun seri tidak memberitahunya lagipun dia kan vampire , perkara kecil macam tu dia pasti akan ketahui melalui sentuhan. Hebat !
Seri membuka matanya tetapi selimut tidak dibuka. Dia cuma mendiamkan diri, tidak mahu irish risaukan dirinya.
"Seri jangan fikirkan sangat perkara yang belum kita ketahui. Kalau seri risau dengan keselamatan seri yang tu abang boleh uruskan" Irish menarik selimut yang menutupi muka seri dan membelai rambutnya.
"Jangan risau, abang akan lindungi seri walau apapun yang berlaku. Dah tidurlah, esok banyak benda kena buat." Irish menepuk punggung seri seperti bayi. Tidak lama kemudian mereka berdua terlelap.
******
Leanne turun kebawah dengan penuh kegembiraan di wajahnya seolah-olah orang yang baru memenangi loteri bernilai bilion ringgit. Itu hanyalah luaran tapi hatinya siapa yang tau ??Leanne duduk di kerusi bersebelahan dengan Irish. Ibunya pula sibuk menghidangkan sarapan untuk mereka semua.
Ketika semua orang sudah duduk dan mula untuk bersarapan , Leanne tiba-tiba berdehem. Semua memandang kearahnya.
"Ummm anne nak cakap sesuatu." Dia sudah memulakan dramanya. Seluruh keluarga mula menumpukan kearah Leanne. Hanya Seri dan Irish yang tidak mengendahkannya.
"Sebelum tu anne nak minta maaf dgn ibu ayah sebab selalu membantah arahan ayah dan ibu. Dalam erti kata lain , anne minta maaf dengan seluruh ahli keluarga terutamanya seri. Seri aku minta maaf dengan kau sebab aku selalu buli , marah dan maki kau. Lepas ni aku janji takkan buat lagi dah. Dan mulai hari ini anne janji anne akan berubah sepenuhnya." Leanne tersenyum manis.
Semua orang gembira dengan perubahan Anne terutama sekali ibubapanya dan begitu juga dengan Seri yang berfikiran Leanne sudah berubah sepenuhnya. Hanya irish yang tidak mengendahkan leanne. Malas ambil tahu dengan kata2 leanne.
Mereka memulakan sarapan dengan wajah yang penuh kebahagiaan. Berharap tiada lagi luka yang datang.
Leanne tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Seductive Vampire [ON HOLD]
Romance"A..a..awak ni siapa ??" - Seri Camelia "Saya Irish.. your future husband" - Irish Naufal Kehidupan Seri Camelia berubah sepenuhnya apabila dia dikahwinkan dengan lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada kakak tirinya Leanne. Tetapi. . . "Kau ke...