Part 12

225 12 0
                                    

(Malam sebelum akad)

Thaqif serba tak kena pada waktu itu. Dia berasa ada sesuatu yang menguasai dirinya. Dia ikhlas terhadap Ummu dan begitu juga sebaliknya. Cuma halangan terbesarnya adalah Haziq. Dia menyayangi Ummu tapi dia juga menyayangi Haziq.

"Ya Allah apa aku nak buat ni?. Esok dah nak ijab dan qabul. Kenapa aku tak tenang dan kenapa aku tak rasa sikit pun bahagia untuk adik aku sendiri?". Thaqif bertanya pada dirinya berkali-kali.

Dia serba salah kerana menjadi hipokrit di hadapan semua orang. Dia berpura-pura gembira dengan pernikahan Haziq tapi dalam hatinya terseksa. Malam itu dia nekad, Thaqif yakin mimpinya adalah satu petanda bahawa Ummu adalah jodohnya.

Niqab dicapai. Ummu membuka pintu biliknya. Terkejut apabila melihat Thaqif berdiri betul-betul di hadapannya. Hanya senafas menjarakkan mereka tetapi Ummu cuba untuk bertenang dan berlagak biasa.

"Kenapa?". Tiba-tiba Thaqif menolak Ummu ke dalam biliknya. Pintu bilik Ummu ditutup rapat. Ummu terkejut dan mengundurkan dirinya sejauh mungkin daripada Thaqif.

"Apa abang nak buat ni". Soal Ummu dengan marah.

"Ummu jangan salah faham. Abang terpaksa masuk ke sini memandangkan ini sahaja cara untuk bercakap dengan Ummu".

"Kenapa ni abang?". Soal Ummu kebingungan.

"Ummu sayang abang tak?".

"Abang, kenapa ni?".

"Ummu ikhlas tak dengan abang?". Soal Thaqif dengan cemas. Bagaikan ada tsunami mengejarnya di belakang.

"Ya. Memang Ummu ikhlas dengan abang cuma kita takde jodoh je". Ummu tertunduk. Matanya berbuih suci.

"Sape cakap kita takde jodoh?". Jawab Thaqif dengan lembut.

Ummu mengangkat mukanya, memandang Thaqif dengan penuh tanda tanya.

"Jom kita kahwin lari?".

"Apa". Melopong Ummu mendengarnya.

"Abang rasa Ummu lah jodoh abang dan bukannya orang lain. Abang sayangkan Ummu bukan kerana nafsu tapi kerana nak membimbing seorang muslimah serta juga kerana taqwa. Juga kerana agama yang ada dalam diri Ummu". Jelas Thaqif dengan penuh yakin.

"Abang? Kita tak boleh kahwin. Esok Ummu dan Abang Haziq akan nikah. Segala persiapan dah dibuat".

"Itu cerita esok. Sekarang ni adalah saat ni. Ummu sanggup ke kahwin dengan orang yang Ummu tak cinta?".

"Memang itu pun niat Ummu. Nak bercinta selepas nikah".

"Ya, tapi bukan Haziq orangnya tapi dengan abang. Kita juga boleh bercinta selepas nikah apatahlagi kita dah memang ada rasa cinta antara satu sama lain". Thaqif cuba menyakinkan Ummu.

"Ya Allah, kita memang tak boleh kahwin. Sanggup ke abang hancurkan harapan mummy dan daddy? Kalau Ummu tak sanggup". Dia mengesat air matanya.

"Nonsense. Takkan sebab harapan mummy dan daddy sampai kita terpaksa korbankan masa depan kita?". Suaranya mulai meninggi.

"Abang... abang dengarlah cakap Ummu. Kita memang tak boleh kahwin". Ummu mulai merintih. Hatinya sudah beku untuk memberitahu Thaqif. Katanya tidak diendahkan. Air mata sudah jatuh membasahi niqabnya.

"Ummu? Jomlah, sempat lagi nak lari ni".

"Kamu berdua memang tak boleh kahwin".

Tiba-tiba Puan Selmah bersuara. Lalu duduk di birai katil. Entah bila dia berada di situ, mereka berdua pun tidak tahu.

"Apa maksud mummy?". Soal Thaqif. Dia menuju ke arah ibunya.

Tangan Thaqif ditarik lembut oleh Puan Selmah. Dia segera melutut di hadapan syurganya.

"Mummy sayangkan Qif. Sangat sayangkan kamu melebihi segalanya kerana kamulah permata mummy satu-satunya". Jawab mummy sambil memegang wajah anaknya.

"Semoga kamu bersedia". Mata Puan Selmah melihat lembut pada anaknya.

Thaqif memegang lutut ibunya. Dia sudah bersedia untuk segala andaian yang akan dia dengari.

"In sha Allah. Apa dia?". Tanya Thaqif sambil memandang wajah ibunya.

"Sebenarnya...".

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now