Part 28

132 9 0
                                    

"Maaf lambat. Nah". Serbuk kopi diberikan kepada Izzah.

Izzah kelihatan sedikit panik. Tiba-tiba sahaja suaminya datang tanpa salam. Tetapi Thaqif menyelamatkannya.

"Akhi? Rupanya masa di Jordan dulu, ana selalu tolong dia dan kawan akhwat dia. Ana banyak tolong dia masa sem 3. Ni berborak baru teringat". Thaqif pun segera duduk di sofa. Izzah pula sudah berlalu ke dapur. Air matanya segera dikesat.

"Yeke? Izzah tak pernah sebut pasal enta. Apa-apa pun terima kasih sebab bantu zaujah ana dulu".

Dan Thaqif membalasnya dengan satu senyuman yang pahit.

Umair duduk di hadapannya. Mereka rancak berbual mengenai masa mereka belajar di Jordan dulu. Satu persatu kenangan mengenai persahabatan mereka dirungkai.

"Akhi?".

"Ya?". Sahut Thaqif.

"Tak lama lagi ana jadi baba". Sengih Umair.

"Eh. Talhah tu?".

"Maksud ana ialah zaujah ana tengah pregnant anak nombor dua kami. Dah 5 minggu".

"Oh. Alhamdulillah". Raut wajah wanita itu dipandang dari jauh. Dia tersenyum. Izzah juga membalas senyuman itu.

Setelah beberapa jam di rumah Umair. Thaqif meminta izin untuk berlalu pergi. Tidak elok rasanya dia lama-lama di rumah mereka. Kekok. Meskipun didesak oleh Umair untuk bermalam di rumahnya, Thaqif tetap menolak.

Dia sebenarnya berasa janggal dengan Izzah. Siapa sangka bercinta 4 tahun, merancang untuk bersatu dan akhirnya begini pengakhirannya. Benarlah jodoh itu rahsia Allah.

"Terima kasih akhi tolong angkat barang-barang ana". Ujar Thaqif sambil membuka pintu teksi.

"Enta ni ana ajak tidur rumah dia jual mahal pulak".

"Haha. Janganlah merajuk macam tu enta. Kan menurun dekat anak pulak". Gurau jejaka itu.

Izzah memegang perutnya. Tersenyum panjang dia melihat gelagat zaujnya dengan Thaqif. Lalu Talhah mendekati Thaqif dan menyalaminya. Begitu hebat akhlak anak kecil itu. Tidak disuruh pun sudah tahu adab-adab dengan orang tua. Huh. Tengoklah siapa baba dengan uminya. Dua-dua ialah insan yang hebat.

Sepanjang perjalanan Thaqif dalam teksi tersebut, banyak yang dia fikirkan. Memikirkan masa lalu berbanding masa depan. Kisah dia dan Izzah mempunyai seribu hikmah yang baik. Selama ini dia alpa, pemilik hati manusia adalah Allah. Cintanya terhadap Izzah ikhlas tetapi sebenarnya berdusta. Kenapa? Kerana cintanya itu tidak didasari kerana Allah taala tetapi cintanya disandarkan pada nafsu.

Mana tidaknya, Izzah seorang yang cantik dan semestinya solehah. Tetapi kerana dia, Izzah turut sama jadi rosak. Huh, nafsu sering menewaskan kita tanpa mengira siapa. Dan syaitan akan berusaha untuk mendekatkan kita kepada maksiat. Apa itu? Oh, couple islamik.

Thaqif berfikir panjang. Kadang sudah penat dengan mainan cinta. Saat dia sudah sandarkan cinta padaNya, Allah mentakdirkan pula Ummu Kalthum menjadi adiknya. Menerima hakikat untuk berkongsi ibu bukan perkara yang mudah. Aduh. Jika difikirkan gadis ninja itu boleh kering air matanya. Dia tersenyum.

Tanpa disedari butir-butir mutiaranya jatuh. Terkenangkan seorang gadis jauh di sana, juga rindu pada orang tuanya. Hingus disedut beberapa kali sehingga hampir keluar kotorannya. Mata dikesat bertubi-tubi. Bukan dia tidak redha, cuma Thaqif masih mencari-cari dimanakah kekuatan dia selama ini.

Akhirnya dia sampai ke rumah sewanya. Thaqif mengangkat dua buah bagasi besar di hadapan pintu rumah. Dia memejam mata seeratnya. Tangannya digenggam rapat. Dia bernekad untuk mencari ilmu bersungguh-sungguh.

Pembawaan dirinya ke Turki bukan sahaja untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan malahan dia ingin melupakan Ummu. Dia ingin menguburkan Ummu dari hidupnya. Untuk kedua kali, air matanya jatuh. Lagi dan lagi.

"Bro? 2 tahun je. 2 tahun. Sabar eh. Kau kan qowiy". Dia memujuk dirinya sendiri.

Dengan segelumit harapan, semoga dia mampu bertahan untuk 2 tahun ini. Mengejar kembali cita-citanya yang tertangguh.

"Dengan bersaksikan bumi Turki yang kupijak dan langit biruNya yang meneduhiku ini. Aku berjanji yang aku takkan jatuh cinta pada mana-mana wanita lagi. Takkan".

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now