BAB 17

4K 129 14
                                    

Seri melihat jam di meja bersebelahan dengan katilnya 4:30 a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seri melihat jam di meja bersebelahan dengan katilnya 4:30 a.m. Irish masih tertidur , Seri mengusap pipi suaminya dan bangun keluar untuk menghirup udara pagi yang segar.

Cahaya bulan masih terang , Seri duduk di buaian yang telah dibuat oleh ayahnya. Entah kenapa pagi itu Seri merasa tidak sedap hati , seolah-olah ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

"Tengah fikir apa tu ??" Irish datang sambil memeluk Seri dari belakang. Seri terkejut , "nasib baik aku tak ada penyakit jantung , kalau ada mesti dah lama nyawa aku ni melayang.." Seri berbisik di dalam hati. (Kalau cakap kuat kang x pasal2 merajuk org tua nii😂) dia kemudiannya tersenyum sambil memandang kearah Irish.

"Tak fikir apapun , nak hirup udara segar pun tak boleh ke ??" Kegelisahan tadi kini bertukar dengan perasaan gembira apabila melihat wajah Irish. Irish tersenyum dan mula menolak buaian yang diduduki oleh Seri.

"Aku tak perlu risau kut dengan perkara yang belum berlaku. Kalau betul pun pandai2 lah cari penyelesaiannya." Seri menyedapkan hatinya sendiri. Yang penting dia bahagia dengan hidupnya kini.

Seri tersenyum bahagia tetapi tanpa dia sedari ada seseorang yang mencemburui kebahagiaannya. Disebalik tingkap bilik Leanne memandang Seri dengan perasaan marah dan cemburu yang meluap-luap. Leanne marah tetapi dia tidak berlalu pergi dia hanya memandang sinis ke arah Seri , "Sabar Seri tak lama lagi aku yang akan duduk di tempat kau , masa tu kau yang akan duduk di tempat aku."

"Jom masuk sejuk ni," Irish mengajak risau jika seri selesma dan bukan itu sahaja dia merasa seperti ada banyak mata yang sedang memerhati. Takut-takut jika perkara itu membahayakan Seri seperti dulu. Lagipun dia sudah berjanji untuk melindungi Seri.

******
Pagi itu Seri yang menyediakan sarapan kerana ayah dan ibunya pergi bercuti , dia membaca surat yang ditinggalkan oleh ayahnya di meja makan.

Kepada anak-anak dan menantu ku yang disayangi ,
Ayah dan ibu pergi bercuti , tidak tahu berapa lama tapi jangan risau ayah dan ibu tetap akan ingat jalan pulang ke rumah :-) .. Ayah minta maaf sebab x bagitau awal , ayah sibuk sangat dengan kerja sampai terlupa nak bagitau. Ayah sempat tulis surat ni saja. Take care !

Ringkas dan padat ! Seri tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Leanne masuk ke dapur dengan senyuman yang lebar. "Morning Seri !" Dia membuka peti ais dan mengambil sebotol air susu.

Seri yang tidak mencurigai apa-apa membalas dengan senyuman manisnya. Seri memasak nasi goreng dan membancuh air teh sebagai sarapan. "Kak anne boleh tidak tolong panggilkan Lara & Laura turun bersarapan ?" Seri mula menyeduk nasi ke pinggan. Seri tidak menyedari muka menyampah Leanne. "Kau ingat kau ma'am besar ke dalam rumah nii ? Ada hati nak arah orang." Leanne tersenyum dan mula mengambil senduk di tangan Seri. Dia ada misi yang harus dilaksanakan. Dengan senyuman sinis "Apa kata Seri yang panggilkan Lara dan Laura tu dorang tu mana nak dengar cakap anne , nanti anne tolong sendukkan nasi ni ya ?" Leanne membalas dengan suara yang berbaur kemarahan.

Seri tersenyum sambil membuka apronnya dan mula berjalan memanggil si kembar. Seri mengetuk pintu bilik "Lara ! Laura ! Jom turun sarapan sama-sama," sesudah mendengar jawaban dari dalam seri mula turun kebawah untuk menyediakan apa yang patut. Tetapi dia anak tangga yang terakhir Seri terdengar perbualan diantara Irish dan Leanne.

"Sedap tak saya masak nasi goreng ni ?" Leanne bertanya dengan suara yang manja seolah-olah Irish itu adalah suaminya. Jantung Seri mula berdegup dengan kencang. Cemburu menguasai dirinya. Kenapa Leanne perlu berbohong ? Selama ni kebaikan dan maaf yang diucap dan ditayangkan hanya lakonan ataupun lahir dari hati yang ikhlas ?? Seri mula meragui Leanne. Seri menunggu balasan dari suaminya "ermm sedap macam masakan isteri saya," Irish membalas sambil menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulutnya. "Lah seri dengan saya kan belajar memasak dari orang yang sama. Rasa pun mestilah sama." Irish menganggukkan kepalanya.

Mereka mula berbual seolah-olah sudah lama berkenalan. Seri tidak tahan dengan kemesraan itu terus masuk ke dapur untuk menyertai mereka. Apapun jangan bersangka buruk. Mungkin Leanne nak berbaik dengan Irish. Lagipun Irish selalu dingin dengan orang lain. Irish tersenyum ke arah Seri dan memberikan kucupan mesra di pipi. Leanne menghempaskan sudu dia tangannya. "Maaf-maaf anne tak sengaja , tangan berminyak ni," Dia bangun dan mencuci tangannya di sinki. "Bodoh ! Kacau daun pula budak nii !!" Leanne menyumpah seranah di dalam hati dengan perasaan yang cemburu.

Pagi itu mereka sarapan bersama tanpa kehadiran ibu dan ayah mereka. Dan pagi itu juga Seri mula menyedari ada sesuatu yang dirancang Leanne. Dia ingin bersangka baik tetapi pandangan Leanne terhadap Irish membuatkan dadanya seperti dihiris sesuatu yang tajam. Lebih sakit daripada kesakitan yang dirasainya dulu.

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now