"Sebab aku nak jumpa mak ayah aku yang hilang 20 tahun lepas". Thaqif teringat akan kata-kata gadis ninja pagi tadi. Kehairanan, bagaimana boleh hilang dan bagaimana boleh jumpa balik? Dan dia juga masih teringat lagi saat gadis ninja itu mengesat air matanya.
"Astghafirullahal'zim. Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Kenapa aku teringat kat dia? Ya Allah, kenapa ni?". Melihat jam di dinding baru 2.45 pagi. Thaqif bingkas bangun daripada tilam empuknya itu dan segera mengambil wuduk. Dihamparkan sejadah di sudut biliknya. Dan dia kini sedang bertemu Sang Penciptanya.
"Assalamualaikum warahmatullah". Seusai solat, tangan kanan menyapu mukanya. Di saat dia menadah tangan untuk memohon pada Yang Esa, matanya dipejam rapat-rapat. Hatinya menjadi sayu.
"Ya Allah. Kau jauhi aku dari zina mata, dari zina hati. Aku berdosa Ya Allah. Aku mengingati seorang gadis, bukan mengingatiMu. Ampunilah aku ya Allah, hatiku hanya untukMu ya Rabb, cintaku hanya untukMu ya Rabb. Bantulah aku dan berikan aku petunjuk".
Buih-buih kristal mulai timbul dalam matanya. Tanpa disedari ianya terjatuh ke atas kedua-dua belah tapak tangannya. Makin dikesat makin banyak pula yang datang. Akhirnya dia tewas. Menangisi malam tahajudnya dengan air mata. Dan Dia menjadi saksi malamnya.
...........................................................
"Thaqif ? Sambutlah tanganku. Sambutlah". Sebujur cahaya menyinari manusia itu. Makin lama diperhatikan, makin jelas dia adalah seorang gadis.
"Eh, gadis ninja. Baru malam tadi aku teringatkan kau". Bisik kecil Thaqif.
"Thaqif ? Kita adalah sama. Hati kau dan aku adalah satu. Suatu hari nanti aku akan datang kepadamu. Sambutlah tanganku nanti".
"Apa maksud awak ?". Tanya Thaqif.
"Suatu hari nanti. In sha Allah". Gadis itu tersenyum dan berlalu pergi. Belum sempat Thaqif mengejarnya, kakinya tersadung dan terjatuh. Dia segera bangkit bangun.
"Allahu... mimpi rupanya". Bisik kecil Thaqif. Digagahkan dirinya bangun dari katilnya. Dia duduk di penjuru katilnya lalu ditadahkan tangannya membaca doa bangun tidur. Akhir sekali dia mengucapkan Alhamdulillah kerana dizinkan olehNya untuk bernafas lagi.
Thaqif termenung jauh. Kali ini dah masuk kali ke-3 dia termimpikan gadis yang sama. Gadis ninja ! Dan yang lebih menghairankan gadis itu berkata perkara yang sama dalam setiap mimpi.
"Apa maksud dia akan datang?". Thaqif bermonolog sendiri. Tanda tanya seringkali berputar-putar di benak otaknya.
"Ya Allah kau ampunkan aku Ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Aku berzina hati sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi Ya Allah. Aku tak sanggup Ya Allah. Aku tak layak ke syurgaMu". Dengan suara yang tersedak-sedak di kerongkongnya, dia menyambung lagi dengan kudrat yang ada.
"Ya Allah... baa... baaantu... aku... dan berilah aku kekuatan". Thaqif sudah hilang daya untuk bersuara. "Amin Ya Rabb alamin..". Dia berqiamulail sehingga subuh. Dia tidak mahu lagi tidur kerana bimbang andai dia termimpikan gadis ninja itu lagi.
Keesokan paginya...
YOU ARE READING
Gadis Ninja
Short StoryTiba-tiba matanya menangkap anak mata seseorang yang sedang melihatnya. Dia hanya duduk berhadapan mejanya. "Erkkk. Tahulah aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama". Dia berpura-pura bermain Tissot Swiss. Dipusing segala butang yang ada pada j...