SERI tersedar dari lena panjangnya. Dia melihat jam yang diletakkan di bawah bantal. 5:00 a.m.
Seri menggeliat dan terus bangun untuk bersiap sedia ke universiti. Kalau terlewat markah peperiksaan akan dipotong. Seri menolak selimut tetapi dia terasa tangan lelaki sedang melingkari pinggangnya. Seri berdebar-debar. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Pencuri ? Penjahat ?? Perogol ?!
Badannya mula menggeletar ketakutan. 'Okey, apa kata kau tendang ja d**k dia.. Okey okey lets do it !' .. Seri mula mengangkat kakinya bersedia untuk menendang but-
"Sayang what are you doing ?? Pagi2 dah nak bersilat ke ??" Irish menggosok-gosok matanya. Masih mamai. Irish melihat kaki isterinya yang sudah naik ke atas seperti bersedia untuk menendang.
Seri terkebil-kebil. "Wtf ?! Sorry abang.. Rasanya seri mengigau nii hihihi.. Okey daadaa," seri terus berlari menuju ke bilik mandi. Oh godd !!! Macam mana boleh lupa ni. Macam mana boleh lupa yang aku dah kahwin !! Omg !! Omg !!
Seri melihat wajahnya di cermin. Merah seperti udang yang dibakar. Malu !!!
Irish yang masih blur mula tersedar. Dia tersenyum. "Alahai.. Comel gila wife aku nii.. Baru hari pertama dah lupa husband sendiri.." Irish bangun dan mengemas katil mereka.
Seri turun menuruni tangga dengan berhati-hati sambil membaca buku. Nasib baik ibu tak nampak. Kalau tak dah lama dibebel.
Seri menarik kerusi dan mula menyeduk nasi goreng ke pinggannya.
"Ambooii seri, makan tak tunggu suami.. Irish mana ??" Sofia keluar dengan jag ditangannya.
"Irish masih mandi, nanti turunlah tu.." Dia mula menyuap nasi ke mulutnya. Lapar gila ! Sofia hanya mampu menggeleng dengan perangai Seri ni.
🥀🥀🥀
SERI mencuci pinggan di singki sambil menyanyi. Terasa satu tangan melingkari pinggangnya. Dia menoleh dan cup ! Satu ciuman diberikan di pipi kanannya. Irish !
"Morning my lady.." Irish mula memeluk Seri dengan kedua-dua tangannya. Ketat hingga seri tidak dapat bergerak ke mana-mana.
Seri mula tidak keruan. Malu ! Itu yang dirasakannya ketika ini. Irish memperlakukannya seolah-olah mereka sudah lama kenal. Seperti sudah biasa dengan perlakuannya itu.
Irish menghidu batang leher Seri dengan penuh nikmat. He want it ! Her pure and delicious blood !
Irish mula menjilat batang leher Seri dengan perlahan. Matanya berubah merah. Gigi taringnya mula kelihatan. Dan masa itu Seri mula menggeletar. Takut dengan kelakuan pelik irish. Kenapa baru sekarang ?? Waktu pagi pula tu.
Irish mula membenamkan gigi taringnya di leher tetapi-
"Haaa Irish , Seri .. Kalau nak bermesra pun masuk bilik lah. Malu orang nampak kat dapur ni.. Kalau ya pun nak buat kat dapur tunggu sampai pindah rumah sendiri." Sofia menegur dari belakang dengan membawa pinggan mangkuk ditangannya untuk dicuci.
Seri tersipu malu. Irish pula membuat muka selamba.
"Yelaa nanti irish cari rumah.. Kalau honeymoon kat rumah ayah ngan ibu nanti tak best.. Sebab kena tahan suara.. Kan sayang kan ?" Irish mengusik seri dengan selamba.
"Hmm whatever !" Seri berlari keluar. Dia berjalan kaki sahaja ke kampusnya. Tidak perlukan masa yang lama untuk sampai kerana jarak rumah dan universitinya tidak lah jauh mana. Sekurang-kurangnya lemak yang bertambah akan hilang.
Seri terasa seolah-olah di ekori oleh seseorang. Dia tidak takut tetapi aura orang yang mengekorinya sangat menakutkan. Seri mula melajukan langkahnya supaya cepat sampai di kampusnya. Dia menutup mata sambil berharap tiada apa-apa yang akan berlaku. Secara Tidak sengaja seri terlanggar seorang gadis di hadapannya. Semuanya serba hitam dan agak menakutkan.
Perempuan itu kelihatan sangat cantik tetapi warna kulitnya yang agak pucat seperti mayat. Seri memohon maaf berkali-kali. Takut jika dia di apa-apakan.
"Sa..saya min..minta maaf cik, saya tak sengaja.." Seri melemparkan senyuman yang paling manis tetapi senyumannya dibalas dengan ketawa kecil yang mengerikan.
"Kau ni Seri kan ?" perempuan itu melihatnya atas bawah dan akhir sekali di lehernya.
"Yaa..yaa saya seri.. Kita pernah berjumpa di mana-mana ke sebelum nii ?" dia terketar ketakutan.
"Aku nak bagi amaran kat kau Seri.. Apa yang kau ada sekarang akan hilang.. Mereka akan hilang dengan cara yang paling ngeri yang kau tak pernah lihat di mana-mana.. Semuanya sebab kau dah rampas apa yang sepatutnya jadi milik aku." Perempuan itu menjilat bibirnya sambil menyambung kata-katanya.
"Aku akan pastikan kau merana seri. Kau dah rampas sesuatu yang berharga dari aku." Perempuan itu memberikan Seri Ros hitam dan terus menghilang dari pandangannya.
"Apa maksud perempuan tu tadi ? Aku rampas sesuatu yang berharga ?? Aku tak pernah mencuri pun," Seri menggelengkan kepalanya dan menyimpan bunga Ros itu di dalam beg sandangnya. Walauapapun dia tidak akan tergugat walaupun sedikit. Dia akan lindungi apa yang menjadi miliknya !
YOU ARE READING
Seductive Vampire [ON HOLD]
Romance"A..a..awak ni siapa ??" - Seri Camelia "Saya Irish.. your future husband" - Irish Naufal Kehidupan Seri Camelia berubah sepenuhnya apabila dia dikahwinkan dengan lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada kakak tirinya Leanne. Tetapi. . . "Kau ke...