SERI termenung jauh. Pernikahannya akan berlangsung minggu depan. Tetapi bakal suaminya tidak pernah kunjung datang kerumah selepas pertemuan terakhir mereka. Entah perasaan apa yang dialaminya sekarang. Seri agak, kecewa.
"Buat apa kau nak fikirkan lelaki tu ?" Seri bermonolog sendirian. Dia mengeluh. Apa nak jadi lepas ni jadilah dia tak kisahpun.
Leanne pula dah lari dari rumah, entah kemana perginya. Selepas kejadian haritu Leanne sudah tidak kelihatan di rumah. Budak kurang kasih sayang macam tulah perangainya. Suka memberontak, melawan cakap orang tua, tidak menghormati orang lain.
Bunyi ketukan pintu biliknya menghentikan lamunan seri. Bunyi pintu dibuka kedengaran.
"Kakak, ibu suruh turun bawah.. Minum tengah hari" Laura terus meninggalkan Seri terkebil-kebil tanpa menjawab sepatah kata dari adinya.
"Ummm dah nasib dapat adik macam ni" Seri bergegas turun ke bawah, kalau lambat konfirm ibunya membebel.
🥀🥀🥀
HAMPIR sebulan Irish tidak datang menjumpai mahupun menghendap Seri. Dia rindukan moment itu.
Irish mengeluh perlahan. Lagi seminggu dia akan menjadi suami kepada seorang 'manusia'. Makhluk yang tidak sama dengan mereka. Jika dibawa tinggal bersamanya. Disini. Gadis itu pasti dalam bahaya. Tapi jika Irish tinggal dalam dunia 'manusia' dia pula yang merbahaya.
"Think.. Thinkk.. Thinkkk !! Argghhhhhh !!! Macam mana ni ?? Kenapa tak ada idea ?!" Irish menghantukkan kepalanya ke dinding berkali-kali.
"Oiii ?!! Kau ni dah kenapa ?? Lepas dapat warna 'merah' dari Rose terus jadi gila macam ni ke ??" Daniel menembus masuk dinding bilik Irish. Rude. Tapi itu memang style mereka.
"Mana ada.. Aku tengah fikir something nii.." Irish kemudian duduk bersila di katilnya.
"Fikirkan apanya ??'' Daniel hairan dengan sikap Irish kebelakangan ini. Pelik memanjang.
"Kaupun taukan aku dah nak kahwin minggu depan ??"
"Haa yelaa.. Kenapa ?? Ada masalah ke ? Apanya ? Kongsilah sikit"
"Aku tengah fikir nak bawa Seri tinggal dekat mana.. Kaupun taukan bahaya kalau bawa dia masuk 'tempat' kita ni.. Begitulah sebaliknya"
"Well, apa kata kau bawa ja Seri tinggal kat sini" Daniel mengusap dagunya.
"Bongok ! Kan aku dah kata bahaya.. Kau ni tak pandai faham bahasa ea ??" Irish geram dengan sikap Daniel yang suka mengambil ringan dengan masalahnya.
"Aku belum habis cakap lagilah.. Kau pun satu.. Cubalah biar aku HABISKAN AYAT dulu.."
"Hihi sorry.." Irish tersengih-sengih.
"Macam ni.. Kau bawa je Seri tinggal kat sini lagipun kau kan ada melindungi dia setiap masa.. Kalau kau keluar and tak dapat jaga dia, aku kan ada.. Aku boleh tolong.." Daniel menerangkan cadangannya panjang lebar.
Irish tersenyum sambil membaling bantalnya ke arah Daniel. "Kau memang bestfriend aku".
"Mestilah. Akukan pintar dari kau hahaha" Daniel tersenyum bangga.
SEMINGGU KEMUDIAN..
Esok adalah hari penting dia dan bakal suaminya. Irish. Seri tersenyum malu. Dia akan menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang tidak dikenali asal usulnya. Tapi apapun yang berlaku di masa depan dia akan hadapinya walaupun susah. Seri memandang langit gelap dari balkoni rumahnya. Langit yang dihiasi bintang dan sinaran bulan.
"I hope that you can be my guardian Dear Irish Naufal. ."
🥀🥀🥀
IRISH berdebar-debar memikirkan hari esok. Esok adalah tarikh pernikahannya dengan Seri. Sudah lama dia menunggu saat ini. Sejak Seri masih dalam kandungan ibu kandungnya. Penantiannya akan berakhir esok. Selepas Seri menjadi miliknya. Irish memandang ke langit sambil meletakkan tangannya diudara seolah-olah mengusap wajah Seri.
"I will be your guardian Dear Seri Camelia"
YOU ARE READING
Seductive Vampire [ON HOLD]
Romance"A..a..awak ni siapa ??" - Seri Camelia "Saya Irish.. your future husband" - Irish Naufal Kehidupan Seri Camelia berubah sepenuhnya apabila dia dikahwinkan dengan lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada kakak tirinya Leanne. Tetapi. . . "Kau ke...