Dia berlari , berlari selajunya meninggalkan bayangan hitam yang mengejarnya dari belakang. Gadis itu menyorok di belakang pokok yang besar sambil menahan nafasnya, airmata tidak berhenti mengalir laju menuruni pipinya.
"Vinaaaaaaa !!!" suara lantang memanggilnya sambil diikuti dengan bunyi dentuman guruh dan hujan mula membasahi bumi tetapi Vina tidak berputus asa bersembunyi daripada lelaki itu. Airmatanya tidak berhenti mengalir hingga sedikit esakan mula kedengaran dari bibir kecilnya.
Vina berlari selajunya, dia sudah tidak kisah di mana arahnya yang ada di kotak fikirannya hanyalah menyelamatkan dirinya dari lelaki itu.
******
Seri menyapu halaman rumahnya yang sudah dipenuhi dengan daun daun kering sambil menyanyi riang. irish pula sudah lama keluar dengan Daniel entah kemana lah agaknya mereka.
"Arghhhh !" Seri berteriak kecil apabila tertendang tangan yang dilumuri darah dan luka.
Dia membuka kain yang menutupi seluruh badan orang dihadapannya. Penuh dengan luka dan darah yang sudah mengeras, Seri mencek denyutan nadinya.
"aku dimana ?" Vina membuka matanya dan sudah berada di sebuah bilik yang sangat asing baginya. Dengan penuh ketakutan dia mula melompat dari katil, takut jika lelaki yang mengejarnya akan timbul bila-bila masa.
"Pang!!" Seri menggosok dahinya sambil memandang kearah gadis yang diselamatkannya. Dengan penuh kebingungan Vina memandang ke arah Seri sambil menggigil. Seri tersenyum dan mula mengusap kepala gadis tersebut.
"Dah, jangan takut. Aku ni bukan orang jahat"
"Mana ada orang mengaku berak di tengah jalan" Vina mencebikkan bibirnya.
"Terima kasih selamatkan aku" Dengan kasar Vina menghempaskan punggungnya ketilam sambil menjeling kearah Seri yang seperti terkena kejutan elektrik.
Seri mengangkat keningnya. Hairan bin pelik.
"Aku dah baik-baik selamatkan kau tadi kalau hati aku jahat dah lama aku gali lubang tanam kau hidup-hidup." Seri menggumam. sakit hati dengan perangai Budak Vina tu.
"Nama aku Seri, aku ada masakkan bubur untuk kau makanlah." sambil meletakkan mangkuk bubur di meja.
"Aku Vina." Vina menjeling Seri sambil memandang ke arah lain dengan sombong.
"Amboiii ! mata tu, kalaulah ada garfu kat tangan aku ni dah lama aku cungkil mata tu. Ni tak lain tak bukan mesti anak orang kaya, tak pernah diajar adab ke Budak ni. Entah Budak entah dah tua. Muka dah macam berumur. 60 tahun!! Noktah!!!"
Seri memberikan senyuman dan mula melangkah keluar dari bilik itu. Panas pula hatinya. Semenjak berkenalan dengan Irish sudah banyak perkara yang tidak masuk akal mula timbul dalam hidupnya. Dengan segala Vampirenya (amboii ! kau kutuk laki kau yaa Seri!), berjumpa dengan Budak yang sebenarnya sudah ratusan tahun, Budak Vina ni mesti spesis Muka tua perangai Budak nakal.
Bunyi pintu rumahnya kedengaran dibuka dari luar. Bila wajah Irish terbayang di kepala mula lah bibirnya mengukir senyuman manis.
Irish membuka pintu dan melihat Seri sedang menyambutnya seperti biasa. Dengan senyuman manis dan wajah comelnya itu membuatkan Irish geram. Auchh !
"Balik lambat hari ni ?" Seri menggengam tangan Irish yang kasar lagi besar sambil memandang wajah suaminya dengan penuh senyuman.
"Lambat apanya ? baru pukul 10 malam" Irish mencium dahi Seri dengan penuh kasih saying. Ehem!
"Daniel mana ??" Seri melihat-lihat kalau-kalau Daniel mengikuti suaminya dari belakang. Irish melepaskan genggaman tangan isterinya dengan wajah masam mencuka.
"Suami depan mata mau ditanya lagi pasal si Daniel ? Kalau ada masa aku nak bunuh Budak Daniel tu, biar Seri tak tanya lagi pasal si Daniel."
"Ehh jangan lah, tanya je kot. tu pun nak marah," Seri mencebikkan mulutnya.
"Tau lah, gurau je," Daniel mula melangkah ke dapur kerana perut sudah terasa lapar hihi. Daniel berpusing ke belakang dan mengerutkan dahinya sambil memandang kearah isterinya yang sedang menyediakan makan malam.
"Abang perasan ada selipar baru depan rumah tu, milik siapa ?"
"ohh lupa nak bagitau tadi Seri terjumpa Budak ni"
Blah... Blah... blah...blah...
Irish mengangguk kecil sambil menyuapkan makanan kemulutnya.
"Takpelah kalau dia nak tinggal sini buat sementara waktu boleh je."
Seri menganggukkan kepalanya. Mereka berdua menghabiskan makan malam seperti biasa.
Vina menutup pintu biliknya sambil melebarkan senyuman. Dia sudah menjumpai orang yang dicari selama ini. Vina dan Irish ialah sahabat baik sejak dulu lagi. Vina sangat merindui Irish.
YOU ARE READING
Seductive Vampire [ON HOLD]
Romantik"A..a..awak ni siapa ??" - Seri Camelia "Saya Irish.. your future husband" - Irish Naufal Kehidupan Seri Camelia berubah sepenuhnya apabila dia dikahwinkan dengan lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada kakak tirinya Leanne. Tetapi. . . "Kau ke...