BAB 11

7.6K 214 4
                                    

"BETUL ke seri nak ikut perkhemahan tu ?" Sofia agak risau dengan keputusan seri untuk mengikuti ajakan rakan-rakannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BETUL ke seri nak ikut perkhemahan tu ?" Sofia agak risau dengan keputusan seri untuk mengikuti ajakan rakan-rakannya.

"Yaa ibu, jangan risau ea ?? Seri boleh jaga diri sendirilah. Nanti kalau ada apa-apa masalah seri bagitau okey ??" Seri masih memujuk sofea untuk menyetujui keputusannya. Irish dan ayahnya tiada masalah dalam hal ini. Cool je dua orang tu. Sofea sahaja yang susah untuk dilebur kepercayaannya.

1 minit . . 2 minit . . 3 minit . . 4 minit . . 5 minit . .

"Umm yela ibu izinkan , janji dengan ibu kalau ada apa-apa kejadian yang buruk balik rumah and terus bagitau ibu okey ?" Sofea risau tapi untuk menggembirakan Seri dia terpaksa setuju.

"Yeahhh !!! Thanks ibu. Sayaaaanggg ibu."

Seri berlari mendekati sofea dan memeluk tubuhnya. Seri sangat gembira. Tapi dia tidak tahu ada sesuatu yang sedang menunggunya disana. Di hutan itu.

                       🥀🥀🥀

SARAH , amelia , Natasha dan Seri selamat tiba di tapak perkhemahan pilihan mereka. Tempat itu dipanggil The Red Forest disebabkan pokok-pokoknya yang besar dan daun yang berwarna merah.

"Weii Seri ! Laki ko tu sporting lah aku tengok. Kita ni bukan sekejap kat hutan ni tau ?? Seminggu ! Dah tu dia boleh selamba je izinkan kau pegi camping ngan kami ni."

"Ehh tasha ko ni banyak tanya pulak , baik kau pasang khemah tu sebelum senja. Kalau tak aku suruh kau tidur kat luar nanti , jadi bodyguard kitorang." Amelia pula yang sakit hati mendengar pertanyaan Natasha. Entah kenapa , datang bulan agaknya.

"Yang kau nak sibuk kenapa ?? Aku tanya pakai mulut sendiri , bukannya pakai kau punya" Natasha panas dengan perangai Amelia yang mengada.

"Wehhh korang dahlah. Tak baik gaduh-gaduh dalam hutan ni nanti lain pulak jadinya," Seri menyabarkan kedua kawan baiknya sebelum perkara berlarutan. Sarah yang memang pendiam orangnya hanya mengangguk mengiyakan , malas masuk campur dalam hal mereka.

2 jam berlalu kerja mereka hampir siap keseluruhannya. Hanya kayu api sahaja yang perlu mereka cari sekarang ini.
"Weh korang , aku ngan sarah nak masuk hutan ni. Nak cari kayu api. Korang buatlah apa yang patut ye ??" Seri berpesan sebelum bayang dia dan sarah menghilang masuk ke dalam hutan.

"Ehh belum sempat jawab dah blah. Tak faham aku dengan budak nii," Amelia mula membebel.

Natasha yang tadi sedang berbaring hanya menggelengkan kepalanya. Malas nak berdebat. Mereka mula menyambung kerja sementara menunggu kayu api dari Seri dan Sarah. Tanpa mereka berdua sedari sepasang mata merah saga sedang memperhatikan mereka.

                      🥀🥀🥀

IRISH yang sedang berbaring tiba-tiba bangun dari katilnya. Hatinya tidak sedap seperti ada sesuatu yang sedang berlaku. Dia kena bagitau Daniel cepat tentang hal ini.

"Woiii kau apahal panggil orang ni ?? Aku dahlah sibuk." Daniel mengesat darah merah dibibirnya.

Irish menjeling. Kerja apanya ? Dahlah masuk rumah orang tak ketuk pintu. Ehhh ?! Vampire kena ketuk pintu juga ke ? Ahh ! Tak kisahlah.

"Haaa kau ni dah kenapa ?? Risau semacam je aku tengok," Daniel menghampiri Irish yang kelihatan seperti bapa kehilangan anak. Mundar mandir.

"Weii aku tak sedap hatilah bro. Aku rasa macam ada something yang akan berlaku kat isteri aku. Aku risau," Irish memandang Daniel meminta sinpati dan pengertian.

Daniel yang tadinya serius kini ketawa terbahak-bahak.

"Hahhahaha Aku rasa kau ni demam rindu kat isteri kau tu. Belum sampai sehari dah mundar mandir , relaks lah bro." Daniel menepuk bahu Irish sebelum menyambung ketawanya semula.

Irish menumbuk lengan Daniel. "aku serius lah weii. Kau jangan buat aku panas boleh tak ?"

"Okey sorry sorry," Daniel mengelap airmatanya dan mula bermuka serius. Mereka mula merencanakan sesuatu untuk membuktikan instinct Irish itu.

                         🥀🥀🥀

"AKU rasa tak sedap hatilah Tasha," Amelia menepuk-nepuk paha Natasha yang sedang tidur nyenyak. Hari dah nak gelap tapi sarah dan seri langsung tak balik-balik.

"weiii tasha bangunlah !" Amelia merenjis muka Natasha dengan air sejuk.

"Woiii !! Kau ni dah kenapa ?? Kacau lah." Natasha marah apabila tidurnya diganggu. Dahlah penat. Tapi bukan kau sorang je yang penat okey ?

"Weii tasha jom lah kita cari seri ngan sarah tu. Dah lama kot dorang pergi tapi tak balik balik lagi. Aku takutlah ada something happen kat diorang. Lagipun hari dah nak gelap." Amelia menjelaskan kepada Natasha yang masih mamai.

"Haaaa yelaa jom." Mereka berdua mengambil torch light dan memulakan pencarian mereka.

SEMENTARA DI TEMPAT SERI & SARAH. . .

"Seri aku rasalah kan kita dah sesat ni. Balik balik tempat yang sama je kita lalu tadi," Sarah mula merungut , stress dengan situasi mereka sekarang. Tadi okey je masuk hutan , dia dah tanda semua jalan yang mereka lalui tapi macam mana pulak tanda tu boleh hilang ?! Ni mesti hantu punya kerja.

"Sabarlah Sarah , kita cari lagi sekali okey ?" Seri juga sudah hampir putus asa untuk meneruskan tapi demi kawannya yang sedang resah itu dia sanggup lakukan apa sahaja supaya mereka terkeluar dari perangkap 'hantu' yang digelar sarah.

"Macam mana nak cari jalan keluar ?! Ni dah 10 kali kita lalu tempat yang sama ! Aku stress lah." Sarah menghempas kayu api yang dipegangnya dan duduk menangis seperti budak kecil yang kehilangan gula-gulanya.

"Yee aku faham. Aku pun stress jugak tapi kita kena usaha untuk cari jalan keluar , okey ? Aku kan ada." Seri mula memujuk Sarah.

"Yelaahhh, tapi aku-" kata-katanya terhenti disitu. Wajahnya pucat , matanya menunjukkan ketakutan yang teramat. Seri pelik dengan keadaan sarah yang berubah secara drastik.

Seri memandang ke belakang dan tergamam dengan apa yabg dilihatnya.

5 orang lelaki yang memakai kot hitam dengan mata merah dan gigi taring yang jelas. Seorang wanita menuju ke arah mereka berdua. Wanita itu memakai pakaian serba hitam dan topi. Wajahnya pucat dan menakutkan.

"Jadi inilah si seri tu , yang menjadi pujaan hati Irish." Perempuan itu mengusap wajah seri dengan kuku tajamnya.

Wanita itu memandang sarah.

"Aku nak kau bawa perempuan ni," Dia menunjuk ke arah Seri yang sedang berdiri kaku.

"Baik cik muda !" Seorang lelaki mengangkat Seri dan mereka meninggalkan sarah yang terkaku ketakutan. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Badannya tidak berfungsi untuk nenghentikan perbuatan mereka. Tidak lama pandangannya makin gelap dan dia pengsan di tempat itu.

"Sarah !!!!"

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now