"Kau ni sejak bila makan kek? Kan kau paling benci makan krim-krim bagai?". Soal Thaqif kehairanan. Petang itu dia diheret oleh Haziq ke sebuah kedai kek di ibu kota. Kebiasaanya si Haziq jangan katakan makan, hidu sahaja bau kek dah muntah. Buang tabiat ke apa?
"Kan aku dah cakap minggu lepas. Hari ni genap anak aku setahun". Senyuman hambar dilemparkan. Terpana Thaqif. Dia hanya mampu memandang Haziq yang sedang sibuk mencari kek di dalam cermin. Punggung dilabuhkan. Dagunya ditongkat. Kakinya yang berbalut masih terasa sakitnya.
Tiba-tiba matanya menangkap anak mata seseorang yang sedang melihatnya. Dia hanya duduk berhadapan mejanya.
"Erkkk. Tahulah aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama". Dia berpura-pura bermain Tissot Swiss. Dipusing segala butang yang ada pada jam itu meskipun jarumnya tidak bergerak. Dengan harapan mata itu tidak memandangnya lagi. Dengan beraninya, Thaqif memandang semula orang yang duduk di hadapannya.
"Eh, dia ni. Beraninya pandang aku". Bentak hatinya. Sungguh, dia sungguh benci jika dipandang lama-lama oleh orang asing. Perasaan itu wujud sejak di sekolah menengah lagi. Sejak dia mula menjadi 'dewasa'. Sejak dia dan Haziq menjadi buruan gadis-gadis di luar sana. Jika Islam membenarkan dirinya berniqab, dah lama dia rembat.
"Fuuhhh". Lilin ditiup. Tersentak Thaqif. Dia memandang Haziq. Seolah-olah mahu menelan sahaja jejaka itu.
"Apa??? Kau tu termenung sangat sampai aku dah habis nyanyi lagu hari lahir pun kau tak sedar-sedar lagi". Sambil mulutnya menikmati rezeki yang terhidang.
"Kau ni kenapa? Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak... arghhh". Haziq mengosok-gosok kepalanya.
"Kau nak cakap apa ni bro? Boleh tak serius sikit". Garpu di tangan Haziq dirampas. Lalu disuapkan ke dalam mulutnya. Tiramisu. Sedap!
"Takdelah. Kau tu sejak accident, macam banyak termenung je daripada bercakap. Thaqif Ibrahim yang aku kenal tak macam ni dulu. Macam hilang orang tersayang je bro". Garpu di tangan dirampas kembali.
Terpana! Apa yang terungkap memang benar, satu persatu orang tersayang mulai pergi. Ditatap wajah Haziq dan perasaan sebak menguasai diri. Haziq? Ujian itu takkan berhenti selagi nafas masih hidup.
"Erm.. bro? Jangan tengok aku macam tu. Kalau aku ada tersasul cakaplah". Pujuknya. Bukan apa, makin lama makin sensitif pulak brader depan dia ni.
"Aku bukan tengok kau lah senget".
"Dahtu?".
"Aku tengok awek belakang kau tu". Kini perasaan geram pula muncul. Entah mengapa, sejak dari awal dia masuk sampailah sekarang. Anak matanya sering menangkap mata gadis itu.
"Eleh.. macam tak biasa pulak. Kau tu pergi mana-mana semua orang tengok". Kek itu Alhamdulillah dapat dihabiskan. Segala krim yang tersisa di sudu, licin dijilatnya. Terlekat habis air liur. Bulat mata Thaqif memandang gaya Haziq makan.
"Apa??? Sunnah ni".
"Sunnah memang sunnah. Tapi yang kau jilat tu sudu. Air liur pulak yang melekat. Eiii, meremang aku".
"Tapi Ummu cakap rezeki kena dihabiskan". Jawabnya ringkas.
Tertunduk jejaka itu. Bagaimana caranya dia nak move on jika nama arwah seringkali meniti di bibir Haziq. Nak marah pun tak guna. Dah nama bini dia. Tambahan lagi si Haziq tidak mengetahui hubungan darah antara dia dan Ummu. Adik ipar? Adik kandung? Wanita special? Kan bertambah pening Haziq jika diterangkan. Elok-elok sihat nanti masuk air pula.
"Cepat. Aku tunggu dalam kereta". Kakinya yang berbalut melangkah pergi.
***
Setelah menikmati kek yang tak seberapa itu, Haziq membawanya untuk membeli barang-barang di pusat membeli-belah. Mana tidaknya, semua barangnya ditinggalkan di Turki. Pulang ke Malaysia hanya membawa baju hospital sahaja.
"Berapa ye kak parking kat sini?". Sambil dia menunjukkan sebaris giginya yang putih. Dengan harapan hari ni dapat diskaun.
"Rm5 dik". Jawab wanita di akhir 30an itu.
Sekeping not RM100 diberikan.
"Maaf kak saya takde duit kecik".
"Alah, akak pun takde duit nak tukar".
"Kalau akak takde duit nak ditukar, saya ada nombor telefon nak bertukar". Kaca mata hitamnya dibuang. Ketawa berdekah si Thaqif. Akak jaga parking pun dia nak try jugak.
"Yes free je hari ni. Alhamdulillah rezeki". Pedal minyak ditekan perlahan.
"Haha. Tak guna ah playboy Malaysia ni. Sejak bila kau pandai berpickupline bagai ni?" Sebakul jugak Thaqif ketawa.
"Eh, ni betul-betul rezeki tau. Akak tu cakap tadi bukan dia bagi free tapi ada orang yang dah tolong bayarkan".
"Siapa?".
"Entah. Katanya kereta depan kita tadi".
"Kereta mana?". Tanya Thaqif kehairanan. Siapalah agaknya pemilik kereta itu?
YOU ARE READING
Gadis Ninja
Short StoryTiba-tiba matanya menangkap anak mata seseorang yang sedang melihatnya. Dia hanya duduk berhadapan mejanya. "Erkkk. Tahulah aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama". Dia berpura-pura bermain Tissot Swiss. Dipusing segala butang yang ada pada j...