"Kau tak nak kahwin ke?"."Belum terasa lagilah". Jawab ringkas Haziq.
"Ke kau belum melupakan dia? Sama seperti aku". Suara hatinya berbisik kecil.
"Kaki kau macam mana?".
"Alhamdulillah aku rasa macam ok je setakat ni. Cuma doktor akan pantau perkembangan aku dari semasa ke semasa".
"Tu doktor kaki, doktor hati macam mana?". Terbahak Haziq ketawa.
"Aduh hilang selera aku". Kopinya diketepikan. Pandangannya dilemparkan ke luar jendela.
"Lah, perempuan tu buat apa pulak kat kau kalini?".
"Tak buat apa-apa lagi sebab tu aku masih lagi teruna".
"Cis, tak guna! Nasib tak mandikan kau je pakai air kopi ni".
Menahan gelak Thaqif melihat gelagat Haziq.
"Seriuslah, dia buat apa?".
"Perempuan tu boleh buat aku gila lah". Matanya melihat laju air kopinya yang sedang bergerak laju mengikut arah jam.
"Dia memang mengingatkan aku tentang seseorang di zaman lampau aku. Cara dia, gaya dia, sikap dia... sama dengan seseorang".
"Boleh aku tahu dia tu siapa?".
"Dia...". Bisik kecilnya.
Handphone-nya tiba-tiba bergetar. Terbutang matanya.
"Fa.. Fakira? Takdir ke apa ni?". Air liurnya diteguk.
"Nak angkat ke tak ni?". Entah mengapa hatinya terasa berat mahu menarik butang merah.
"Hello?". Suara jantannya kedengaran.
Kosong. Tiada suara.
"Hello?".
"Thaqif.. tolong saya.. tolong saya sekarang.. please tolong saya". Suaranya cemas dan lebih mencemaskan hati Thaqif.
"Weih, cuba kau cakap slow-slow. What happen?".
"Thaqif please datang sekarang atau tak... arghhhhh". Satu teriakan kedengaran. Panggilannya masih berjalan tetapi suara Fakira sudah hilang dari radar.
"Bro? Jom kita jejak gps handphone dia ni".
"Location?". Tanya Haziq.
"Takpe kita gerak dulu".
"All right". Haziq meluru ke arah kereta meninggalkan Thaqif dengan kakinya yang terhencot-hencot.
***
"Kau yakin ke kat sini?".
"Dahtu gps detect handphone dia kat sini".
"Kalau macamtu kau naik je dulu, aku call polis and standby kat bawah. Ok?".
"Ok. Apa-apa aku call kau".
"Bro? Hati-hati". Lengan Thaqif ditarik perlahan. Jejaka itu hanya mengangggukkan kepalanya perlahan.
Langkahnya yang tak berapa laju mula memasuki Hotel Vistana. Dengan segera dia bertemu dengan penjaga di kaunter. Kebetulan pula pengurus hotel itu merupakan sahabat baik ayahnya, apa lagi? Dia gunakan sahaja kuasanya.
"Kejap. Cuba awak reverse balik". Kelibat Fakira mula kelihatan memasuki hotel.
"Dah sah". Memang Fakira berada dalam hotel sekarang.
"Boleh zoom?".
Kelihatan Fakira berjalan ke arah kaunter dan setelah itu Fakira memasuki lif. Dengan kudrat yang ada dia berlari menaiki tangga menuju ke tingkat Fakira dijangka berada sekarang. Kakinya sudah hilang sakitnya. Lariannya seperti orang gila.
Ting tong!!! Ting tong!!! Sayangnya tiada respon. Dia sudah berpeluh. Adrenalinnya mula mengalir laju.
"Fakira come on. Bukaklah pintu". Desak kecil hatinya. Tiba-tiba dia teringat bahawa pekerja hotel telah memberikannya sebuah kunci pendua. Dengan segera dia menggunakannya. Setelah kuncinya berjaya membuka pintu, terus dia meluru masuk ke dalam.
"Fakiraaaa...".
YOU ARE READING
Gadis Ninja
Short StoryTiba-tiba matanya menangkap anak mata seseorang yang sedang melihatnya. Dia hanya duduk berhadapan mejanya. "Erkkk. Tahulah aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama". Dia berpura-pura bermain Tissot Swiss. Dipusing segala butang yang ada pada j...