Part 34

218 12 1
                                    


Selipar jenama Dr. Cardin diambil dari rak paling atas. Jika diambil warna putih mungkin kurang sesuai. Oleh kerana kakinya putih merah jambu gitu, warna coklat telah menjadi pilihan. Lebih menyerlah lagi.

"Saiz 8 ye". Arah Thaqif kepada jurujual muda itu.

"Kau ni beli selipar mahal-mahal nak buat apa?".

"Nanti aku sihat in sha Allah aku nak pergi masjid so baik aku standby sepasang selipar".

"Nak pergi masjid pakai Dr. Cardin? Haha. Arwah jugak selipar kau kena rembat dengan orang".

"Nak jumpa Allah. Special lah sikit. Hilang? Alhamdulillah aku boleh beli lagi". Ujarnya ringkas. Matanya masih melilau mencari selipar lain. Mana tahu kot-kot ada yang terkenan di hati.

Matanya menangkap sepasang kasut yang diletakkan khusus di dalam cermin. Wah cantik!

"Berapa ye harga kasut ni?".

"Oh, kasut ni merupakan Limited Edition dari Dr. Cardin sendiri. Kulitnya diperbuat dari kulit buaya yang bermutu tinggi. Ini keluaran edisi istimewa sempena dengan Hari Natal". Ujar jurujual itu dengan panjang lebar.

"Erk dia ni macam jurucakap dekat muzium pulak aku tengok. Dahlah tanya lain jawab lain". Bisik Haziq. Ketawa si Thaqif dengan celotehnya. Nasib tak tergolek je.

"So harga dia berapa?".

"Termasuk gst RM899.90".

"Ok. Kami ambil". Jawab Haziq.

"Eh, tak payahlah. Saya tak nak".

"Lah... tadi kau jugak beria-ia tanya".

"Aku tanya je dia bukan nak beli pun". Ujar Thaqif.

Lalu sekeping kad kredit diberikan kepada seorang juruwang di kaunter. Setelah selesai segala prosesnya, hairan Thaqif kerana dia mendapat dua beg plastik.

"Erm. Ni typo ke apa ni, dua beg ni". Sengihnya sambil menunggu juruwang tu untuk berkata 'oh saya salah silap dan blabla'.

"Tak ada yang silap encik. Memang dua beg ni untuk encik". Dia menolak kesemua beg di atas kaunter ke arah Thaqif.

"Tapi saya beli selipar sepasang je". Beg itu ditolak semula. Thaqif berkata jujur. Kalau orang lain dah lama rembat dua beg tu. Dr. Cardin kot. Gila tak nak.

"Sebenarnya ada sorang perempuan tadi. Dia yang tolong bayarkan untuk kasut tu. Kiranya encik hanya bayar untuk selipar yang encik pilih tadi je". Kedua-dua beg itu ditolak semula. Aishhh, boleh berasap meja kaunter.

"Oh kiranya yang dia tolong bayar tu untuk kasut?" Juruwang itu mengangguk. Lantas dibuka kotak kasut itu, alangkah terperanjatnya kerana itu kasut Dr. Cardin sempena Hari Natal. RM899.90 babe!!!

"Ok terima kasih". Dia melangkah ke luar kedai itu dengan perasaan yang aneh. Tadi ada orang tolong bayarkan parkir. Lepastu ada orang tolong bayarkan kasut Dr. Cardin. Rezeki? Ya, memang rezeki tetapi keanehan tetap menguasai diri. Si gila manakah yang sanggup membeli sepasang kasut yang hampir mencecah ribu ringgit.

"Bro?". Bahunya ditepuk.

"Allahuakbar. Terkejut aku". Dadanya digosok.

"Dahtu takkan seharian berjalan baru sekarang aku nak bagi salam?". Sengih Haziq.

Dipandang kanan dan kiri. Rupa-rupanya dia dah pun berjalan sehingga ke kawasan parkir kereta. Lama benar dia memikirkan gadis misteri itu.

"Bro? Kau ni dari kedai kek sampailah kedai kasut duk menung. Kau fikir apa? Bagitahu sekarang, aku nak dengar". Tanya Haziq dengan nada serius. Kali ini dia memberanikan diri untuk bertanya.

"Panaslah bro? Jom masuk kereta dulu". Lalu diikutkan sahaja si Thaqif itu. Nama je kaki berbalut tetapi jalan macam kilat. Dahla pakai tongkat. Tak padan betul. Bebel hati Haziq. Belum sempat pintu kereta dibuka.

"Eh! Chup.. Chup.. Kenapa aku belah penumpang, kau belah driver? Tertukar ni". Yang memisahkan mereka hanya bumbung kereta sahaja. Lalu Haziq menuju ke arah Thaqif yang masih setia berdiri di pintu bahagian pemandu

"Kali ni aku drive". Dada Haziq ditolak. Sampai terlentang dia di atas cermin kereta sebelah. Thaqif mengangkat tinggi kunci kereta bersama keningnya.

"Whattt??? Are you crazy? Kau tu berbalut wei, nak drive macam mana?". Marah si Haziq. Kadang angin gila si Thaqif datang jugak. Ada ke patut nak drive dengan kaki macam tu. Nak mampus?

"Nampak tak? Yang berbalut dari peha sampai ke betis je. Jari-jari aku ok". Lalu dikuis-kuis kakinya ke arah Haziq tanda baik.

"Kau lambat aku tinggal". Lalu pintu ditutup, enjin Volkswagen Beetle dimulakan. Dengan terpaksa dia masuk juga sebelah penumpang. Segala doa yang dibacanya sebelum kereta bergerak. Segala jenis angin dihembusnya, fuh-fuh. Nasib tak keluar angin kentut aje.

"Ingat bawak elok-elok awek aku ni".

"Ini Thaqif kot". Lalu kereta kesayangan Haziq diundurkan perlahan.

Tiba-tiba.

Bang!!!!

"Arghhh... kaki aku". Tiba-tiba sahaja Thaqif menjerit kesakitan.

"Wei! Kau ok tak?".

"Ok apa kebendanya. Nampak tak kaki aku sakit ni".

"Bro? Even aku ni tak belajar tinggi-tinggi macam kau. Tapi bukan ke sakit tu boleh rasa je, nampak tu tak boleh?". Dia menunjukkan sebaris gigi.

"Aduh". Kepalanya dihempuk Thaqif. Dalam keadaan begitu pun dia masih nak bergurau.

"Eh! Kalau kau nak marah, jangan marahkan aku. Marahkan orang yang langgar kau". Bentak Haziq.

"Langgar aku?".

"Lah, tak nampak ke ada Myvi belakang tu langgar kau?".

Saat matanya melihat cermin belakang, memang benar ada sebuah Myvi di belakang Volkswagen milik Haziq. Myvi merah.

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now