Dia melemparkan pandangan ke luar jendela. Memandang pembangunan yang pesat dijalankan. Sudah lama dia tidak melalui kawasan ini. Kawasan yang dulunya dia lalu untuk ke syarikat ayahnya. Eh, sini. Takkanlah?
"Malaysia???". Dia memandang bangunan yang melepasinya. Lehernya panjang mengintai ke luar tingkap. Angin yang lalu menampar-nampar rambutnya.
"Weh slowlah sikit". Pedal minyak diangkat perlahan dan Haziq memandangnya.
"Weh malaysia?". Baju Haziq direntap.
"Bro agak-agaklah nak pegang. Limited Edition punya ni". Keningnya diangkat sebelah. Thaqif pula masih kebingungan.
"Kau ni aku serius wei".
"Kau tu seriuslah bro. Takkanlah seminggu sedar daripada koma tak perasan ada kat Malaysia lagi?".
Baru sebentar tadi kakinya melangkah keluar dari hospital. Cara doktor berkerja. Bahasa. Makanan. Langsung dia tak perasan yang ini adalah Malaysia. Meskipun sudah seminggu dia sedar dari koma.
"Macam mana ada kat Malaysia pulak?". Hati sendiri bertanya kepadanya. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kau ni dah macam kera je aku tengok".
"Arghhh...". Kepala Haziq dirangkul kuat.
"Hoi! Aku drive ni. Nak mampus?".
"Jom mampus sama-sama. Baru sehidup semati". Gelak Thaqif berdekah-dekah.
"Haaa... sehidup aku nak tapi yang mati tu aku tak nak".
Pecah ketawa mereka di dalam kereta. Kaki yang terbalut terus dilupakan jika sudah bertemu dengan insan bernama Haziq Hadi.
Nak tanya ke tak?
Tak payahlah.
Nak tanya ke tak ni?
Aduh, tak payahlah.Thaqif bermujahadah dengan hatinya sendiri. Akhirnya dikuatkan hatinya jua. Entah celah manalah datangnya sebuah kekuatan.
"Erm... Ziq?".
"Yo".
"Ummu apa khabar sekarang?".
"Alhamdulillah, in sha Allah sihat je". Jawab Haziq dengan bersahaja.
"Erm... bukan apa. Seminggu aku sedar ni dia langsung takde melawat aku kan?". Nada Thaqif dengan sedikit sedih.
"Oh! Yang tu macam mana aku nak cakap erk. Erm... nanti aku bagitahu kau".
"Bukan apa. Teringat jugak dia. Dah lama tak jumpa. Dua tahun kan?".
"Apa? A'ah dua tahun lebih dah". Haziq cuba untuk fokus dengan pemanduannya.
"Macam mana? Dah jadi ayah dah ke belum?". Teragak-agak tapi beranikan diri juga.
"Alhamdulillah. Ahad depan genap anak aku setahun". Sebak mula mengalir ke dada.
"Oh. Patutlah mummy tak rindu aku. Rupanya dah ada cucu kat rumah". Guraunya.
"Ok dah sampai". Haziq bersuara.
"Eh! Sampai mana?".
"Lah kata rindu Ummu. Nak bawak kau jumpa dia lah ni". Mata Haziq mula dipenuhi dengan kristal putih. Entahlah bagaimana pula dengan si Thaqif ini.
YOU ARE READING
Gadis Ninja
Short StoryTiba-tiba matanya menangkap anak mata seseorang yang sedang melihatnya. Dia hanya duduk berhadapan mejanya. "Erkkk. Tahulah aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama". Dia berpura-pura bermain Tissot Swiss. Dipusing segala butang yang ada pada j...