Part 14

211 13 0
                                    

Jam 1 pagi...

"Mana budak tu pergi huh? Call tak angkat, chat apatah lagi nak reply. Malam nilah dia nak buat hal". Tengking daddy.

"Apa kata daddy duduk dulu. Sabar daddy, sabar. Mesti Thaqif ada sebab yang kukuh kenapa dia keluar tiba-tiba". Pujuk Haziq.

"Kot ye pun takkan jam 1 pagi tak balik-balik lagi. Dahla esok ada acara besar keluarga. Fikirlah jugak perasaan orang lain ni, tuan dah besar panjang tapi perangai tak ubah macam budak 2 tahun". Tengking daddy lagi.

Mummy menundukkan kepalanya manakala Ummu menyandarkan dirinya di hujung tangga. Mereka hanya mampu berdiam kerana tiada sesiapa pun yang tahu tentang hal yang sebenarnya terjadi tadi.

Puan Selmah begitu takut seandainya Thaqif membongkarkan rahsia lamanya kepada suaminya. Kerana Tuan Bazlan sememangnya tidak tahu menahu mengenai anak dan bekas suami Puan Selmah. Yang dia tahu, beliau hanya bernikah dengan seorang anak dara dan dikurniakan seorang anak lelaki serta mengambil seorang anak angkat. Itu sahaja.

Tetapi dia lebih khuatirkan keselamatan anaknya. Thaqif adalah nyawanya. Segala-gala buatnya.

Tiba-tiba. Telefon berdering.

"Hello?". Jawab Haziq.

"Ya, saya Haziq Hadi. Kenapa ya?".

Perbualan Haziq menjadi tumpuan semua orang di ruang tamu. Hati Puan Selmah berdebar.

"Ya Allah. Janganlah...". Bisik hatinya.

"Baiklah". Jawab Haziq sepatah.

Panggilan mati.

Semua orang diam. Menantikan jawapan yang akan keluar dari mulut Haziq.

"Katering call tadi".

"Allahu...". Puan Selmah menarik nafas lega. Begitu juga Ummu.

Tetapi amarah Tuan Bazlan belum reda. Apinya masih bersemarak.

"Assalamualaikum". Tiba-tiba pintu rumah dibuka.

"Waalaikumusalam". Mereka berempat serentak menjawabnya.

"Abang...". Ummu memanggil Thaqif. Dia segera mengangkat badannya daripada sandaran pada anak tangga. Terkejut dengan kepulangan Thaqif.

"Kau ni pergi mana? Tahu tak semua orang bimbang". Belum sempat daddy mengangkat tangan pada anaknya.

"Maafkan Qif ye semua. Sahabat Qif masa belajar di Jordan dulu kemalangan jalan raya. Jadi Qif keluar ni pergi melawat dia lah dekat Senawang Specialist Hospital".

Dia menundukkan mukanya. Tidak sanggup menipu kedua-dua orang tuanya.

Mummy segera berlari pada anaknya. Lalu dipegang kedua-dua belah bahu Thaqif. Matanya menenung tajam dalam mata Thaqif. Mata seorang ibu dengan penuh pengharapan. Dia memahami bahasa ibunya. Dia mengangguk tanda faham.

"Maafkan Thaqif. Qif tak patut keluar rumah tanpa izin mummy dan daddy tadi. Harap mummy pun dapat lupakan kejadian tadi seperti mana Qif lupa. Ok?".

Kata-kata Thaqif penuh dengan kesiratannya. Kini dia pula memeluk mummy. Perkataan maaf berulang kali diputar di telinga mummy.

"AllahuAkbar".

Mummy menitiskan air matanya di bahu anaknya. Begitu taatnya seorang anak kepada seorang ibu. Thaqif memilih untuk berahsia daripada memberitahu kepada daddy. Jika orang lain sudah pasti rahsianya sudah terbongkar tetapi itulah Thaqif Ibrahim, seorang anak yang taat. Dia mengorbankan kebahagiaannya untuk ibu dan Ummu.

"Oklah. Jom masuk tidur semua. Maafkan Qif tau sebab risaukan semua orang. Daddy? Maafkan Qif. Haziq, mummy dan Ummu maafkan Qif jugak ye?".

"Maafkan daddy jugak sebab tak bersangka baik pada kamu. Yelah, kena tidur awal. Lepas zohor esok acara akad nikah dah bermula".

Lalu dikuatkan kakinya untuk melangkah menaiki anak tangga. Hatinya sayu sewaktu melintasi Ummu yang berada di hujung tangga. Sedikitpun dia tidak memandang pada Ummu.

Di luar dia bahagia tetapi dalamnya penuh luka. Dipujuk hatinya agar pulang ke rumah meskipun dirinya tidak mahu. Tidak sanggup untuk dia melihat seseorang yang dia cintai bersama dengan lelaki lain.

"Saya tak pernah minta untuk jadi adik awak. Jadi maafkan saya". Ummu berbisik di dalam lubuk hati. Hanya mampu melihat lelaki itu berlalu pergi.

Dia menitiskan air matanya tetapi tersembunyi di sebalik niqab. Dia redha andai jodohnya dengan Haziq. Dia terima segala-galanya. Ummu pasrah.

Hanya menanti hari esok. Semoga semuanya baik-baik.

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now