Part 7

279 12 8
                                    


"Kenapa nak terkejut pula? Memang kami bercadang nak kahwinkan Haziq dengan Ummu pun". Jawab daddy.

"Daddy? Mummy? Thaqif sebenarnya keliru. Apa sebenarnya ni?" Thaqif benar-benar bingung dengan semuanya.

"Kan daddy dah cakap tadi, kami bercadang nak satukan Haziq dengan Ummu sejak dari dulu lagi".

"Betul tu abang, memang kami dah lama rancang dan Ummu pun dah lama beri kata putus. Sekarang cuma tunggu Haziq je ni, daripada tadi diam je". Soal mummy.

"Mummy, daddy sebenarnya...". Belum sempat Thaqif menghabiskan ayatnya.

"Alhamdulillah Haziq setuju". Haziq memandang wajah mummy dan daddy-nya dengan penuh yakin di dada.

Thaqif tersentak.

"Baguslah kalau macam tu. Kalau dua-dua belah pihak setuju. Daddy pun tak nak lama-lama sangat berkenalan".

"Macam mana pulak dengan keluarga Ummu daddy? Main setuju-setuju ni, wali dia tahu tak?". Soal Haziq.

Daddy memandang mummy. Menantikan jawapan daripada isterinya.

"Hal tu tak payah risau. Mummy dah uruskan dengan keluarga Ummu. Tinggal nak nikah aje". Jawabnya dengan yakin.

"Hairan jugak macam mana awak boleh kenal Ummu ni?". Tanya Tuan Bazlan kerana dia menyerahkan sepenuhnya kepada isterinya.

"Abang tak payah risaulah. Percayalah saya. Takkanlah saya nak hadiahkan awak menantu sembarangan". Jelasnya lagi.

Betul juga kata isterinya. Masakan Puan Selmah mahu mencarikan isteri yang tidak baik untuk Haziq.

"Kalau begitu, alhamdulillah. 14 hari lagi ya". Senyum daddy sambil menempuk-nempuk bahu Haziq. Dia tertunduk malu.

Ummu memandang Haziq dengan wajah yang sayu. Matanya bergenang dengan butir-butir mutiara.

"Kenapa dia?". Bisik hati Ummu. Digenggam jarinya erat-erat sehingga terketar-ketar tangannya. Ummu sememangnya mengharapkan Thaqif untuk menjadi zaujnya, bukannya Haziq. Dia fikir anak Tuan Bazlan dan Puan Selmah yang bakal menjadi zaujnya adalah Thaqif. Ternyata sangkaannya meleset.

"Sebenarnya Haziq dah kenal dah Ummu. Dalam beberapa hari lepas cuma kenal tu dalam keadaan tak sengaja dan tak dirancang. Tak tahu kenapalah orang selalu teringatkan dia sejak kejadian tu. Rupa-rupanya jodoh Haziq nak datang".

Dia membicarakan dengan penuh keikhlasan sambil menundukkan wajahnya. Mummy, Daddy, Ummu dan Thaqif mendengar setiap bait-bait kata Haziq. Keikhlasan Haziq terasa sehingga ke hati mereka.

Thaqif ingin sekali mencelah. Dia ingin mencurahkan segala isi hatinya pada Ummu di hadapan semua orang. Tetapi bila difikirkan Haziq, seorang sahabat dan seorang adik untuknya, Thaqif memilih untuk diam. Dia rela mengorbankan kebahagiaannya untuk adiknya. Lalu dengan hati yang berat dia berkata.

"Alhamdulillah, Thaqif ok je dengan keputusan mummy daddy". Sebujur senyuman yang tidak ikhlas terpalit di bibirnya. Kemudian dia meninggalkan bilik solat dengan hati yang berat. Setelah pintu bilik itu ditutup tanpa disedari air mata jantannya jatuh membasahi pipinya. Dikesat dengan hujung bajunya berkali-kali tapi masih juga jatuh.

"Takpelah Ziq, kebahagiaan kau adalah kebahagiaan aku jugak. Hati aku ni apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kau". Thaqif benar-benar menyayangi Haziq. Baginya, Haziq lebih daripada seorang adik dan sahabat. Haziq adalah segala-galanya untuknya. Malam itu air mata menemani lenanya.

Dan itulah pengorbanan kasih dari seorang insan bergelar Thaqif Ibrahim. Juga seorang abang.

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now