BAB 18

4K 144 22
                                    

Seri mula mencuci sayur-sayuran yang dibelinya pagi tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seri mula mencuci sayur-sayuran yang dibelinya pagi tadi. Dia berjanji memasakkan lauk kari untuk suaminya.

"Okey jom cek apa yang kurang," Seri mula memeriksa semula bahan-bahannya.

"Alamak, lupa beli ayam lah pulak." Seri menepuk dahinya. Dia mengambil jaketnya dan meninggalkan sekeping kertas dan dilekatkan di pintu dapur.

Seri keluar kejap beli barang dapur...

******
Sampai sahaja d rumah Irish terus mencari isterinya.

Dia melihat sekeping kertas dilekatkan di pintu dapur.

"Patut dia x sambut aku depan pintu tadi," Irish berjalan menuju ke peti ais untuk mengambil air sejuk. Sambil menuangkan air ke dalam gelas dia terfikir semula apa yang dikatakan oleh Daniel.

Beberapa jam yang lalu...

"Kau tau tak Rose masih hidup , aku syak dia tengah rancang sesuatu." Daniel berkata dengan yakin.

"Apa yang buat kau yakin sangat dengan perkara tu ? Kau ada siasat ke ? Kau ada terserempak dengan dia ?" Irish bagaikan tidak percaya dengan perkara itu. Tempat persembunyian Rose sudah dibakar bersama dengan konco2nya sekali.

Daniel menghembuskan nafasnya dengan kasar.

"Wei , aku serius lah. Aku ada dengar dari puak yang lain. Kononnya diorang tu nampak suruhan si Rose tu."

Irish menggelengkan kepalanya. Walaupun sedikit ragu-ragu dengan kata-kata sahabat baiknya dia tetap perlu berhati-hati untuk mengelakkan perkara lama berlaku.

"Aku nasihatkan kau berjaga-jaga. Apalagi kau dengan isteri kau sekarang. Aku rasa Rose mesti ada rancang sesuatu, yelah dia dah kalah haritu , dia mesti cari cara nak balas dendam," Daniel menasihati Irish sambil menepuk bahu sahabatnya.

"Yelah aku tau lah nak buat macam mana nanti."

******
Tanpa disedarinya Leanne sudah berada di dapur.

"Hye rish ? Seri mana ? Dia tak balik lagi ea ?? Alaa kalau lambat balik tu mesti ada sebabnya kan ?" Leanne berjalan mendekati Irish tetapi belum sempat Leanne melangkah Irish sudah menjauhkan dirinya.

"Jangan risau isteri aku bukan jenis macam tu, aku percayakan isteri aku,"

"Yeke ?? Mana lah tau.. luar nampak baik tapi dekat dalam tu nampak ke macam mana ?" Leanne mula menjadi batu api kepada kedua pasangan itu.

"Kalau ya pun dia buat perkara tu, pandai-pandai lah aku uruskan nanti." Irish membalas dengan malas. Dia percaya Seri seorang yang baik.

"Kita tengoklah nanti macam mana," Leanne tersenyum sinis dan mula mengambil air untuk diminum. Dia bukannya haus pun tapi disebabkan Irish berada di dapur dia mencari alasan untuk mendekati Irish.

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now