"A..a..awak ni siapa ??" - Seri Camelia
"Saya Irish.. your future husband" - Irish Naufal
Kehidupan Seri Camelia berubah sepenuhnya apabila dia dikahwinkan dengan lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada kakak tirinya Leanne.
Tetapi. . .
"Kau ke...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Seri membuka matanya tetapi dia bukan berada di tempat dan laluan yang sama. Seri kini berada di sebuah rumah agam yang lama. Seri bangun dari katil king size itu dan mula berjalan untuk mencari pintu keluar.
Seri berjalan melalui satu lorong yang agak gelap dan suram. Sepanjang laluan itu banyak gambar-gambar lama yang disangkut di tepi dinding dan agak menakutkan. Dengan mata merah dan gigi taringnya. Yalaa siapa je yang tidak takut dengan gambar macam tu.
Seri berlari hinggalah dia terjumpa dengan satu cahaya di hujung laluan itu. Tetapi pemandangan yang dilihat sekarang ini bukanlah seperti yang diimpikan.
Wajahnya ditutupi Dengan hud yang dipakainya. Yang kelihatan hanyalah bibir yang masih bersisa dengan darah. lelaki itu menghampirinya.
Seri berundur setapak ke belakang sebelum memusingkan badannya untuk berlari.
"Got ya ! Trying to run huh ?" Lelaki itu memeluk seri dengan erat dari belakang dan memusingkan badannya menghadap muka lelaki itu.
"Saya tak lari cuma. . Err. . Er. ."
"Cuma apa ??" Lelaki itu mula mengelus lembut leher seri dengan jemarinya yang runcing dan sedikit pucat.
"Umm sa.. Saya lari sebab ternampak tikus tadi.. You know saya kan perempuan, semua perempuan takutkan tikus, for your information.. Ha..ha..ha.." Seri ketawa. Awkward.
"Ohh I see.. Okey saya akan simpan information ni kat otak. But for now I have something for you."
Lelaki itu menghidu leher jinjang Seri. "Ohh.. your smell is sweet and delicious, I like it. Saya tak pernah merasa bau seperti ini seumur hidup saya. This is my first time."
Seri gelabah. Lelaki pervert ! "A..a..awak ni siapa ??."
"Saya Irish... Your future husband."
"Apaa ?!! Sorry !! Gomenasai ! Mianhae ! saya minta maaf tapi saya tak pernah jumpa atau kenal dengan lelaki pervert like you !" Marah dan nervous. Semua bahasa keluar. Hahaha.
"Hahaha.. I know your reaction will be like this."
Irish mula menjilat leher Seri. Seri menolak Irish untuk meleraikan pelukan lelaki itu tetapi apalah sangat kudrat perempuan melawan kudrat lelaki.
"Stay still oryou will get hurt andidon'twanna hurtyou. My precious lady."
Kesakitan di bahagian lehernya kian terasa. Seri ingin teriak tetapi suaranya tersekat dek ketakutan yang menguasai dirinya.
Gigi taring Irish hampir menembusi kulit leher Seri.
"Arggghhhhh !!!"
"Seri ! Seri ! Seri !" Sofia menepuk muka Seri.
"Kenapa ni sayang ?? Bangunlah. Seri Camelia !!"
Seri membuka matanya. Kepalanya pening seperti baru dihempap batu besar. Seri takut. Dia membuka matanya luas-luas.
"Sa.. Saya kat mana nii ??" Seri bertanya dengan wajah yang pucat.
"Seri kat rumah ni.. Tadi ayah jumpa Seri terbaring kat jalan raya sana tu. Nasib baik tak ada apa2 yang terjadi. Haa tulah akibatnya terlalu rajin belajar, sampai tak fikir pasal keselamatan diri . Kalau jadi apa-apa dekat Seri ibu takkan maafkan diri ibu selamanya tau," panjang benar nasihatnya.
Seri lega tadi tu hanyalah mimpi semata. Kalau realiti tak taulah nak kata apa. Mesti dia dah lama tak ada dalam dunia ni kut. Nasib baik sekadar mimpi ngeri.
Sofia mengelus lembut rambut Seri. "Kalau nak apa2 bagitau ibu ok ? Seri bersihkan diri dulu nanti ibu hantarkan makan malam kat bilik seri ni. Special for you" Sofia kemudian berlalu pergi.
Seri menghembuskan nafas leganya. Tapi apa maksud mimpinya tadi. Mimpi itu seolah-olah realiti. Dia menyentuh lehernya sebelum berlalu ke bilik air.
🥀🥀🥀
"IRISH... Berapa lama lagi kau nak duk bertenggek kat sini ?? Jom ah balik. Cari mangsa lain. Aku penat lah temankan kau kat sini," Daniel menepuk belakang Irish.
"Diamlah.. Aku nak tengok budak tu.. Kau chaw lah dulu, jap lagi aku follow. ok bro ?" Irish membetulkan hudnya.
"Aikk.. Sejak bila kau suka intai anak gadis ni ?? Hahaha okey lah aku chaw dulu. Nanti kalau dah dapat budak yang kau suka tu jangan lupa kongsi tau ?" Daniel menyarungkan jaket besarnya dan terbang meninggalkan Irish bersendirian.
Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh semua bangsa mereka ialah terbang tanpa menggunakan apa2 bantuan. Tetapi hanya satu puak yang menggunakan sayap untuk terbang iaitu puak Sheba. Puak Sheba sangat berkuasa disebabkan sayap yang dimiliki oleh mereka. Tetapi Puak Sheba hampir lenyap di muka bumi ini disebabkan ketamakan dan kejahilan ketuanya.
Seri merasa bulu romanya meremang seolah-olah diperhatikan oleh seseorang. Dia menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa.
"Umm perasan je kot. Lagipun aku memang kuat perasan haha" Seri bermonolog sendiri. Dia kemudiannya turun dan berlalu ke dapur. Tidak mahu menyusahkan ibunya untuk menghantar ke bilik. Mesti penat.
"Sorry Dani but this girl is all mine.. Aku takkan kongsi dengan siapapun.." Irish pergi meninggalkan tempat itu dengan senyuman yang puas.
"We will meet again My Precious Lady"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.