Jam 4.45 pagi.
"Bro?". Panggil Haziq sambil mengintai melalui pintu bilik Thaqif.
"Eh, masuklah". Thaqif berpura-pura membentangkan sejadah sedangkan dia baru sahaja selesai bertahajud.
"Kau ni baru nak tahajud ke?". Soal Haziq.
"A'ah. Sebab aku bangun lambat sikit malam ni". Jawab Thaqif. Terasa janggal pula menipu.
"Pelik kau lewat. Biasanya jam 3 dah bangun".
"Allah tak izinkan aku bangun kot". Dia merenung pada sejadah. Reaksinya kosong sahaja.
"Maksud kau?".
"Entah". Bahu diangkat setingginya. Matanya masih tajam melihat sejadah yang terhampar.
Haziq mengambil posisi di sebelah Thaqif. Entah mengapa. Layanan Thaqif tak seperti biasa. Terasa tidak seperti sebelum ini. Tanpa dirancang, Haziq mendapat idea.
"Erm, gantikan tempat aku boleh tak?" Tanya Haziq.
"Tempat apa pulak?".
"Gantikan tempat aku untuk jadi suami Ummu". Jawabnya dengan tenang.
"Huh?". Melopong Thaqif sambil menenung wajah Haziq.
"Haha... bergurau je bro. Kan bagus macam ni, muka tu ada reaksi sikit. Takdelah aku bercakap dengan tiang bendera". Gelaknya.
Moodnya merudum. Serius, waktu sebegini bukan waktu yang terbaik untuk bergurau senda.
Tiba-tiba.
"Erm.. kau sebenarnya menangis kan?".
Thaqif tersentak. Cuba untuk lebih bertenang.
"Eh takdelah. Aku ok je cuma aku tak cukup tidur, tu pasal mata aku merah".
"Thaqif... Thaqif... kau nak tipu pun tengok oranglah. Aku tak cakap pun mata kau merah, aku cuma tanya kau menangis ke? And jawapan kau tadi memang menyakinkan aku, kau memang menangis kan?". Jawab Haziq.
"Oh, pandai kau kelentong aku kan? Baiklah alang-alang dah ditanya, aku nak bagitahu kau something ni".
"Apa bro?".
"Aku tak jadi kahwin lah".
"What? Are you kidding me? Kenapa tiba-tiba je? Baru haritu kau confess nak nikah."
"Oh, pompuan tu tiba-tiba tak nak kahwin. Dia bagitahu aku, dia dah ada orang lain".
"What? Hoho, bro... bro... impossible bro. Dia tolak Thaqif Ibrahim for someone else? Impossible." Haziq menggelengkan kepalanya.
"Dah dia taknak aku, takkan aku nak kejar dia lari berganti-ganti pulak".
"Takdelah bro. Kau tu agama baik, rupa ada, harta ada, semua ada tapi ada lagi tolak kau? Impossible. Ke kau nak aku cakap dengan dia?" Tanya Haziq dengan jujur.
"Takpelah bro. Aku redha je dia dengan orang lain. Lagipun orang tu lagi baik dari aku. Aku bahagia kalau dia bahagia". Thaqif berbicara dengan penuh ketulusan. Tanpa disedari dia menjatuhkan air matanya di hadapan Haziq. Lantas dikesatnya dengan segera.
"Aku baru niat nak naik pelamin sekali dengan kau. Aku siap dah survey baju dah semalam dengan member aku, bini dia fashion designer. Tiba-tiba cancel pulak". Keluh Haziq sambil melihat di lantai bilik.
"Maafkan aku, Ziq. Mungkin dia bukan jodoh dari Allah untuk aku. Sebagai seorang muslim, kita wajib beramal dengan Qada' dan Qadar Allah. Tak boleh sekalipun kita mempertikaikan KENAPA tapi kita harus belajar untuk menerima". Balas Thaqif. Haziq hanya mendengar sahaja.
"Bro aku nak tahajud ni, nanti nak masuk subuh pulak. Sorry lah, next time kita borak panjang eh?" Soal Thaqif. Sebenarnya dia ingin berdalih agar Haziq tidak bertanya lagi.
"Kalau macam tu, pagi nantilah kita sambung". Balas Haziq.
"In sha Allah, Ziq". Jawab Thaqif perlahan.
Daun pintu bilik ditutup. Haziq termenung panjang di hadapan bilik Thaqif.
"Agaknya siapalah perempuan tu?". Bisik kecil Haziq.
YOU ARE READING
Gadis Ninja
Short StoryTiba-tiba matanya menangkap anak mata seseorang yang sedang melihatnya. Dia hanya duduk berhadapan mejanya. "Erkkk. Tahulah aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama". Dia berpura-pura bermain Tissot Swiss. Dipusing segala butang yang ada pada j...