Part 16

206 14 2
                                    

"Bro? Nervous pulak aku". Dahinya di lap beberapa kali. Peluhnya terasa hingga ke tulang belakang. Gelak besar Thaqif melihat Haziq.

"Lek-lek arh bro. Kau ni nervous tak memasal macam bukan anak jantan je". Gelak Thaqif lagi.

"Eh, nanti kau nikah tahulah apa aku rasa. Masa tu jangan katakan nervous, nak membuang pun tak selera. Masa tu jugak aku gelakkan kau 7 hari 7 malam".

"Uishhh.. kau ni pengotor betul". Thaqif buat gaya ala-ala mengipas hidungnya.

"Haha. By the way tak sangka kan jodoh aku akhirnya dengan Ummu a.k.a gadis ninja. Sape expect bro our first date tak menyeronokkan. Takde candle light dinner, takde prom, takde bersayang-abang. Tapi pertemuan kitaorang bermula dengan sebuah kereta". Haziq menggeleng kepalanya sambil tersenyum, tanda tidak percaya.

"Apa-apa itulah namanya kuasa Allah. Tak kiralah macam mana sekalipun kau jumpa Ummu yang penting bimbing dia ke jalan Allah. Jadi suami yang soleh. Kau ketua kepada keluarga kau kelak. Kalau kau pandu kereta jalan yang salah, in the end destinasi kau akan jadi makin jauh dari tempat yang kau nak tujui. So solution dia, kau kena ikut signboard jalan. Kalau ke kiri, belok kiri dengan syarat bagi signal dulu. Macam tu jugak dalam memandu keluarga kau. Sebagai suami dan bakal bapa kau kena pandu mereka berdasarkan al-Qur'an dan sunnah dengan syarat kau belajarlah agama elok-elok. Tinggalkan sosial life kau tu. Aku yakin kau mampu membentuk keluarga yang sakinah". Terang Thaqif dengan panjang lebar.

Thaqif memberi nasihat yang begitu dalam. Lalu bahu Thaqif ditarik, badannya dipeluk oleh Haziq. Kemudian dia berbisik.

"Bro? Demi Ummu, balik je rumah lepas accident tu aku buat solat sunat taubat. Then aku buat istikharah, malam tu jugak aku mimpi dia. Hati aku yakin dialah orangnya. Sejak dari tu aku dah tinggalkan social life aku". Dia berhenti sekejap, kali ini pelukannya makin erat.

"Aku anak angkat mummy daddy je. Tapi sekalipun bro... sekalipun aku tak pernah rasa disisihkan. Aku rasa aku macam anak kandung pulak. Apa yang kau dapat, aku pun dapat. Itulah nikmat Allah yang paling berharga buat aku, terima kasih Qif. Atas segalanya. Doakan aku, aku nak jadi imam yang soleh untuk Ummu dan anak-anak kami nanti".

Dalam diam, Thaqif menitiskan air matanya. Hatinya perit digilis luka. Allahu, sakitnya hanya Allah yang tahu. Segera dia mengesat air matanya.

"Aku akan sentiasa mendoakan kebahagian kau dunia dan akhirat. Aku sayangkan kau kerana Allah taala. Terima kasih Allah, Kau hantarkan seorang adik untuk aku dan aku begitu menyayanginya". Thaqif berkata-kata dalam sebaknya.

Tiba-tiba mereka berdua dipeluk. Ternyata Tuan Bazlan sudah lama memerhatikan dua orang anak terunanya.

"Daddy pun sayangkan kamu kerana Allah. Daddy hanya ada dua sahaja permata dari Allah". Kemudian mereka berdua pula memeluk Tuan Bazlan seeratnya.

"Habistu kalau kitaorang permata daddy, mummy apa pulak?". Tanya Haziq.

"Mummy tu kategori lain. Kalau korang ni permata, mummy pulak intan berlian 40 karat. Haha". Gelak daddy.

"Uishhh... semut noh kat sini". Jawab Haziq sambil ketawa terbahak-bahak.

"Alhamdulillah". Bisik hati Thaqif.

Tidak dapat dibayangkan andai dia memberitahu daddy rahsia mummy. Mungkin tiada lagi gelak ketawa di dalam rumah itu. Jika difikirkan memang hatinya sakit terkenangkan rahsia ibunya tetapi biarlah rahsia itu terkubur selamanya. Dia rela meski dia harus terluka seorang diri.

"Amboi, gelak-gelak jugak. Tu, tok kadi dah sampai. Keluar-keluar lah wahai anak teruna oiitt". Teriak mummy.

"Eh, saya pun anak teruna jugak ke? Alhamdullillah". Tuan Bazlan mengaminkan kata-katanya.

"Eh, Bazlan bin Omar. Awak jangan nak menggatal. Langkah dulu mayat saya. Ada hati nak jadi teruna balik". Balas Puan Selmah sambil mencubit pinggang suaminya.

"Aduh".

Habis semua ketawa. Thaqif bersyukur Allah mengurniakan ahli keluarga yang begitu dia sayangi. In sha Allah ahli keluarga akan bertambah seorang lagi. Dia menundukkan kepalanya.

"Doakan aku bro".

"Beres. Aku yakin kau sekali lafaz zap..zap.. terus dah sah". Gurau Thaqif.

"Amin". Gelak kecil Haziq.

Thaqif termenung seketika. Dia berbisik,

"Aku yakin kaulah tulang sebenar-sebenarnya tulang rusuk untuk Ummu".

Dia tersenyum. Senyumannya dibalas Haziq meskipun dia sendiri tidak mengetahui apa-apa. Kemudian mereka pun keluar dari bilik, upacara sudah pun bermula.

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now